Showing posts with label mahkamah. Show all posts
Showing posts with label mahkamah. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Prima Facie, Order of Mandamus serta Birdie, Eagle, Bogey.....


Prima Facie, Habeas Corpus, Locus Standi, Order of Mandamus, Afidavit, - itu di mahkamah



Birdie, par, Bogey, Eagle - itu di padang golf

Jika anda wartawan baru dan boss anda menyuruh anda membuat liputan berita di Mahkamah, maka anda perlu bersedia mendengar beberapa terma yang belum pernah anda dengar atau pernah dengar tetapi terlalu asing.

Antara terma mahkamah ialah Prima Facie, Order of Mandamus, Habeas Corpus, Afidavit, Locus Standi, Ultra Vires, Bona Fide, Caveat, ex parte, ex Gratia, in absentia, inter alia, jus soli, magna carta, male fide, pro rata, pro bono, sub judice dan macham2 lagi.

Prima Facie bermakna keraguan munasabah.

Manakala Order of Mandamus pula bermakna arahan supaya sesuatu kes dipercepatkan pendengarannya oleh Mahkamah.

Begitu juga jika anda wartawan baru disuruh boss anda untuk buat liputan pertandingan golf.

Pasti ada terma > birdie, boogie, albatros, double boogey, par dan eagle.

Apa semua ini?

Dulu saya pun tak tahu, namun setelah belajar maka saya tahu.

Birdie, Albatros, Eagle dan Hole in One adalah amat baik iaitu anda memasukkan bola dengan bilangan pukulan yang kurang daripada Par lubang berkenaan.

Sebagai contoh jika lubang ke 8 adalah Par 5, maka jika anda berjaya memasukkan bola ke lubang hanya dengan 4 pukulan, maknanya anda mencatat Birdie dan score anda (-1). Jika Par 5 dan anda memasukkan bola selepas 5 pukulan bermakna anda mencatat Par dan scorenya (0). Jika anda melakukan 3 pukulan dan bola masuk di Par 5, maka anda mencatat Eagle (-2). Jika Hole in One di Par 5 bermakna anda mencatat -4 dan jika anda memukul 2 kali terus masuk makna anda mencatat Albatross (-3).

Jika di lubang par 4, anda melakukan 5 pukulan baru masuk bola ke dalam lubang, makna anda dapat Boogey, yang tak baik. Dan jika lakukan 6 pukulan di par 4, bermakna double boogey dan seterusnya hinggalah boogey yang ke seratus hehe.

Ingatlah, dalam golf, score paling rendah adalah pemenang. Maksudnya jika anda menggumpul 180 pukulan 10 dibawah par bermakna score anda (-10). Anda hanya boleh ditewaskan lawan yang boleh membuat 179 pukulan 11 dibawah Par (-11) dan seterusnya.

Namun jika score anda 200 pukulan 10 di atas par, bermakna (+10) dan anda pasti tewas dan kalah.

Terima kasih kerana membaca.

Wednesday, May 19, 2010

Poligami tanpa kebenaran - Bung Moktar Radin dipenjara sebulan...


Datuk Bung dan Zizie

Sumber : utusan online

Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah Datuk Bung Moktar Radin dikenali sebagai seorang yang petah berkata kata dan sering mewarnai suasana di Dewan Rakyat.

Beliau sering mengambil bahagian dalam perbahasan dalam segala aspek yang dibincangkan di Parlimen.

Ini menyebabkan beliau tidak sunyi dari kontroversi dan pernah juga digelar "Bigfoot" oleh Karpal Singh.

Beliau juga pernah menarik perhatian ramai apabila pernah melabelkan Ahli Parlimen Batu Gajah - Pong Fo Kuan sebagai "Batu Gajah pun Bocor"... sehingga menimbulkan kemarahan golongan wanita.

Dan semalam pada 19 Mei 2010, Datuk Bung Moktar sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dijatuhkan hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, kerana berpoligami, atau berkahwin lagi, tanpa kebenaran Mahkamah.

Hukuman dijatuhkan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad.

Dengan keputusan itu, Bung Moktar menjadi ahli Parlimen pertama di negara ini yang dihukum penjara atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.

Isteri keduanya, pelakon Zizie Izette yang duduk di sebelah Bung Moktar, kelihatan terkejut dan terus memandang ke arah suaminya sebaik mendengar keputusan itu.

Zizie atau nama penuhnya, Zizie Izette A. Samad pula didenda RM1,000 atau penjara sebulan bagi kesalahan yang sama.

Bung Moktar atau nama sebenarnya, Moktar Radin, 51, juga didenda RM1,000 atau penjara sebulan kerana bersubahat dengan Zizie untuk berpoligami tanpa kebenaran.

''Tertuduh merupakan seorang ahli Parlimen yang terlibat dalam meluluskan sesuatu undang-undang. Beliau seharusnya menghormati dan mendukung undang-undang tersebut tidak kira undang-undang sivil atau syariah.

''Tertuduh wanita pula seorang pelakon wanita Muslim yang menjadi idola dan ikutan.

''Sekiranya kedua-dua mereka tidak boleh mengikut undang-undang, ia menunjukkan seolah-olah undang-undang syariah boleh dipermainkan oleh mereka yang berpengaruh dan berkepentingan,'' katanya.

Hukuman pemenjaraan itu dilihat agak sukar dipercayai oleh keluarga mertua Bung Moktar termasuk ibu mertuanya, Khaty Fauziah.

Ahli Parlimen yang pernah digelar Bigfoot itu bagaimanapun berjaya dalam permohonannya untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan.

Sementara rayuan didengar dan diputuskan, Bung Mokhtar diikat jamin RM1,000 beserta seorang penjamin dengan syarat notis rayuan perlu difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dalam tempoh 14 hari dan salinan notis itu perlu diserahkan ke mahkamah tersebut.

Pada prosiding hari ini, hakim syarie tersebut turut mendenda RM1,000 atau penjara enam bulan ke atas enam individu termasuk pelakon wanita itu kerana bersubahat dengan Bung Moktar yang berpoligami tanpa kebenaran.

Mereka ialah abang pemegang watak utama drama Aduhai Esah, Datuk Ahmad Shahazmi, 42, dan Samzy Fuzette, 34; adik mereka, Shaheizy Sam, 28; serta dua rakan Bung Moktar iaitu Sahari Ahmad, 54, dan Titing Putang, 56.

Ahmad Shahazmi yang juga wali kepada Zizie dan dua adik lelakinya itu turut menghadapi tuduhan tambahan iaitu menikahkan pelakon wanita itu serta menjadi saksi perkahwinan tersebut.

Bagi kesalahan ini, mahkamah menjatuhkan denda RM1,000 setiap seorang atau penjara sebulan.

Terdahulu, sebelum menjatuhkan hukuman, Wan Mahyuddin menyatakan, pernikahan yang tidak mengikut prosedur yang sepatutnya boleh dianggap sebagai pernikahan sindiket.

''Perkahwinan merupakan satu perjanjian yang agung sebab ia memastikan keturunan atau nasab yang soleh dan solehah.

''Dan oleh sebab itu, adalah perlu pasangan menzahirkan dan memasyhurkan perkahwinan masing-masing mengikut kemampuan tanpa dirahsiakan,'' katanya.

Hakim syarie itu juga menyatakan pernikahan tersebut mungkin sah kerana ia memenuhi rukun nikah tetapi ia juga perlu dilihat dari sudut undang-undang syariah Islam.

Hakim itu juga sempat menegur kesemua saksi perkahwinan tersebut.

Wan Mahyuddin menyatakan, abang dan adik lelaki Zizie serta rakan-rakan Bung Moktar sepatutnya membantu pasangan itu agar perkahwinan tersebut dapat dilangsungkan dengan betul dan mengikut hukum syarak.

Selesai prosiding, pihak media terpaksa menunggu pasangan itu hampir dua jam bagi mendapatkan reaksi mereka.

Bung Moktar bagaimanapun enggan mengulas panjang dan hanya menyatakan beliau menerima keputusan tersebut dan menyerahkan segalanya kepada Allah.

Zizie pula dengan ramah hanya berterima kasih kepada media yang hadir pada prosiding tersebut tanpa menjawab sebarang pertanyaan.

Peguam syarie Amli Embong yang mewakili semua tertuduh ketika ditemui pihak media turut memberitahu, pihaknya akan memfailkan permohonan pengesahan perkahwinan dan poligami pasangan itu dalam masa yang terdekat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs