Monday, March 31, 2014

APMM Tawau tahan 19 nelayan warga asing




19 NELAYAN WARGANEGARA JIRAN DITAHAN APMM TAWAU

Sumber : APMM Tawau

TAWAU, 30 Mac 2014 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menahan sebuah bot nelayan pukat lengkong yang berdaftar dengan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah di timur laut Batuan Tangan, perairan Tawau pada 30 Mac 2014 lebih kurang jam 2.30 petang kelmarin.

2. Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah (KPMD), Kepten Maritim Anor bin Hj Jaafar berkata, 18 warga asing dalam lingkungan 16 – 52 tahun dan seorang awak- awak di percayai warganegara Malaysia berumur 24 tahun telah ditahan untuk pengesahan dokumen diri manakala yang lain kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

3. "Menurut KPMD, juragan dan kesemua awak-awak ditahan untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 manakala salah seorang awak- awak yang mengemukakan Mykad akan disiasat untuk pengesahan dokumen pengenalannya,” jelasnya.

4. ”APMM akan terus menjalankan pemantauan bagi menyekat sebarang bentuk kegiatan jenayah untuk memastikan perairan Sabah selamat dan terkawal. Orang ramai diminta memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat bagi sebrang aktiviti yang mencurigakan berlaku di perairan Sabah khasnya Tawau menerusi talian 999 atau hotline APMM Daerah maritim Tawau 089-752 115.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs