Showing posts with label luar bandar. Show all posts
Showing posts with label luar bandar. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

NKRA Luar Bandar tepati sasaran sehingga 30 Jun 2011







Pelaksanaan Program Pembangunan Prasarana Luar Bandar di bawah bidang keberhasilan utama nasional, NKRA, berada di jadual tepat untuk disiapkan mengikut tempoh disasarkan.

Malahan pelaksanaan empat program teras di bawah NKRA luar bandar, pembinaan jalanraya, rumah dan penyambungan bekalan elektrik dan air bersih luar bandar, sudah melebihi sasaran.

Status terkini NKRA Luar Bandar setakat 30 jun 2011

Projek (Pencapaian terkini) (Sasaran)

Jalanraya 515.61 km 480.21 km
Rumah Rakyat 3,396 unit 2,100 unit
Bekalan air rumah 13,635 unit 13,414 unit
Bekalan letrik rumah 4,543 unit 3,547 unit


Bagi bekalan air luar bandar ke rumah, 13 ribu 635 unit rumah telah disambung dengan kemudahan asas itu berbanding sasaran 13 ribu 414 unit.

Manakala 4.543 unit rumah sudah mendapat bekalan elektrik luar bandar berbanding sasaran 3.547 unit rumah.

Bagi rumah rakyat pula, 3,396 unit sudah disiapkan berbanding sasaran 2,100 unit.

Sementara bagi projek jalanraya luar bandar, 515.61 kilometer sudah disiapkan berbanding sasaran 480 kilometer.

Daripada jalanraya siap itu, 144 kilometer terletak di Sabah, 96 kilometer di Sarawak dan 274 kilometer di Semenanjung Malaysia.

36 juta ringgit juga telah disalurkan kerajaan kepada Kementerian Pertahanan untuk membina rumah di penempatan orang asli melalui Program Jiwa Murni.



Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata dalam sidang media di Semporna, Sabah pada Ahad 7 Ogos 2011 berkata sebenarnya apa yang kita telah lakukan sudah menepati dari segi apa yang kita letakkan sasaran itu.

NKRA yang mempunyai 6 teras adalah hasil cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang sememangnya pemimpin berwawasan, sama seperti Allahyarham ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein, perdana menteri Malaysia kedua.

Tahniah dan Syabas Kerajaan Malaysia, inilah yang kita namakan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Tuesday, March 8, 2011

Shafie Apdal - Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah capai sasaran NKRA



Tahniah kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, KKLW khususnya menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana berjaya mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Nasional, NKRA kementeriannya pada awal 2011.

Datuk Seri Mohd Shafie yang juga Naib Presiden UMNO, sememangnya orang paling sesuai memegang potfolio Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah kerana dia berasal dari luar bandar iaitu di daerah Semporna, Sabah.

Kita tahu Sabah dan Sarawak antara negeri paling memerlukan peruntukan menyediakan kemudahan asas luar bandar seperti jalanraya, bekalan air dan elektrik serta rumah rakyat.

Sumber : Laporan Bernama 8 March 2011 (Selasa)

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berjaya membina jalan sepanjang 207.7 kilometer (KM) sehingga 31 Jan lepas, yang merupakan sebahagian daripada sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk menyediakan Infrastruktur Asas Luar Bandar di seluruh negara.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal berkata pembinaan itu satu pencapaian memberangsangkan dan kementerian pada tahun ini perlu menyiapkan lagi
697.4 km jalan untuk mencapai sasaran menyiapkan 905.12 km jalan termasuk di Sabah dan Sarawak pada tahun ini.

"Daripada jumlah 207.7 km ini, 44.50 km melibatkan jalan raya di Sabah, 37.37 km di Sarawak dan 125.86 km di Semenanjung Malaysia," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan kementerian di ibu pejabat Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Kuala Lumpur, 8 Mac 2011.

Mengenai bekalan elektrik di luar bandar, kementerian berjaya menyediakan bekalan elektrik kepada 99 rumah di Semenanjung Malaysia sementara bagi kawasan perumahan di Sabah dan Sarawak, ia masih lagi dalam proses dan dijangka dapat dibekalkan pada tahun ini.











Lain-lain kemudahan infrastruktur luar bandar yang terdapat dalam NKRA kementerian seperti bekalan air, pembinaan rumah dan membaik pulih rumah rosak, masih belum dapat dicapai disebabkan beberapa masalah teknikal dan usaha sedang dilakukan bagi memastikan kemudahan berkenaan disediakan pada tahun ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs