Showing posts with label kasihan. Show all posts
Showing posts with label kasihan. Show all posts

Tuesday, April 26, 2011

Seorang ibu boleh menjaga 10 anak... namun belum pasti 10 anak itu boleh menjaga seorang ibu

Seorang ibu yang mempunyai 10 anak, boleh menjaga kesemua 10 anaknya itu. Itulah ibu mithali.

Namun 10 anak itu belum pasti boleh menjaga hanya seorang ibunya.



Pepatah dan ungkapan ini ada kebenarannya jika kita melihat nenek / datuk dan warga emas yang terbiar dan dibiarkan dibawah jagaan jabatan Kebajikan Masyarakat di rumah warga tua di seluruh Malaysia.



Tugas saya sebagai seorang penulis kecil kecilan telah membawa saya ke pelbagai rumah warga Tua di Sabah termasuk di rumah warga tua Sri Pritchard, Kinarut dan rumah warga emas di Jalan Air Panas, Tawau.

Di situ, hati saya tersentuh apabila melihat ramai warga emas samada nenek atau datuk, yang kesepian dan kesunyian.



Di kala datuk dan nenek lain ceria dan bahagia di rumah masing masing ditemani senda gurauan dan gelak ketawa anak anak, menantu, cucu dan cicit, lain pula kisah warga emas di rumah perlindungan orang tua.

Mereka pasrah.

Mereka sedih.

Mereka sunyi dan mereka kesepian.

Mereka bertanya kepada diri sendiri, mengapa perkara ini berlaku kepada saya.??

Mengapa anak saya dan cucu saya tidak memperdulikan saya??



Sudahkan anak saya melupakan pengorbanan saya ketika menjaga mereka dari sekecil bayi berusia beberapa jam sehinggalah mereka meningkat dewasa.??

Bagaimana saya langsung tidak mengeluh apabila anak yang masih bayi menangis pada jam 4 pagi meminta disusukan dan meminta lampinnya ditukar??

Adakah anak saya lupa pengorbanan saya sebagai ibubapa bekerja siang dan malam, penat lelah dan jerit payah untuk mencari sesuap nasi membesarkan mereka dan membiayai kos pendidikan anak kesayanganku??

Semua itu tidak memerlukan bayaran sesen pun dari anak anak... apa yang saya mahukan hanya perhatian, belaian kasih sayang anak anak ku...



Dimana sifat kemanusiaan anak anakku??

Di rumah warga tua di Kinarut dan Tawau, saya perhatikan warga emas ini terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Cina dan India. Namun jarang kita bertemu warga emas yang ditinggalkan di sini dari kaum bumiputra Sabah seperti Kadazan, Dusun, Murut, Brunei, Rungus, Bajau dan orang Sungai.

Mengapa???

Kepada anak anak, berikanlah kasih sayangmu kepada orang orang tua mu, kerana tanpa mereka, siapalah anda....

Semoga Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Kuasa memberkati dunia ini..

Amin ...

Amen...

Wednesday, January 5, 2011

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, JAMAWI JAAFAR mahu kerajaan membuat kajian semula penggunaan sistem e-kasih dalam pemilihan pelajar yang layak



Sebuah video memaparkan kehidupan guru dan pelajar di pedalaman, video terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran. Apabila menonton video ini, maka kita sedar betapa pelajar di pedalaman khususnya yang miskin tegar, amat perlu dibantu menerusi rancangan makanan tambahan sekolah, RMTS berdasarkan kesusahan dan kedaifan hidup mereka, bukan sekadar melalui e-kasih, malahan juga maklumbalas lain.



Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, JAMAWI JAAFAR mahu kerajaan membuat kajian semula penggunaan sistem e-kasih dalam pemilihan pelajar yang layak menerima Rancangan Tambahan Makanan Sekolah (RTMS).

Teks / Gambar : Jaafar Abdul Wahid

TENOM, Sabah, Malaysia - 5 Januari 2010 :

Kementerian Pelajaran digesa agar mengekalkan sistem pengunaan data Sistem Maklumat Murid (SMM) yang dipratikkan sebelum ini bagi memilih pelajar yang layak untuk mendapat bantuan dibawah skim Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) di Sabah.

Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Jamawi Jaafar berkata sistem itu lebih sesuai bagi memestikan tidak berlaku keciciran terhadap pelajar yang layak menerima bantuan terutamanya di sekolah luar bandar di negeri ini yang ibubapanya masih dalam golongan berpendapatan rendah yang sememangnya layak menerima bantuan tersebut.

Menurut Jamawi beliau difahamkan Kementerian Pelajaran baru-baru ini telah mengeluarkan arahan kepada semua Guru besar agar menggunakan senarai e-kasih dalam menentukan pemilihan pelajar yang layak menerima bantuan (RMTS) ini.

“ Jika sistem e-kasih kita gunakan pakai dalam pemilihan tersebut sudah tentu menjejaskan bantuan yang telah disediakan sebelum ini dimana ianya perlu melakukan pemilihan semula yang sudah pestinya memakan masa, sedangkan musim persekolahan sudah bermula dan sebelum ini melalui sistem yang digunakan pakai iaitu (SMM) tidak menimbulkan sebarang masalah kepada guru dan pelajar yang layak menerima bantuan ini” katanya ketika diminta mengulas isu ini.

Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom berkata demikian ketika diminta mengulas isu penggunaan e-kasih dari sistem (SMM) yang digunakan pakai sebelum ini dalam menentukan pemilihan pelajar yang layak menerima (RMTS) dimana ianya mendapat bantahan dan perasaan kurang puas hati dari kalangan ibubapa pelajar yang mereka anggap tidak pratikal dan adil kepada pelajar lain yang layak menerima bantuan ini.

“ Sistem e-kasih ini tidak begitu pritikal digunakan di Sabah dimana kita memahami keadaan keluarga pelajar di luar bandar terutamanya di pedalaman dimana dengan menggunakan sistem ini hanya antara 5-10 orang di setiap sekolah sahaja pelajar yang layak menerima bantuan sedangkan ianya lebih dari angka tersebut yang layak menerima bantuan (RMTS) ini” katanya

Menurut Jamawi hampir semua pembekal yang menerima tawaran bekalan dibawah program (RMTS) ini khususnya di Tenom belum memulakan operasi bekalan mereka ke sekolah-sekolah yang terlibat disebabkan jumlah penerima melalui sistem e-kasih amat sedikit tidak berbaloi dengan kos pengangkutan mereka menghantar bekalan ke sekolah sekolah yang terlibat.

Tambah Jamawi lagi daripada 180 pelajar yang layak menerima (RMTS) di beberapa buah sekolah di daerah Tenom pada tahun lalu kini melalui sistem e-kasih hanya 9 pelajar sahaja yang layak menerimanya sebagai contoh di sk Gumisi Tenoim dimana angka tersebut tidak lojik difikirkan berbanding dengan taraf kehidupan masyarakat luar bandar di daerah ini khususnya pelajar yang sebenaranya masih mengharapkan bantuan termasuklah skim (RMTS) ini

“ Perkara ini telah menjadi isu kepada ibubapa disamping memaksa pihak sekolah memberikan penjelasan berulang kali kepada ibu bapa mengenai isu ini” jelas Jamawi

Sehubungan dengan itu Jamawi meminta agar Kementerian Pelajaran mengkaji semula penggunaan e-kasih dalam pemilihan pelajar yang layak menerima (RTMS) ini dimana menurut beliau sistem (SMM) yang diguna pakai sebelum ini tidak menimbulkan sebarang masalah

“ Bayangkan ada pelajar di kawasan pedalaman seperti di Sekolah Kebangsan Gumisi dimana pelajarnya terpaksa berjalan kaki lebih sejam untuk sekolah sudah tentu merasa kelaparan dimana pada awal musim persekolahan ini tidak lagi menerima bantuan (RMTS) “katanya

Untuk Rekod arahan menggunakan data e-kasih dikeluarkan oleh kementerian pelajaran Malaysia bertarikh 29 Disember 2010 dan dipanjangkan kepada semua pegawai pelajaran daerah negeri Sabah oleh Jabatan pelajaran Sabah melalui surat bertarikh 30 Disember 2010.

Jadi?? Apa lagi Kementerian Pelajaran segeralah ambil tindakan sebelum isu ini membelenggui dan memudaratkan lebih ramai pelajar miskin dan kurang berkemampuan khususnya di Pedalaman Sabah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs