Showing posts with label computer games. Show all posts
Showing posts with label computer games. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

Siapa pencipta game Tetris?




Inilah wajah Pencipta Tetris pada 2008. Namanya Alexey Pajitnov, dari Soviet Union.

Tetris ciptaannya mula dipasarkan pada 6 Jun, 1984.

Tetris adalah sebuah permainan video yang amat popular pada lewat 80an di Malaysia dan mendapat sambutan hangat di seluruh pelusuk dunia, turut diminati oleh saya.

Tetris menguji kecerdikan dan kebijaksanaan anda menyusun pelbagai objek rata berbentuk L, Garis Lurus atau Garis Bersilang.



Penciptanya bukan orang Jepun yang terkenal dengan permainan Nintendo, SEGA atau CASIO atau XBOX dan Playstation atau orang Amerika yang terkenal dengan Gameboy, Atari dan sebagainya.

Sebaliknya Pencipta Tetris ialah orang Russia. Malahan muzik Tetris juga menampilkan muzik popular orang Russia.

Hmmm.. orang Russia memang bijak, kerana bukan saja mencipta Tetris malahan sudah menghantar manusia ke angkasa lepas, bulan dan ISS termasuk menerusi roket SOYUZ.

Russia juga ada senjata nuklear, bukan sahaja Tetris.

Hmm Layannnnnnnn Tetris.

Monday, April 16, 2012

Playshop, website untuk game percuma



Playshop, website untuk mendapatkan game percuma.

Selain pergi ke kedai komputer untuk membeli cd game seperti vietnam wars, shooting dan combat, anda sebenarnya boleh download game percuma dari laman web Playshop.

Saya diberikan tips ini oleh rakan saya yang gila bermain game termasuk Angry Birds.

Sekian, selamat mencuba. Cheers. Have a nice day.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs