Showing posts with label aktres. Show all posts
Showing posts with label aktres. Show all posts

Tuesday, November 10, 2009

Tiz Zaqyah - meminati lelaki berperwatakan Brad Pitt


Tiz Zaqyah


Brad Pitt - aktor sensasi Hollywood







sumber berita : utusan online

Siapa sangka Tiz Zaqyah meminati lelaki berperwatakan Brad Pitt.

Jadi kepada lelaki yang merasakan dirinya seakan akan atau menyerupai Brad Pitt, maka jangan segan silu untuk berkenalan dengan Tiz Zaqyah ataupun menghantar rombongan merisik terus!!!

Siti Zaqyah Abdul Razak atau Tiz Zaqyah, 21 tahun, mula menempa nama dalam persada seni tanah air menerusi lakonan watak alim dalam drama Nur Kasih arahan Khabir Bhatia, yang disiarkan di TV3.

Nama gadis manis dan jelita itu juga terus menjadi bualan setelah gambar seksinya di sebuah kelab hiburan tersebar di Internet.



Kerana itu biar pun baru empat tahun menjadi artis, Tiz menempatkan namanya sebaris dengan bintang popular lain kerana kontroversi gambar seksinya dan juga pembawaan watak dalam drama Nur Kasih.




Dalam tempoh empat tahun sebagai pelakon, Tiz terlibat dalam drama Impian Ilyana, Bernafas Dalam Lumpur, Gol & Gincu serta Putih. Wataknya dalam drama itu sekadar sampingan.

Gadis berasal dari Kuala Lumpur itu mengakui dia merupakan artis beruntung. Masa awal-awal dahulu tiada siapa pun yang ambil peduli tentang dirinya.



Sekarang semuanya sudah berubah. Nama Tiz cukup dikenali. Watak bertudung dalam Nur Kasih berjaya memikat golongan ibu-ibu dan makcik-makcik yang jatuh hati dengan wajah ayunya itu.

Nampak suci dan baik sahaja. Ironinya pada masa yang sama juga gambar seksinya di majlis sosial diedarkan di Internet. Namun, ada juga di kalangan mereka yang sudah memasang cita-cita untuk bermenantukan pelakon ketinggian 5 kaki 3 inci ini.

"Tidak nafikan populariti sekarang bagaikan kejutan buat Tiz. Bila orang mula bercakap tentang Tiz sebenarnya ada kesan sampingan. Kalau orang berniat baik, mereka sokong apa sahaja yang Tiz lakukan.

"Kalau tidak, mereka cuba menggali semua kelemahan atau keburukan Tiz dan sebarkan kepada semua," kata gadis comel ini.

Kerana itulah gambar Tiz yang sedang "bersosial" di pusat hiburan bersama beberapa teman tersebar di Internet awal tahun lalu. Gambar itu tersebar ketika Nur Kasih disiarkan di TV3.

Benar kata orang, sekeping gambar membawa seribu cerita. Gambar-gambar yang tersebar menggambarkan Tiz gadis yang begitu bebas. Pakaian di tempat berkenaan juga memang seksi dan berbeza dengan watak Nur Amina yang solehah dan bertudung litup.

Tiz berulang kali menjelaskan dia tidak terlibat dengan aktiviti kurang sihat itu walaupun gambarnya dilihat oleh orang ramai menerusi Internet.



"Tiz belajar daripada kesilapan. Tiz beruntung kerana punya ibu bapa yang memahami. Mereka sentiasa mengingatkan bahawa dunia artis ini berbeza. Apa yang kita lakukan dipantau dan dijadikan bualan semula. Gambar itu diambil sebelum Tiz menjadi artis lagi."

"Apa motif penyebaran tidak diketahui tetapi ia seakan-akan mahu menjatuhkan karier Tiz yang baru bermula. Bersosial tidak bermakna Tiz liar. Tiz seorang yang selamba tetapi tidak bermakna Tiz mudah untuk dipijak kepala," tegas peminat muzik jazz ini.

Biar apa pun cabaran ditempuh, Tiz tidak mudah mengalah atau berundur. Drama Nur Kasih masih belum menemui titik noktah tetapi rezeki pelakon berbintang Scorpio ini mencurah-curah. Tiz tetap menerima tawaran berlakon.

Antaranya telefilem Korban Kasih Marisa yang baru sahaja selesai sesi penggambarannya. Walaupun hanya sebagai pelakon undangan tetapi penampilannya memberi kesan apabila ditayangkan pada Hari Raya Aidiladha ini.

Tiz juga tidak menetapkan sebarang syarat untuk melakonkan watak yang diingini penerbit. Tiz bersedia melakonkan apa-apa watak yang boleh mencabar kredibilitinya. Semakin berat watak itu bermakna semakin banyak kajian yang perlu dibuat.

Soal bayaran bukan utama buat gadis ini. Apa yang penting baginya adalah bakat dimilikinya dan ia tidak boleh dikompromi. Sasaran Tiz adalah watak yang dibawakannya berkesan di hati penonton. Gadis ini mahu menyemarakkan persada seni lakonan tanah air dengan kehadirannya.

Melihat pada penampilan gadis berkulit putih kuning ini seakan tidak percaya bahawa Tiz tomboi pada zaman sekolahnya. Ingatkan Tiz seorang yang beauty conscious bila dilihat pada mulus kulitnya. Yalah gadis remaja sekarang amat prihatin tentang kecantikan diri dari hujung kepala hingga hujung kaki.

Disebabkan sikap kasarnya itu, Tiz tidak mempunyai sebarang hubungan cinta dengan sebarang lelaki. Zaman persekolahannya dilalui dengan penuh warna-warni apabila banyak terlibat dengan aktiviti lasak.

"Bila perwatakan Tiz seperti tomboi, mana ada orang lelaki nak jiwang lebih pada kita. Ajak bergaduh adalah. Entahlah, dari mana datangnya perangai itu? Emak Tiz pun pening kepala bila disuruh pakai skirt, terus Tiz cabut lari sebelum kena membebel," ujar anak bongsu daripada dua beradik ini.

Apabila ditanya bagaimana gadis keturunan Betawi ini boleh berubah ke arah lebih kewanitaan, Tiz memberitahu ia berlaku secara semulajadi.

Bercerita tentang jejaka idamannya, Tiz berkata, dia mengimpikan seorang lelaki mempunyai perwatakan seperti Brad Pitt - kacak dan bergaya. Katanya, walaupun ia hanya boleh diperoleh dalam mimpi sahaja tetapi dia tetap mengaguminya.

Secara jujurnya, Tiz mengatakan bab memilih kekasih masih terlalu awal untuk dibicarakan. Kalau boleh dia mahu ketepikan buat sementara waktu. Tetapi syarat utamanya adalah bakal kekasihnya boleh menerima apa sahaja yang ada pada Tiz seadanya.

Umie Aida bernikah Januari 2010 dan gambar sekitar pertunangan Umie Aida 29 Sept 09





















































Seperti diketahui umum, Pelakon jelita Umie Aida telah melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan pada 29 September 2009 lalu.

Tanpa perlu bercinta lama, Umie Aida, 36 tahun, yang pernah menang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia nekad memberi hatinya kepada Khairuddin yang juga merupakan seorang usahawan berjaya.

Berkonsepkan moden dengan tema biru-putih, acara pertunangan tersebut berlangsung penuh gilang gemilang di dupleks mewah hadiah perkahwinannya yang terletak di I-Zen, Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Duduk di pelaminan dekorasi hiasan Kem Salleh daripada Kapas, Umie disarungkan set pertunangan berupa cincin, subang dan rantai berloket bentuk hati oleh bakal ibu mertuanya, Balkish Ahmad, 70, sambil disaksikan kira-kira 200 tetamu termasuk dua anak Khairuddin iaitu Mohd Shafiq, 19 dan Mohd Shahir, 16.

Rakan artis yang hadir pula antaranya Sofia Jane, Deja Moss, Nur Aliah Lee, Linda Onn, Rebecca Nur Al-Islam dan Noryn Aziz.

Teman baiknya Erra Fazira dan Zahida Rafik menjadi pengapit Umie yang dipimpin oleh ibunya Asmah Mohd. Ali, 61 menuruni tangga untuk upacara menyarung cincin sambil diiringi alunan muzik daripada trio Jali Jali.

Erma Fatima membawa dulang hantaran manakala adiknya Betty serta rakan baiknya, aktres Nora Danish dan Lisa Surihani sebagai pengiring bersama anak-anak Umie, Mohd. Daniel Firdaus, 16, dan Mohd. Dzulhelmy, 15 serta tiga anak teruna Erma.

Memilih merah jambu samar sebagai tema sebelah perempuan, pihak lelaki dari Bukit Mertajam, Pulai Pinang pula hadir segak dan cantik dengan rona kelabu.

Tiga dulang hantaran diserahkan kepada pihak perempuan iaitu tepak sirih, satu set perhiasan sebagai tanda serta coklat.

Sementara pihak perempuan pula membalas lima dulang hantaran meliputi tepak sirih, strawberi, kurma, biskut serta kek.

"Alhamdulillah... Segala persiapan dan perancangan yang dilakukan sepanjang Ramadan lalu berjalan lancar.

"Ini adalah satu berita gembira yang ingin saya kongsi bersama semua - keluarga, sanak saudara, rakan-rakan dan para peminat," tambahnya.

Bakal menjadi orang bergelar, Umie Aida, tidak menganggap status itu satu kepentingan, jauh sekali yang didambakan.

Menjadi orang biasa adalah keinginannya namun menjadi adat, kalau sudah bergelar haruslah menghormatinya.

"Tapi saya tetap saya dan tidak mahu dipanggil dengan sebarang gelaran," kata Umie yang turut meminta agar tidak memberikan panggilan atau gelaran seperti datuk jutawan, abang K dan sebagainya seperti yang banyak ditulis selama ini.

Malah pelakon berbakat itu juga menegaskan memilih Khairuddin bukan kerana pangkat dan wang ringgit tetapi hati budi dan pekerti mulia yang dipandang.

"Ya, dia jodoh terbaik saya," kata Umie yang pernah beberapa kali kecundang dalam percintaan.

Semoga bahagia sehingga ke anak cucu Umie Aida dan Datuk...!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs