Friday, June 10, 2011

2 lemas di perairan Kudat, Sabah. 7 Jun 2011


Dalam Peta Sabah ini, Kudat terletak di utara sekali, paling atas dalam Peta.





Polis Kudat di utara Sabah dan Pasukan Gerakan Marin serta Pasukan Tugas Am IPD Kudat dibantu Unit Udara Polis Sabah, Bomba, Jabatan Kesihatan dan penduduk kampung melancarkan satu gerakan besar besaran di perairan Kudat untuk mencari 2 wanita yang hilang ketika memancing di perairan Pangaraban, Kudat sejak 2.30 petang Selasa 7 Jun 2011 lalu.

2 wanita yang hilang itu dikenali Jana Kassim, 70 tahun dan Lina Oteng, 50 tahun. Mereka keluar memancing menggunakan sebuah perahu kecil kira kira jam 2.30 petang Selasa 7 Jun 2011. Namun sehingga malam, kedua duanya tidak pulang ke rumah, menyebabkan ahli keluarga mangsa membuat laporan polis di IPD Kudat jam 9.35 malam.

Gerakan mencari pada 8 Jun 2011 bersamaan Rabu hanya berjaya menemui perahu kecil yang digunakan mangsa, namun kelibat mangsa tidak kelihatan.

Gerakan mencari diteruskan keesokan harinya pada Khamis 09.06.2011 sejak awal pagi melibatkan 37 Pegawai dan Anggota Penyelamat dari pelbagai agensi termasuk penduduk kampung di sekitar perairan Kudat hingga Teluk Marudu.

Pada jam lebih kurang 3.00 petang, salah seorang mangsa bernama Jana binti Kassim, 70 tahun telah dijumpai terapung di kawasan perairan Tanjung Berungus, Pitas iaitu lebih kurang 10 batu nautika dari Kampung Pengaraban,Kudat.

Mayat mangsa telah dicam oleh ahli keluarga mangsa dan telah dibawa ke Hospital Kudat untuk bedah siasat.

Operasi dihentikan pada jam lebih kurang 6.00 petang disebabkan cuaca gelap dan laut bergelora.

Gerakan mencari dan menyelamat yang masuk hari ketiga diteruskan pada Jumaat 10.06.2011 jam 6.00 pagi dan berjaya menemui mayat mangsa kedua tragedi itu - Lina Oteng.

Ekoran kes ini, Pemangku Ketua Polis Kudat, ASP CHUNG PIAW JOON meminta orang ramai sentiasa berhati hati apabila keluar ke laut dan mengikuti perkembangan cuaca bagi mengelak kejadian tidak diingini daripada berlaku.

4 comments:

Harry said...

Condolences to their family...

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Harry.. thanks for reading.. Aramatieee

Anonymous said...

nenek sya yg mati lemas ni.....moga ditempatkn d kalngn org yg beriman...

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Ya.. semoga ditempatkan di kalangan orang beriman.. Takziah kepada keluarga kedua dua mangsa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs