Tuesday, January 6, 2009

badminton - mampukan lee chong wei mengulangi gemerlap kejayaan??






setelah menjuarai badminton super series master final di kota kinabalu, 21 disember lalu, mampukan pemain nombor 1 dunia, Datuk lee chong wei meneruskan rentak cemerlangnya di pentas juara???

persoalan itu bakal terjawab dalam kejohanan super series pertama tahun ini - Terbuka Malaysia 2009 di Stadium Putra, Bukit Jalil yang sedang berlangsung sekarang hingga 14 Januari depan.

di atas kertas, memang prestasi chong wei amat padu, kukuh dan memberangsangkan... beliau menjinakkan beberapa pemain kelas dunia antaranya peter gade (denmark) dan jagoan indonesia, Taufik Hidayat dalam langkahan sebagai Juara Master Final Super Series di Kota Kinabalu, 21 disember lalu itu.

malah peter gade dan taufik ditewaskan oleh chong wei dengan mudah dalam set pertama perlawanan separuh akhir dan akhir - dengan hanya membenarkan lawan memungut kurang 10 mata..

apa yang jelas ketika kejohanan di Kota Kinabalu itu, chong wei mampu melakukannya meskipun tanpa ditemani dan tanpa kelibat jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek yang dimasukkan ke hospital setelah mengadu kurang sihat sekembalinya beliau dari menunaikan Haji di Mekah.

Persoalannya, adakah Lee Chong Wei mampu sekali lagi muncul juara di Bukit Jalil meskipun tanpa Misbun???

Adakah prestasi Chong Wei lebih baik tanpa Misbun disisi atau sebaliknya????

Sama samalah kita lihat.

Ayuh Malaysia, Go Chong Wei....!!!!!!!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs