Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA dan Akta Buang Negeri 1959 (akta 79) pada malam 15 September 2011, sehari sebelum sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2011.
ISA dan Akta Buang Negeri lazimnya dikenakan ke atas individu yang dianggap merbahaya dan memudaratkan keselamatan, keamanan dan ketenteraman negara.
Mereka termasuk penjenayah tegar dan merbahaya, ahli politik ekstrem, golongan pelampau agama, kaum dan politik, perisik dari negara asing, pejuang komunis, pengganas seperti Al-Qaeda, Jemaah Islamiah dan Darul Sabah, puak militan serta juga kakitangan kerajaan sendiri yang terlibat memalsukan dokumen rasmi negara seperti Mykad.
Antara yang pernah ditahan dibawah ISA di Malaysia termasuk pemimpin Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan pada 1991 hingga 1994, serta pemimpin pembangkang Lim Kit Siang, Karpal Singh serta juga Ibrahim Ali dan Dr Chandra Muzaffar ketika Ops Lalang pada 1987.
Ramai juga ditahan ketika rusuhan kaum pada May 13, 1969.
Ok lupakan itu, kisah lama.
Hari ini, 4 Oktober 2011, media Malaysia melaporkan Akta Buang Negeri 1959 (Akta 79) dimansuhkan kerana ia sudah lapuk dan tidak boleh digunakan lagi.
Laporan media itu merujuk kepada dokumen Rang Undang-Undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011 yang diedarkan di Parlimen pada 4 Oktober 2011.
Menurut rang undang-undang itu lagi, pemansuhan akta itu bagaimanapun tidak menjejaskan apa-apa waran, perintah, arahan atau surat cara lain, atau penahanan yang telah dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta itu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa pemansuhan dibuat.
Rang undang-undang itu juga tidak melibatkan sebarang perbelanjaan wang tambahan oleh kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin 3 Oktober 2011 mengemukakan usul untuk memansuhkan dua akta iaitu Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Kediaman Terhad 1933 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
Selain dua akta itu, Najib menerusi Perutusan Khas Hari Malaysia pada 15 Sept 2011 turut mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.
ISA akan digantikan dengan dua undang-undang baru yang sesuai dan dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Mac 2012.
No comments:
Post a Comment