Wednesday, June 22, 2011

Karnival TV3 Jom Heboh di Sabah selepas 6 tahun, 600 ribu orang berkunjung





Sehingga jam 5 petang tadi, dianggarkan 600 ribu orang sudah berkunjung ke Karnival itu dari seluruh negeri Sabah.

Meskipun keadaan sesak, nyata pengunjung berpuas hati.

Ya selepas 6 tahun kita bertemu lagi dalam karnival Jom Heboh di Kota Kinabalu, Sabah.

Lokasinya di perkarangan kompleks sukan Likas pada Sabtu dan Ahad bersamaan 25 dan 26 Jun 2011.



Kali terkahir karnival diadakan di Kota Kinabalu adalah pada 2005 dan selepas itu tidak diadakan lagi pada 2006, 2007, 2008, 2009 dan 2010.

Kali pertama diadakan karnival Jom Heboh yang ketika itu dikenali Karnival Sure Heboh adalah pada 2004 di perkarangan Menara Tun Mustapha atau Yayasan Sabah, juga di Likas.

Ketika itu kehadiran ratusan ribu orang dari seluruh pelusuk Sabah menyebabkan kesesakan teruk di laluan berkenaan sehinggakan ada media tempatan menggelarkannya "Sure Havoc"!!

Dianggarkan keseluruhannya 800 ribu orang berkunjung di sepanjang karnival 2 hari itu di Likas.



Karnival Jom Heboh kembali dengan perisian program baru dalam siri penganjurannya yang ke-9 pada tahun ini.

Karnival terbesar ini merupakan satu landasan bagi TV3 untuk berinteraksi dengan penonton setianya dengan cara lebih dekat dan terbuka sambil turut serta dalam aktiviti-aktiviti menarik yang dianjurkan di setiap gerai.

Ianya juga menemukan orang ramai dengan personaliti-personaliti TV3 dan artis-artis popular tanahair.

Antara selebriti yang memeriahkan Karnival Jom Heboh di Kota Kinabalu 2011 ialah Fasha Sandha, Zarina AF2, Aza (Elite), Nora Danish, Zahiril Adzim, Kamal Adli, Nabila Huda, Azam Pitt, Azwan Mazlan, Jason Liang, Izara Aishah, Zizan, Dira Abu Zahar, Akim, Tomok, Azahari dari Bang Bang Boom dan artis terkenal Sabah sendiri Stacy yang berada di gerai pameran karnival.

Konsert Jom Heboh pada sebelah malam Ahad 26 Jun 2011 mulai 9 malam hingga 10.30 malam pula digegarkan persembahan Faizal Tahir, Hafiz, Lan & The Typewriter, One Nation Emcees, Salma Juara Mentor 2011 serta Shiha naib juara Mentor 2011 dan ramai lagi.

Terima kasih kepada seluruh warga Sabah yang telah berjumpa di sana bah... Begitu juga rakyat Brunei dan Sarawak.. Hebat.. Aramatiee.. Boleh Ba Kalau Kau...

2 comments:

Harry George said...

Masih muda ko tu bos time tu kan.... alley iskandar mau datang.. selain Mr Bebek sa minat Alley.. buli ka tu boss... bah

bebek said...

Mr Harry George.. hehe ya masa tu time muda.... Mana buli minat Bebek?? dia tu kuat Aramatiee... Tapi kalau Alley Iskandar..ok boss.. nanti saya kasi kanal sama bossss... Aramaitieeeee.........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs