Friday, March 28, 2014
MH370, isu samada Ahmad Jauhari Yahya perlu letak jawatan CEO MAS? Hanya Jauhari yang mengenal manikam
Hanya Jauhari yang mengenal Manikam. Dalam kamus berbahasa Melayu, JAUHARI membawa makna Pakar/Tukang Permata atau bijak pandai (Genius) dalam batu permata. Sementara MANIKAM (diambil daripada bahasa Tamil; MANICKAM) pula membawa makna Batu Permata (GEM).
Jadi, peribahasa HANYA JAUHARI SAJA YANG MENGENAL MANIKAM membawa makna lebih kurang begini: Hanya mereka yang arif dan pakar saja yang mengetahui akan pekerjaan yang mereka lakukan dalam bidang masing-masing. Selain usaha mencari #MH370, persoalan lain yang berlegar di kalangan orang ramai ialah mengenai soal perlukah Ahmad Jauhari Yahya letak jawatan sebagai CEO MAS, Hanya Ahmad Jauhari atau AJ saja yang layak menentukan apa langkah terbaiknya selepas ini. Saya tengok ada banyak pendapat di laman sosial termasuk FB..dan di luar sana pun orang hangat memperkatakan ini...ada yg setuju ada yg tak dengan alasan masing2... kalau saya tak silap sebelum kes MH370 ni pun ada suara mahu AJ letak jawatan kerana prestasi kewangan MAS yg tak memuaskan.... biarlah AJ sendiri buat keputusan nak stay ke tak. Yang benar adalah fakta di jepun...pasti CEO nya sudah letak jawatan jikalau berlaku hal2 sebegini...bukan sahaja Ceo malahan banyak Perdana Menteri Jepun dan menteri kabinetnya letak jawatan jika ada berlaku sesatu... dan zaman dulu2 bukan sahaja letak jawatan tapi dia akan melakukan "Harakiri" iaitu bunuh diri....kalau pasukan bolasepak selalu kalah, yg jadi mangsa ialah pengurusnya kena letak jawatan atau kena fire...meskipun pengurus sudah bagi arahan pemain harus lakukan itu dan ini utk menjaringkan gol namun kalah juga...patut yg salah pemain tapi coach kena letak jawatan... benar jepun lain malaysia lain tapi jepun lebih maju dari Malaysia..tahun 1945 Jepun musnah dibom termasuk 2 bom atom di Hiroshima dan Nagasaki tapi kurang 20 tahun selepas itu pada 1964, Jepun sudah menjadi hos sukan olimpik.. Jepun membina negaranya dengan cepat sebab budaya jepun ni ada kelebihan tersendiri dan ada yg boleh dicontohi malaysia spt pandang ke timur, cekap, berdisiplin menepati masa dan perlu ikut letak jawatan?? budaya Jepun juga unik, meskipun ada pengaruh barat spt pornografi dibenarkan, namun cara kerja mereka amat hebat....sehingga menjadi negara kuasa ekonomi dunia... Sekali lagi saya ulangi, Hanya Jauhari yang mengenal Manikam,. apapun moga pesawat ditemui segera..sekadar pendapat saya..
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140327/dn_14/Tak-setuju-Ahmad-Jauhari-letak-jawatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment