Showing posts with label angkasawan. Show all posts
Showing posts with label angkasawan. Show all posts

Saturday, January 7, 2012

Foto menakjubkan kapal angkasa Atlantis melintasi Matahari


Foto kapal angkasa Atlantis melintasi Matahari ini berjaya dirakamkan seorang jurufoto amatur bernama Thierry Legault.

Dia menggunakan kamera untuk merakamkan gambar ini ketika sedang berada di laman belakang rumahnya.

Tidak ramai antara kita yang boleh merakamkan detik dan ketika seperti ini.



Untuk rekod, kapal angkasa Atlantis milik Amerika Syarikat adalah sepanjang 122 kaki dan seberat 80 tan.

Mula digunakan untuk misi angkasa lepas pada 1985 dan sudah menyempurnakan 33 misi sehingga perkhidmatan terakhir pada 21 Julai 2011 iaitu tempoh 26 tahun berkhidmat untuk manusia sejagat.


Inilah barisan krew NASA Atlantis pada pernerbangan terakhirnya pada 8 hingga 21 Julai 2011. Mereka ialah Chris Ferguson (dua dari kanan) selaku komander, Doug Hurley (dua dari kiri) selaku pilot, Rex Walheim and Sandy Magnus, kedua duanya pakar misi atau mission specialits.

Antaranya melakukan 7 penerbangan ke stesen angkasa lepas MIR milik Russia dan 12 penerbangan stesen angkasa lepas antarabangsa, ISS di orbit.

Atlantis juga digunakan untuk melancarkan 14 satelit ke orbit bumi.

Keseluruhannya kapal angkasa Atlantis merekodkan masa di angkasa lepas selama 306 hari, 14 jam, 12 minit dan 43 saat serta melakukan 4,848 penerbangan orbit bumi, atau penerbangan melakukan pusingan 360 darjah melangkaui orbit bumi.

Jarak dilaluinya sepanjang tempoh 26 tahun dan 33 misi ialah 125 juta 935 ribu 769 batu atau 202 juta, 673 ribu, 974 km).

All the Best Atlantis.

Monday, October 11, 2010

Perkahwinan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor pada 10.10.10












Dr Sheikh Muszaphar Shukor - bukan sahaja angkasawan pertama Malaysia, namun beliau juga dinobatkan antara angkasawan paling kacak dan segak pernah ke angkasa lepas..

Namun kini beliau sudah berpunya, tarikh keramat 10.10.10 bersamaan Ahad, dipilih untuk menamatkan zaman bujangnya. Kini Angkasawan sudah bergelar suami kepada Dr. Halina Yusof, seorang pakar anestesia (bius) di Hospital Selayang. Hmmm.. Angkasawan merangkap Doktor berkahwin Doktor.. anak pasangan ini pastinya bakal mencapai kecemerlangan akademik suatu ketika nanti.








Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha dilahirkan pada 27 Julai 1972 di Kuala Lumpur dan ketika artikel ini ditulis, beliau berusia 38 tahun.

Dr Sheikh - doktor bedah ortopedik dan merupakan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki kapal angkasa lepas Russia, Soyuz TMA-11.

Dr Sheikh dan 2 lagi angkasawan, Yuri Malenchenko dari Russia sebagai komander Soyuz dan Peggy Whitson dari Amerika Syarikat, selamat tiba ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), kira kira 300 kilometer dari bumi dan selamat mendarat kembali ke bumi dalam misi selama 11 hari itu.

Sepanjang misi dari 10 Oktober 2007 jam 9.21 malam waktu Malaysia hingga kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007 pada jam 6.44 petang waktu Malaysia, Dr Sheikh turut mencatat sejarah sebagai orang Islam pertama menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di bulan Syawal di angkasa lepas.



Daya pecutan sekuat 2 tan, membawa kapal angkasa dinaiki Dr Sheikh Muszaphar dan 2 angkasawan lain melepasi tarikan graviti bumi, dan seterusnya memasuki ruang angkasa lepas yang tidak mempunyai graviti, sebelum dipandu masuk ke ISS.

Kelajuan kapal angkasa ini ialah 4,700 batu sejam!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs