Showing posts with label jepun. Show all posts
Showing posts with label jepun. Show all posts

Monday, May 21, 2012

2 Fukushima yang terkenal di Jepun > Tragedi loji nuklear Fukushima dan atlit pecut Jepun Chisato Fukushima


Inilah letupan di loji nuklear Fukushima Daichi Jepun akibat gempa bumi teramat kuat magnitud 9.0 skala Ritcher.


Ini pula atlit pecut Jepun, Chisato Fukushima

Tragedi nuklear Fukushima dan atlit pecut Jepun Chisato Fukushima

Fukushima amat terkenal di Jepun, kerana 2 sebab berbeza.

Sebab pertama ekoran kerosakan Loji Nuklear Jepun di Fukushima akibat Gempa Bumi dan Tsunami yang menggegarkan negara matahari terbit itu pada 11 Mac 2011.

Selepas lebih setahun, krisis Nuklear Jepun yang dicetuskan loji Fukushima selesai, hasil kerja keras saintis Jepun.

Chisato Fukushima pula atlit jelita Jepun yang menjuarai acara pecut 200 meter di Sukan Asia Guangzhou 2010.

Chisato Fukushima akan mewakili Jepun dalam sukan Olimpik London 2012, pastinya dalam acara kegemarannya.

Itulah 2 Fukushima yang terkenal di Jepun.

Monday, April 16, 2012

Tokyo Motor Show, sarat dengan automobil dan gadis seksi
















Tokyo Motor Show adalah pertunjukan kereta paling hebat dan popular di dunia.

Bayangkan Tokyo dan Jepun adalah negara pengeluar kenderaan terhebat seperti Toyota, Yamaha, Suzuki, Daihatsu, Kawasaki dan banyak lagi.

Ada kenderaan berciri futuristik yang dipamerkan.

Ada juga kenderaan yang terlalu hebat dan hanya proto-taip, bukan untuk komersial.

Namun yang pasti, tarikan utama pada Tokyo Motor Show ialah kehadiran gadis gadis jelita lagi seksi yang menjadi penyeri kenderaan. Mereka ni akan berdiri atau duduk dengan gaya seksi dan manja di kenderaan yang dipamerkan.

So nak kereta atau gadis? Atau kedua duanya sekali?

Siapakah budak paling menakutkan di Jepun?



Siapakah budak paling menakutkan di Jepun?

Jawapannya budak ini yang berlakon sebagai anak hantu dalam filem Ju On!!

Nama watak budak hantu itu ialah Toshio, dilakonkan Ryota Koyama.

Ibu budak ini adalah hantu Jepun yang amat menakutkan manakala budak ini adalah anak ibu hantu yang akan muncul secara tiba tiba mengejutkan kita dengan wajahnya yang pucat lesi!!!

1 lagi soalan, jika anda nampak Hantu Ju On ini dihutan, apa reaksi anda??

Sunday, January 15, 2012

Jualan Fuckin Sale di Osaka, Jepun






Jepun adalah sebuah negara maju dan antara paling hebat di dunia.

Namun kemajuannya tidak bermakna Jepun tidak melakukan kesalahan.

Contohnya kempen membeli belah besar besaran untuk bulan Januari 2012 di kedai The Galerie di Osaka, Jepun ini menunjukkan ada orang Jepun yang tidak tahu makna perkataan Fuckin.

Kita semua tahu Fuck atau Fuckin bukan perkataan bagus, sebaliknya ia perkataan tidak senonoh.

Namun bagi pengusaha kedai ini, Fuckin bermakna baik!!! Gila sungguh orang Jepun ni.

Kempen jualan ini sebenarnya untuk menjual dengan murah stock lama dari tahun sebelumnya.

Namun sebaik kesilapan itu disedari, barulah syarikat itu kelam kabut menarik balik semua iklan dengan perkataan Fuckin Sales, sambil meminta maaf.

Apapun, Tiada Maaf Bagi Mu Osaka.

Apa akan berlaku jika ada pasaraya di Malaysia menggunakan kempen iklan seperti ini sebagai contoh Jualan Musim Perayaan Besar Besaran Fuckin!! hahahaaa

Friday, December 9, 2011

Berapakah gaji Presiden dan CEO Toyota Motors Industries?















TOYOTA adalah pengeluar kenderaan automobil terbesar dunia dengan perolehan syarikat RM 705 Billion dan keuntungan RM15 Billion bagi tahun kewangan 2011.

Persoalannya berapakah gaji bulanan Akio Toyoda, beliau ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif / CEO TOYOTA Motor Industries.??

Bolehkah gaji Akio Toyoda menyaingi gaji Presiden & CEO Petronas? Akio Toyoda ialah waris kepada pengasas Toyota, Sakichi Toyoda.

1 lagi persoalan memandangkan Akio Toyoda ialah boss Toyota, maka adakah dia tidak boleh menaiki kereta Mercedes untuk pejabat dan terpaksa menggunakan Toyota sepanjang hayatnya??

Thursday, December 8, 2011

8 Ferrari, 1 Lamborghini dan 3 Mercedes berlanggar sesama sendiri di Jepun



Ini adalah antara kemalangan jalanraya paling mahal dalam sejarah, dengan nilai kerugian dianggarkan USD 3.85 juta dollar Amerika atau RM 11.55 juta!!

Berlaku Chugoku Expressway, Yamaguchi, Jepun pada Ahad 4 Disember 2011.



8 Ferrari, sebuah Lamborghini dan 3 Mercedes serta 3 lagi kenderaan berlanggar sesama sendiri. Dikatakan konvoi kenderaan mewah ini dalam perjalanan dari Hiroshima ke Kyushu apabila kenderaan paling depan, sejenis Ferrari terbabas dalam keadaan jalan licin, lalu berlakulah chain reaction.

ketika itu, kenderaan mewah ini dalam kelajuan antara 140 hingga 160 km sejam.






Namun semua pemandunya selamat. Itu yang penting. Wang boleh dicari, nyawa tidak boleh digalang ganti atau dibeli.



Berita ini menjadi tajuk utama di dunia kerana jarang jarang berlaku. Malahan kereta lumba Formula One pun jarang berlanggar sesama sendiri sehingga membabitkan 14 kenderaan meskipun pada kelajuan 300 km sejam!!

Tuesday, June 21, 2011

Hachiko. haiwan paling setia di dunia





Kisah legenda kesetiaan Hachiko kepada tuannya telah difilemkan di Jepun dan di USA. Poster ini bagi filem mengenai kisah Hachiko arahan bintang terkenal Hollywood, Richard Gere.



Hachiko (1923-1935) adalah anjing kepada Profesor Hidesaburō Ueno yang mengajar di Universiti Tokyo di Tokyo, Jepun.

Menjadi rutin harian anjing ini untuk menghantar dan menunggu tuannya saban hari di stesen keretapi Shibuya.

Sehinggalah pada satu hari pada May 1925, tuannya mati mengejut dan tidak pulang pulang, Hachiko terus menunggu hingga 9 tahun berikutnya di stesen itu, setiap hari tanpa gagal.

Kesetiaan Hachiko kepada tuannya, tidak pernah berganjak dari menunggu kepulangan tuannya, sehinggalah Hachiko mati di stesen itu, pada 8 Mac 1935.

Kesetiaannya sangat di kagumi. Binatang, adakalanya lebih setia dari manusia, walaupun mereka cumalah seekor haiwan.

8 April setiap tahun, upacara memperingati Hachiko diadakan di stesen keretapi Shibuya.

Bersemadilah dengan aman Hachiko.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs