Showing posts with label penjenayah. Show all posts
Showing posts with label penjenayah. Show all posts

Wednesday, April 11, 2012

Mengapa penjenayah kejam harus ditembak mati tanpa perlu dibicarakan di mahkamah?








Mengapa penjenayah kejam dan tidak berperi-kemanusiaan, harus ditembak mati saja oleh Polis, tak payah perlu dibicarakan di mahkamah?

Sebab, apabila penjenayah itu ditembak mati dalam kejadian tembak menembak atau ketika cuba menyerang polis, maka kes itu diselesaikan sepenuhnya 100% pada masa dan detik itu juga.

Manakala apabila dibawa ke mahkamah, proses keadilan itu mengambil masa lama dan menelan belanja dan kos besar dan lebih menyakitkan hati, ada penjenayah bebas atau melarikan diri atau hanya menjalani hukuman pendek dan apabila bebas, dia kembali melakukan jenayah kejam termasuk rompak, rogol, culik, bunuh dan bakar.

Ada kes penjenayah yang sudah 20 kali keluar masuk penjara atau menjalani perintah tahanan terhad, tetapi kembali mengganas dengan menjadikan ramai manusia tak berdosa sebagai mangsa jenayah kejamnya.

Antara penjenayah kejam yang sudah mati ditembak polis tanpa perlu menjalani perbicaraan di mahkamah ialah Bentong Kali atau P Kalimuthu dan Mat Komando atau Ahmad Mohd Arshad.

Begitu juga anggota geng Mamak, geng Styer, geng M-16 dan pelbagai lagi gengster yang tak berguna di luar sana.

Ambil contoh kes pecah rumah.

Kes pecah rumah di Semenanjung Malaysia khususnya Lembah Kelang semakin menjadi jadi.

Kebelakangan ini kita takut dan bimbang apabila media banyak melaporkan kes pecah rumah dimana penghuninya diikat dan barangan berharga dilarikan.

Ada kes, penjenayah sial itu merogol dan mencederakan penghuni rumah.

Kita amat marah dengan kejadian ini. Kita amat gembira apabila Polis berjaya menembak mati kebanyakan penjenayah ini ketika sedang melarikan diri bersama sama barangan curi itu.

Kita amat menyokong tindakan polis yang menembak mati penjenayah kejam itu, sebab kalau mereka sudah mati, maka mereka tidak lagi berpeluang melakukan jenayah itu lagi, tiada lagi mangsa mereka kerana mereka sudah mati.

Jika 50,000 penjenayah kejam itu ditembak mati oleh polis, maka dunia ini akan lebih aman, Malaysia lebih aman.

Mana aman, Malaysia yang ada 50,000 penjenayah kejam atau Malaysia yang tiada 50,000 penjenayah kejam. Matematik mudah itu boleh dijawab oleh budak tadika.

Nah kalau ada pihak NGO ke sesiapa ke yang memandai kata Polis kejam dan Trigger Happy, maka saya cadangkan kita sumbatkan 20 penjenayah kejam seperti perogol dan pembunuh ke dalam rumah pihak NGO itu selama 2 minggu dan tengok apa jadi kepada tuan rumah, isteri, anak gadis mereka dan harta benda mereka.

Pasti NGO bangsat itu akan menangis bukan?

Satu lagi, faktanya ialah kebanyakan penjenayah sial yang suka pecah rumah ini terdiri daripada orang asing khususnya Indonesia. Mereka ni sewenang wenangnya masuk ke negara kita, memecah rumah, rompak, bunuh dan bawa hasil rompakan ke Indonesia dan enjoy.

Yang menyakitkan hati, ramai yang melakukan itu secara berulang ulang, maknanya selepas melakukan jenayah, mereka lari ke Indonesia dan selepas beberapa ketika, mereka kembali pula ke Malaysia dan mengulangi jenayah sama.

Tiada pula rakyat Malaysia yang sengaja ke Indonesia, lakukan pecah rumah, samun, rompak, rogol dan bunuh di sana kemudian kembali ke Malaysia.

Kenapa warga Indonesia ni jahat belaka?

Atas sebab itulah, kita amat menyokong usaha Polis yang tidak teragak agak menembak mati penjenayah sial itu kerana ini adalah penyelesaian terbaik.

Jika penjenayah itu ditangkap hidup hidup, maka kita perlu mengeluarkan belanja besar untuk kos tahan di lokap, makan minum, perbicaraan dan sebagainya. Kita kena berbelanja besar untuk manusia durjana yang tidak berguna walau sesen pun yang bergelar penjenayah itu.

Penjenayah juga boleh lepas jika peguam mereka bagus dan boleh menimbulkan keraguan munasabah atau atas sebab teknikal.

Antaranya kes yang pernah berlaku di Sabah melibatkan pembunuhan Ketua Wanita UMNO, Datuk Norjan Khan Bahadar yang dibunuh pada Februari 2004 di hotel Shangri-la, Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu. Tertuduh dalam kes itu, Azman Bakar alias Samsudin Mustamin dari Indonesia, bebas kerana peguamnya berjaya menimbulkan keraguan munasabah dengan mengatakan ada kemungkinan ada orang ketiga terlibat dalam pembunuhan kejam itu. Azman Bakar hanya dipenjara setahun kerana memiliki IC milik orang lain. Maknanya penjenayah kejam boleh terlepas dan melakukan jenayah lagi atas sebab sebab seperti ini.

Kita juga tidak lupa kes rakyat asing yang menculik, merogol dan membunuh pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Sabah, UMS, Sherliana Gediun pada 2008.

Mendiang Sherliana menaiki kereta sapu untuk pulang ke kampus UMS di Kota Kinabalu dari Kota Marudu, malangnya pemandu kereta sapu adalah seorang rakyat asing yang menculik, merogol dan membunuh Sherliana.

Si Bedebah itu dilaporkan melarikan diri ke negara asal sebaik melakukan jenayah kejam itu.

Di banyak negara di dunia juga, kebodohan sistem mahkamah dan keselamatan turut menyebabkan ramai manusia tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman penjenayah kejam.

Kes Michel Fourniert di Perancis adalah contoh klasik bagaimana kebodohan mahkamah dan polis menyebabkan ramai mati. Michel adalah penculik, perogol dan pembunuh di Perancis yang memulakan karier jenayahnya selama 40 tahun, sejak 1962 hingga 2003.

Kali pertama ditangkap polis, dia mengaku merogol 13 gadis. Namun kebodohan mahkamah Perancis menyebabkan Michel hanya dipenjara 3 tahun iaitu sepatutnya 7 tahun namun dibebaskan awal meskipun mengetahui betapa dia seorang amat ganas.

Selepas dibebaskan pada 1987, si gila itu merogol dan membunuh 7 lagi gadis muda di Perancis dan Belgium sebelum ditangkap pada 2003.

Pada 2008, mahkamah Perancis sekali lagi membuktikan kebodohannya apabila hanya menjatuhkan Michel yang kini berusia 61 tahun dihukum penjara 30 tahun, bukannya hukuman mati sebagaimana di Malaysia, China dan Amerika Syarikat. Ini bermakna Michel boleh bebas menerusi sistem parol yang tidak berguna itu dan kembali melakukan jenayah, mungkin akan merogol dan membunuh 10 gadis dan kanak kanak lagi???

Tidak mustahil kebodohan polis dan mahkamah Perancis itu boleh berlaku di Malaysia.

Mahkamah Ecuador juga bodoh apabila hanya memenjarakan 8 tahun ke atas seorang lelaki Pedro Lopes atau lebih dikenali Monster of Andes meskipun si gila itu menculik, merogol dan membunuh 300 kanak kanak perempuan di Colombia dan Ecuador.

Kesudahannya, selepas Lopes dibebaskan dari penjara, dia kembali menculik, merogol dan membunuh dan kini masih hidup.

Itulah yang mahu kita elakkan, menerusi 100& total solutions iaitu kosnya cuma RM1 bersamaan harga sebutir peluru yang ditembak masuk ke kepala penjenayah kejam itu.

Nah antara kes jenayah pecah rumah yang menakutkan kita termasuk :

Kes Timbalan Ketua Polis Johor Bahru yang mati ditetak sekumpulan penjenayah yang pecah masuk ke rumahnya. Akibatnya seluruh Johor disiasat polis dan ribuan pendatang haram dan pekerja asing Indonesia disiasat. Namun tidak diketahui pembunuh itu sudah ditangkap atau belum.

Rumah kediaman mewah Juara Akademi Fantasia musim ke 3, Mawi di Bangi, Selangor dipecah masuk penjenayah yang mengikat tangan dan kaki Mawi, isteri dan mertuanya. Kerugian RM10,000. Penjenayah berjaya melarikan diri tanpa sempat ditembak.

Rumah kediaman mewah adinda Sultan Selangor di Bukit Tunku dipecah masuk sekumpulan penjenayah yang melarikan wang tunai dan pelbagai barangan berharga. Pada 10 April 2012, 5 individu disyaki penjenayah keparat itu ditahan polis.

Rumah pelawak terkenal, Datuk Jamali Shadat juga pernah dipecah masuk penjenayah warga Indonesia.

Bukan saja Malaysia berdepan ancaman penjenayah asing pecah rumah, malahan rakyat asing yang tiada pendidikan itu juga boleh mengancam dari dalam rumah. Seperti kerjaya pembantu rumah, rakyat asing itu tidak teragak agak mencuri dari majikan lalu melarikan diri.

Contoh terbaik kes usahawan kosmetik terkenal Datin Ira Abdul Ghani yang rugi RM1 juta selepas 2 pembantu rumah warga asingnya melarikan pelbagai barangan berharga dari rumahnya pada 3 April 2012 lalu.

Jadi, kepada pihak berkuasa, usah teragak agak menembak mati penjenayah kejam itu sebelum lebih ramai rakyat Malaysia yang tidak bersalah menjadi mangsa kekejamannya.

Thursday, October 20, 2011

Penjenayah rempuh kereta peronda polis, maut ditembak di Kinarut, Sabah, 18 Oktober 2011





Inilah keadaan kereta peronda polis yang dirempuh kenderaan pacuan empat roda oleh penjenayah di Kinarut, Sabah pada awal pagi Selasa 18 Oktober 2011




Riwayat seorang penjenayah dari Kg Biah. Keningau, Sabah berakhir di tangan Polis di Kinarut, dalam satu insiden menggemparkan.

Amran Amtatak, 27 tahun dari kampung Biah, Keningau memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda, Isuzu di sebuah kawasan lapang di jalan SAFODA-Kinarut, berhampiran Maktab Rendah Sains Mara, MRSM Kinarut pada awal pagi selasa, 18 Oktober 2011, jam 1.10 pagi.

3 lelaki lain berada bersama Amran dalam kenderaan berkenaan.

Kebetulan ketika itu, sebuah kereta peronda polis dinaiki 2 anggota dari Ibupejabat Polis Daerah Papar, melakukan rondaan di kawasan itu lalu terserampak dengan kenderaan dinaiki 4 penjenayah itu.

Mengesyaki kenderaan itu dipandu dalam keadaan mencurigakan, polis mengarahkan pemandunya menghentikan kenderaan untuk diperiksa.

Namun penjenayah terbabit bertindak nekad merempuh kereta peronda polis dari arah hadapan.

Rempuhan menyebabkan kereta polis teranjak ke belakang sejauh 40 meter.

Menyedari nyawa mereka terancam, dua anggota polis dalam kereta peronda itu bertindak melompat keluar dan melepaskan tiga das tembakan ke arah kenderaan penjenayah.

Amran Amtatak, pemandu kenderaan terkena satu das tembakan, mati di tempat kejadian.

Dua das lagi tembakan mengenai badan kenderaan.

Namun tiga lagi penjenayah, betempiaran lari dan berjaya melarikan diri dalam kegelapan malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner, S-A-C Omar Mammah yang meninjau tempat kejadian berkata usaha memburu tiga lagi rakan suspek, giat dijalankan termasuk menggunakan anjing pengesan dari unit K-Nine.

Pemeriksaan lanjut di kenderaan penjenayah mendapati senjata tajam termasuk pedang samurai dan parang.

Kawasan kejadian dikatakan sering digunakan penjenayah untuk melupuskan barang curi termasuk kenderaan curi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan ancaman maut ke atas anggota polis.

Bagi saya, sepatutnya Polis menembak mati kesemua empat penjenayah dalam kenderaan berkenaan kerana apabila ini berlaku, maka kuranglah empat penjenayah di dunia ini dan dunia menjadi kian aman.

Ini kerana penjenayah apabila ditangkap dan dibicarakan, kebanyakan mereka pasti mengulangi jenayah itu kerana mereka penjenayah tegar. Hukuman penjara tidak menginsafkan mereka. Hanya tembakan maut, boleh menginsafkan mereka selama lamanya.

Apa akan berlaku jika penjenayah itu setelah dibebaskan dari penjara atau dibebaskan dengan ikat jamin, dia mengulangi perbuatan jenayahnya?? Bagaimana jika penjenayah itu mengulangi perbuatan jenayah seperti rompak, culik, rogol, liwat, bunuh ke atas mangsa?

Pasti ini memberikan trauma yang amat pahit kepada mangsanya.

Sepatutnya tembak saja semua penjenayah tegar, ganas dan merbahaya, agar dunia lebih aman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs