Thursday, December 30, 2010

Norhayati Abu Bakar membuktikan Wanita Melayu Boleh mengelilingi dunia secara solo selama 3 tahun



Norhayati Abu Bakar, menjadi kebanggaan wanita Melayu serta juga kebanggaan negara Brunei Darusallam kerana dialah wanita Melayu pertama dari Borneo yang berjaya mengelilingi dunia secara solo bersama suaminya, menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Norhayati berjaya menyempurnakan misi yang mustahil itu selepas menempuh pelbagai cabaran dan dugaan, dalam tempoh 3 tahun, sekaligus membuktikan dalam dunia ini tiada yang mustahil untuk dicapai, asalkan ada semangat, iltizam, kemahuan dan semangat waja.


Harun, suami Yati, adalah teman setianya sepanjang perjalanan penuh mencabar mengelilingi dunia selama 3 tahun itu.

Jika Philleas Fogg mengelilingi dunia dalam tempoh 80 hari dalam novel popular British, Yati dan Harun pula benar2 melakukannya dalam tempoh 3 tahun merentasi 67 negara sejak 2007 hingga 30 December 2010.

Berikut adalah beberapa gambar menarik Norhayati dan suaminya, Harun, berasal dari Austria, sepanjang ekspedisi mengelilingi dunia sejak 2007 berakhir hari ini 30 December 2010 apabila Norhayati dan Harun selamat tiba di Bandar Seri Begawan, dari Kota Kinabalu, menggunakan kenderaan pacuan empat roda dinamakan "JAMBO".

"JAMBO" bukan sekadar digunakan sebagai kenderaan untuk perjalanan sejauh 141, 000 kilometer itu, malahan juga digunakan sebagai tempat tidur, tempat memasak dan bilik gerakan.

Di bawah, gambar yang dirakamkan Norhayati dan Harun sepanjang perjalanan di Peru, Amerika Selatan bersama masyarakat Inca.

















Bendera Brunei Darusallam dikibar megah Norhayati di Machu Picchu, peninggalan sejarah teragung di Peru yang dibina pada tahun 1450 dan kini diistyharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.


Gambar di bawah pula menunjukkan Norhayati dan Harun ketika menjelajah Bolivia, Amerika Selatan bersempadan dengan Peru. Di Bolivia pada 1 malam, Norhayati menemui sepasang suami isteri yang sedang menggeletar kerana 2 sebab - kesejukan dan kelaparan. Norhayati bermurah hati memberikan makanan kepada pasangan itu dan tangannya digenggam erat sebagai tanda terima kasih tidak terhingga.

























2 Gambar di bawah pula menunjukkan Norhayati dan Harun serta JAMBO di Alaska, suhu mencecah -10 di bawah paras beku. Di Alaska lah, Norhayati dan Harun menyambut 1 Syawal, tanpa kelibat manusia lain. Syabas Brunei..







Cabaran tersendiri turut diharungi Norhayati dan Harun ketika merentasi benua Afrika. Ini termasuklah kemudahan infra-struktur seperti jalanraya, hotel, bangunan dan kemudahan air dan elektrik serta jambatan yang jauh lebih mundur dari Brunei dan Malaysia dan juga masalah bahasa. Begitu juga soal keselamatan. Sepanjang perjalanan Yati dan Harun terpaksa berhati hati ketika memilih tempat untuk bermalam di dalam kereta.

Apapun kepelbagaian budaya dan tradisi masyarakat Afrika memang memukau.






























Dan di bawah pula suasana pengembaraan di Russia... perjalanan paling mencabar pastinya dari Vladivostok, Siberia ke Moscow sejauh 10,000 kilometer, mengambil masa 1 bulan untuk sampai...
















Untuk melayari website pengambaran ini, anda boleh ke http://www.overthehorizon.net/index.html


Perjalanan Yati dan Harun itu bermula sejak tahun 2007 dan berakhir hari ini 30 Dec 2010 apabila kenderaan tiba di Brunei, melalui Kota Kinabalu.

Dalam tempoh itu, Yati dan suaminya, Harun, seorang warga Austria, menjelajah ke 67 negara meliputi jarak 141 ribu, 300 kilometer.

Mereka hanya menggunakan sebuah kenderaan land cruiser dinamakan “JAMBO” tanpa diiringi kenderaan bantuan atau sokongan.

Perjalanan fasa pertama pada 2007 bermula di cape town, afrika selatan sebelum merentasi timur afrika dan ke benua asia sebelum berakhir di brunei.

fasa kedua pada 2008 menyaksikan perjalanan turut bermula dari cape town menuju barat afrika sebelum kembali ke brunei.

manakala perjalanan terakhir bermula dari korea seterusnya menuju ke russia, eropah utara, amerika selatan, amerika syarikat dan australia.

antara pengalaman tidak dapat dilupakan, menyambut 1 syawal lalu di alaska dikelilingi ais, tanpa kelibat manusia, selain mereka.

juga pengalaman memberikan makanan kepada sepasang suami isteri yang tidur di tepi jalanan dalam keadaan kesejukan dan kelaparan di la paz, bolivia, amerika selatan.

begitu juga kedaifan hidup sekumpulan remaja di angola, afrika yang bermain bola menggunakan kain terpakai yang dibungkus menjadi bola.

lalu pasangan ini mendermakan bolasepak kepada kumpulan remaja itu.

perjalanan paling mencabar pula - merentasi russia dari vladivostok, siberia ke moscow sejauh 10 ribu kilometer, selama satu bulan.

selepas australia, kota kinabalu menjadi destinasi persinggahan terakhir perjalanan mengelilingi dunia yati dan harun sebelum kembali ke brunei hari ini.

sepanjang perjalanan mengelilingi dunia, mereka terpaksa menghabiskan sebahagian besar masa tidur di dalam kereta pacuan empat roda.

malahan, memasak juga dilakukan di dalam kenderaan, menggunakan peralatan memasak yang diubah-suai.

ada kalanya mereka terpaksa bersembunyi dan melarikan diri daripada kumpulan disyaki penjenayah yang cuba memecah masuk kenderaan ataupun mengekori kenderaan mereka.

bagi yati, perjalanan ini membuka mata dan mindanya, betapa bersyukurnya kehidupan rakyat di brunei dan malaysia yang jauh lebih baik daripada kebanyakan negara yang disinggahi.

malahan katanya, kemiskinan di setengah kawasan di amerika syarikat, russia, amerika selatan dan afrika, lebih teruk daripada kemiskinan di malaysia dan brunei.

kejayaan mengelilingi dunia secara solo itu juga seharusnya menjadi pembakar semangat kepada masyarakat melayu di brunei dan malaysia untuk sentiasa melakar pencapaian terbaik untuk keluarga dan negara.

perjalanan ini juga bagi mempromosikan brunei dan juga malaysia di mata pelancong antarabangsa.

Selamat Tahun Baru Norhayati.. Anda memang kebangaan Brunei, wanita serta wanita Melayu..

2 comments:

ben said...

Truly an adventure of a lifetime. Salute to them for making it a reality.

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Yes lato... she is one gutsy lady... she did the impossible!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs