Monday, March 31, 2014

PELANTIKAN DUTA BESAR MALAYSIA YANG BARU KE AMERIKA SYARIKAT, DATUK DR AWANG ADEK HUSSIN




PELANTIKAN DUTA BESAR MALAYSIA YANG BARU KE AMERIKA SYARIKAT

Kerajaan Malaysia telah melantik YBhg. Datuk Dr. Awang Adek Bin Hussin sebagai Duta Besar Malaysia yang baru ke Amerika Syarikat (AS). Datuk Dr. Awang Adek, 59 tahun, telah menerima Watikah Pelantikan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara pada hari Isnin, 31 Mac 2014.

Beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Matematik dan Ekonomi) dari Drew University, AS. Beliau juga memegang Ijazah Sarjana (Ekonomi) dan Doktor Falsafah (Ekonomi) dari Wharton School, University of Pennsylvania, AS.

Datuk Dr. Awang Adek memulakan kerjaya sebagai pensyarah ekonomi di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1983. Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan di Bank Negara Malaysia sebelum dilantik ke jawatan Penolong Gabenor dari tahun 1996 hingga 2001. Setelah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kewangan dari tahun 2006 hingga 2009, Datuk Dr. Awang Adek telah dilantik sebagai Senator dari tahun 2012 hingga 2013.

Sebelumini duta Malaysia ke Amerika SYarikat ialah Ahli Parlimen Rompin, Datuk Dr Jamaludin Jarjis atau jj.

Selamat Maju Jaya kepada Datuk Dr Awang Adek Hussin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs