Showing posts with label anak kampung. Show all posts
Showing posts with label anak kampung. Show all posts

Thursday, November 29, 2012

Jimmy Palikat, penyanyi popular Sabah kini ahli UMNO








Jimmy Palikat sebenarnya pernah menerima anugerah seni daripada Najib di Kota Kinabalu, sebelum masuk UMNO.



Penyanyi paling popular di Sabah, Jimmy Palikat kini ahli UMNO.

Jimmy yang terkenal dengan lagu Tanak Kampung atau Anak Kampung dan bakal beraksi di final Juara Lagu 2012 terbitan TV3, menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak sempena pehimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC.

Majlis itu turut disaksikan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Tanak Kampung kini ahli UMNO.

Dibawah ini adalah lagu popular Jimmy Palikat Anak Kampung yang akan beraksi di pentas final Anugerah Juara Lagu 2012 terbitan TV3. Ini aksi Jimmy Palikat dalam semifinal bersama One Nation Emcees.



All the best Jimmy Palikat...

Thursday, April 19, 2012

Jambatan Tamparuli, Sayang Kinabalu, Tanak Kampung, Macam di KK, fenomena muzik Sabah yang menggegar Malaysia


Justin Lusah - semua lagunya yang diterbitkan pada 1970an popular termasuklah Jambatan Tamparuli.




Kimin Mudin popular dengan lagu Sayang Kinabalu



Jimmy Pakikat popular dengan lagu Tanak Kampung atau Anak Kampung



Janrywine J Lusin mencetuskan fenomena Macam di KK

Bagi saya hanya ada 4 lagu dari Sabah yang berjaya menggegar persada muzik di Malaysia.

Ini kerana lagu berkenaan bukan sahaja popular di negeri di bawah bayu, malahan juga popular di Malaysia dan pernah diperdengarkan di pentas utama dan TV di Malaysia.

Berikut lagu dimaksudkan.

Jambatan Tamparuli, nyanyian Justin Lusah.


Ini rakaman semula oleh penyanyi baru


Ini versi moden dinyanyikan Cozzi Chong

Mula didengari di corong radio dan tape Sabah pada 1978. Amat popular sehingga kumpulan heavy Metal Singapura, Sweet Charity pernah mendendangkan lagu ini di Tamparuli menggunakan irama heavy metal dan suara serak Ramli Sarip.


Sayang Kinabalu.



Ciptaan Asmin Mudin dan dinyanyikan abangnya Kimin Mudin. Terlalu popular sehingga menjadi lagu tema pelancongan Sabah. Sayangnya Kimin telah meninggal dunia pada usia muda.


Tanak Kampung / Anak Kampung



Ciptaan dan nyanyian Jimmy Palikat. Versi lagu popular ini ada dalam bahasa Kelantan dan Iban!!! dan juga ada dalam album Rockers di Semenanjung.


Macam di KK



Ciptaan dan nyanyian Janrywine J Lusin. Amat popular sehinggakan anak muda ini terus melonjak popular selaju The Beatles dan Elvis Presley. Syabas Mr Tambadau!!


Adakah ada lagu Sabah lagi yang bakal popular selepas ini? Sama sama kita nantikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs