Monday, October 11, 2010

Perkahwinan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor pada 10.10.10












Dr Sheikh Muszaphar Shukor - bukan sahaja angkasawan pertama Malaysia, namun beliau juga dinobatkan antara angkasawan paling kacak dan segak pernah ke angkasa lepas..

Namun kini beliau sudah berpunya, tarikh keramat 10.10.10 bersamaan Ahad, dipilih untuk menamatkan zaman bujangnya. Kini Angkasawan sudah bergelar suami kepada Dr. Halina Yusof, seorang pakar anestesia (bius) di Hospital Selayang. Hmmm.. Angkasawan merangkap Doktor berkahwin Doktor.. anak pasangan ini pastinya bakal mencapai kecemerlangan akademik suatu ketika nanti.








Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha dilahirkan pada 27 Julai 1972 di Kuala Lumpur dan ketika artikel ini ditulis, beliau berusia 38 tahun.

Dr Sheikh - doktor bedah ortopedik dan merupakan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki kapal angkasa lepas Russia, Soyuz TMA-11.

Dr Sheikh dan 2 lagi angkasawan, Yuri Malenchenko dari Russia sebagai komander Soyuz dan Peggy Whitson dari Amerika Syarikat, selamat tiba ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), kira kira 300 kilometer dari bumi dan selamat mendarat kembali ke bumi dalam misi selama 11 hari itu.

Sepanjang misi dari 10 Oktober 2007 jam 9.21 malam waktu Malaysia hingga kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007 pada jam 6.44 petang waktu Malaysia, Dr Sheikh turut mencatat sejarah sebagai orang Islam pertama menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di bulan Syawal di angkasa lepas.



Daya pecutan sekuat 2 tan, membawa kapal angkasa dinaiki Dr Sheikh Muszaphar dan 2 angkasawan lain melepasi tarikan graviti bumi, dan seterusnya memasuki ruang angkasa lepas yang tidak mempunyai graviti, sebelum dipandu masuk ke ISS.

Kelajuan kapal angkasa ini ialah 4,700 batu sejam!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs