Saturday, January 3, 2009

GPMG, Mesingan pelbagai guna TLDM menakutkan lanun Somalia....

Berikut adalah laporan muka hadapan Utusan Malaysia 2 januari 2009 mengenai insiden serangan lanun Somalia yang semakin menjadi jadi di perairan Teluk Aden :-

KUALA LUMPUR 1 Januari 2009. – Dua minggu selepas menyelamatkan kapal dagang China daripada dirampas lanun di Teluk Aden dekat Somalia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini berjaya menggagalkan pula cubaan lanun merampas sebuah kapal tangki India di perairan sama.
Kehadiran helikopter Fennec dari kapal perang TLDM, KD Sri Inderasakti yang dilengkapi mesingan pelbagai guna (GPMG) 12.7mm berjaya membuatkan lanun-lanun dari dua bot yang sedang menembak kapal MT Abul Kalam Azad, melarikan diri.
Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu (11.30 pagi waktu Malaysia), kapal KD Sri Inderasakti yang menerima panggilan kecemasan (SOS) dari kapal tangki itu segera mengarahkan helikopter Fennec untuk membantu.
Kapal perang itu berada kira-kira 28 kilometer dari lokasi MT Abul Kalam Azad yang sedang diserang oleh dua bot lanun.
Helikopter TLDM tiba di lokasi kejadian kurang 10 minit kemudian dan menyertai helikopter Dauphine dari kapal Tentera Laut Arab Saudi (HMS Al-Dammam) untuk menghalang rampasan kapal tangki tersebut.
Panglima Armada TLDM, Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin memberitahu Utusan Malaysia malam ini, menyedari kehadiran helikopter Fennec yang dilengkapi GPMG, kedua-dua bot lanun itu yang berasa terancam telah beredar melarikan diri.
Menurutnya, lanun-lanun tersebut sebelum itu cuba merampas kapal tangki itu dengan menembaknya.


Apa yang menarik di sini, LANUN TERSEBUT MELARIKAN DIRI APABILA MELIHAT MESINGAN PELBAGAI GUNA ATAU GPMG – DALAM BAHASA INGGERISNYA – GENERAL PURPOSE MACHINE GUN….

seorang tentera dengan GPMG

Untuk pengetahuan, GPMG dicipta untuk memenuhi keperluan mesingan ringan atau LMG (Light Machine Gun) dan mesingan berat atau HMG (Heavy Machine Gun) – maksudnya ia berada di tengah tengah…


GPMG digunakan tentera Malaysia di barisan hadapan selain daripada senjata lain seperti LMG Minimi..
Mesingan LMG minimiMesingan HMG

GPMG dikeluarkan dalam pelbagai versi oleh pelbagai negara termasuk United Kingdom, German, China dan Republik Czech.

Senjata ini boleh diletakkan di atas Tripod samada di kenderaan, bot dan helikopter.

Raifal AK47 Kalashnikov buatan Russia

GPMG mempunyai kuasa tembakan lebih kuat daripada rifel automatic AK 47 Kalashnikov, buatan Russia yang lazimnya digunakan lanun Somalia dan elemen militant Afrika yang lain.
Seorang tentera sedang memikul RPG

Lanun terbabit juga sering dilihat membawa RPG atau Rocket propelled Grenade atau Grenad berkuasa roket…. Atau ringkasnya Bazooka yang bertujuan memusnahkan kereta kebal..
Apapun artikel ini tiada kaitan dengan lagu "Bazooka Penaka" oleh kumpulan Wings....!!!!!!
Thanks for reading, terima kasih kerana membaca...


Saksikan kehebatan tembakan GPMG sebagaimana didemonstrasi tentera British dalam video di bawah :

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs