Tahniah kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, KKLW khususnya menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana berjaya mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Nasional, NKRA kementeriannya pada awal 2011.
Datuk Seri Mohd Shafie yang juga Naib Presiden UMNO, sememangnya orang paling sesuai memegang potfolio Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah kerana dia berasal dari luar bandar iaitu di daerah Semporna, Sabah.
Kita tahu Sabah dan Sarawak antara negeri paling memerlukan peruntukan menyediakan kemudahan asas luar bandar seperti jalanraya, bekalan air dan elektrik serta rumah rakyat.
Sumber : Laporan Bernama 8 March 2011 (Selasa)Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berjaya membina jalan sepanjang 207.7 kilometer (KM) sehingga 31 Jan lepas, yang merupakan sebahagian daripada sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk menyediakan Infrastruktur Asas Luar Bandar di seluruh negara.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal berkata pembinaan itu satu pencapaian memberangsangkan dan kementerian pada tahun ini perlu menyiapkan lagi
697.4 km jalan untuk mencapai sasaran menyiapkan 905.12 km jalan termasuk di Sabah dan Sarawak pada tahun ini.
"Daripada jumlah 207.7 km ini, 44.50 km melibatkan jalan raya di Sabah, 37.37 km di Sarawak dan 125.86 km di Semenanjung Malaysia," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan kementerian di ibu pejabat Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Kuala Lumpur, 8 Mac 2011.
Mengenai bekalan elektrik di luar bandar, kementerian berjaya menyediakan bekalan elektrik kepada 99 rumah di Semenanjung Malaysia sementara bagi kawasan perumahan di Sabah dan Sarawak, ia masih lagi dalam proses dan dijangka dapat dibekalkan pada tahun ini.
Lain-lain kemudahan infrastruktur luar bandar yang terdapat dalam NKRA kementerian seperti bekalan air, pembinaan rumah dan membaik pulih rumah rosak, masih belum dapat dicapai disebabkan beberapa masalah teknikal dan usaha sedang dilakukan bagi memastikan kemudahan berkenaan disediakan pada tahun ini.
No comments:
Post a Comment