Inilah keadaan kereta peronda polis yang dirempuh kenderaan pacuan empat roda oleh penjenayah di Kinarut, Sabah pada awal pagi Selasa 18 Oktober 2011
Riwayat seorang penjenayah dari Kg Biah. Keningau, Sabah berakhir di tangan Polis di Kinarut, dalam satu insiden menggemparkan.
Amran Amtatak, 27 tahun dari kampung Biah, Keningau memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda, Isuzu di sebuah kawasan lapang di jalan SAFODA-Kinarut, berhampiran Maktab Rendah Sains Mara, MRSM Kinarut pada awal pagi selasa, 18 Oktober 2011, jam 1.10 pagi.
3 lelaki lain berada bersama Amran dalam kenderaan berkenaan.
Kebetulan ketika itu, sebuah kereta peronda polis dinaiki 2 anggota dari Ibupejabat Polis Daerah Papar, melakukan rondaan di kawasan itu lalu terserampak dengan kenderaan dinaiki 4 penjenayah itu.
Mengesyaki kenderaan itu dipandu dalam keadaan mencurigakan, polis mengarahkan pemandunya menghentikan kenderaan untuk diperiksa.
Namun penjenayah terbabit bertindak nekad merempuh kereta peronda polis dari arah hadapan.
Rempuhan menyebabkan kereta polis teranjak ke belakang sejauh 40 meter.
Menyedari nyawa mereka terancam, dua anggota polis dalam kereta peronda itu bertindak melompat keluar dan melepaskan tiga das tembakan ke arah kenderaan penjenayah.
Amran Amtatak, pemandu kenderaan terkena satu das tembakan, mati di tempat kejadian.
Dua das lagi tembakan mengenai badan kenderaan.
Namun tiga lagi penjenayah, betempiaran lari dan berjaya melarikan diri dalam kegelapan malam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner, S-A-C Omar Mammah yang meninjau tempat kejadian berkata usaha memburu tiga lagi rakan suspek, giat dijalankan termasuk menggunakan anjing pengesan dari unit K-Nine.
Pemeriksaan lanjut di kenderaan penjenayah mendapati senjata tajam termasuk pedang samurai dan parang.
Kawasan kejadian dikatakan sering digunakan penjenayah untuk melupuskan barang curi termasuk kenderaan curi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan ancaman maut ke atas anggota polis.
Bagi saya, sepatutnya Polis menembak mati kesemua empat penjenayah dalam kenderaan berkenaan kerana apabila ini berlaku, maka kuranglah empat penjenayah di dunia ini dan dunia menjadi kian aman.
Ini kerana penjenayah apabila ditangkap dan dibicarakan, kebanyakan mereka pasti mengulangi jenayah itu kerana mereka penjenayah tegar. Hukuman penjara tidak menginsafkan mereka. Hanya tembakan maut, boleh menginsafkan mereka selama lamanya.
Apa akan berlaku jika penjenayah itu setelah dibebaskan dari penjara atau dibebaskan dengan ikat jamin, dia mengulangi perbuatan jenayahnya?? Bagaimana jika penjenayah itu mengulangi perbuatan jenayah seperti rompak, culik, rogol, liwat, bunuh ke atas mangsa?
Pasti ini memberikan trauma yang amat pahit kepada mangsanya.
Sepatutnya tembak saja semua penjenayah tegar, ganas dan merbahaya, agar dunia lebih aman.
No comments:
Post a Comment