Showing posts with label gadis hilang. Show all posts
Showing posts with label gadis hilang. Show all posts

Friday, June 14, 2013

Kemana menghilangnya Kanak Kanak British, Madeleine McCann yang hilang di Portugal pada 3 May 2007?



British girl missing in Portugal since May 3rd, 2007. Madeleine McCann A combination of two pictures released by Madeleine McCann's family. One shows Madeleine at the age of 3 (L), and an 'age progression' image of what she would look like at the age of 9. Madeleine McCann disappeared on May 3, 2007, just days before her fourth birthday, from the family's holiday apartment at the Portuguese resort of Praia da Luz. Her parents were dining with friends at a nearby restaurant when she went missing. If you have any information on Madeleine's whereabouts, please contact the Operation Grange team at 0207 321 9251 or OperationGrange@met.pnn.police.uk. More info about Madeleine can be found at: findmadeleine.com

Kemana menghilangnya kanak kanak British dari Cornwall, England Madeleine Mc Cann yang hilang ketika berusia 3 tahun di sebuah pusat peranginan di Portugal pada 3 May 2007? Sehingga kini ibubapa Madeleine masih bertungkus lumus mencari anaknya dan merungkai misteri di sebali kehilangannya pada jam 10 malam 3 May 2007 ketika ibubapanya dan sahabat yang bercuti di Praia Da Luz, Portugal sedang makan malam di sebuah restoran hanya 50 meter dari bilik tidur Madeleine dan 2 adik kembarnya?

Kes kehilangan ini mendapat perhatian utama di media Britain dan Portugal dan sebelum perlawanan bolasepak Liga Perdana Inggris antaar Everton dan Sunderland, jersi khas dipakai dengan mesej DONT FORGET MADELEINE diperagakan pemain kedua dua pasukan.

Jika anda ada maklumat, hubungi balai polis terdekat kerana PDRM ada link dengan Interpol atau Polis Antarabangsa yang seterusnya akan menyalurkan sebarang maklumat kepada Polis British atau Scotland Yard.

Terima kasih. God Bless Madeleine Mc Cann.

Monday, March 19, 2012

Gadis berusia 15 tahun, Siti Nurfatihah Mahadi, diculik di Taman Tas, Kuantan, Pahang, Ahad 18 Mac 2012



Terkini, menerusi laporan media pada 21 Mac 2012, Gadis itu sebenarnya TIDAK DICULIK!!! MENYUSAHKAN ORANG BETUL, MERIMASKAN, MEMANASKAN. DAMN!!!

Siti Fatihah mengaku tidak diculik - sumber Utusan online, 21 Mac 2012

KUANTAN 21 Mac - Remaja perempuan yang ditemui dua hari selepas dia dikatakan diculik ketika membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lalu, akhirnya mengaku kepada polis bahawa dia sebenarnya tidak diculik.

Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, mengaku dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya berusia 26 tahun setelah mengalami tekanan emosi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata, pengakuan itu dibuat ketika polis menyoal siasat gadis itu selepas dia ditemui di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan, petang semalam.

"Setelah menyiasat kes ini, polis mendapati Siti Nur Fatihah bukan diculik. Remaja ini keluar dari rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak.

Hmmm geram juga apabila gadis ini sebenarnya tidak diculik tapi lari ke rumah boyfren. Ramai pihak termasuk polis mengorbankan wang, masa dan tenaga mencarinya kerana menyangkanya diculik, namun lain pula jadinya. Malahan saya sendiri membantu menghebahkan kehilangan gadis ini dalam blog saya seperti catatan di bawah :

Siapa siapa yang ada maklumat mengenai kes penculikan yang berlaku di Kuantan, Pahang ini, sila hubungi Polis.

Siti Nurfatihah Mahadi, 15 tahun dilaporkan diculik 3 individu di Taman Tas, Kuantan, Pahang, tengahari kelmarin Ahad 18 Mac 2012. Kejadian disaksikan 2 adiknya. Laporan polis sudah dibuat.

Menurut laporan Berita Harian Online hari ini, Siti Nurfatihah, pelajar perempuan Tingkatan Tiga hilang dipercayai dilarikan 3 individu tidak dikenali ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar di sebuah premis kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tas, Kuantan, Pahang, petang Ahad, 18 Mac 2012.

Siti Nurfatihah dilaporkan keluar ke premis berhampiran kira-kira jam 3 petang bersama dua adiknya, Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aishah, masing-masing 11 tahun, sebelum ditarik seorang lelaki memasuki sebuah kereta jenis Honda Ungu.

Laporan polis sudah dibuat.

Jika anda ada maklumat, hubungi Polis dengan segera. Keluarga Siti Nurfatihah amat bimbang dengan keselamatannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs