Showing posts with label murut. Show all posts
Showing posts with label murut. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Masyarakat Kalinga di Filipina ada persamaan dengan masyarakat Iban di Sarawak dan Kadazan di Sabah.


Tarian kaum Kalinga di Filipina seperti tarian Murut di Sabah, Malaysia



Tatoo kaum Iban Sarawak, Malaysia



Tatoo kaum Kalinga di Filipina



Tarian Murut di Sabah, Malaysia


Masyarakat Kalinga di Filipina ada persamaan dengan masyarakat Iban di Sarawak dan Murut di Sabah.

Kalinga adalah kaum di Filipina yang hidup harmoni dan penuh tradisi.

Mereka masih memelihara warisan seni dan kehidupan tradisional.

Antaranya badan mereka yang ditatoo dan tarian.

Anggota badan yang ditatoo puak Kalinga adalah sama dengan masyarakat Iban di Sarawak yang juga bertatoo sebagai tradisi, bukannya kerana budaya punk, rock atau sebagainya.

Setiap lukisan pada tatoo itu mempunyai makna tersendiri bukannya dibuat main hentam keromo saja.

Tarian masyarakat Kalinga seolah olah burung terbang pula, sama dengan tarian kaum Murut di Sabah.

Itulah keistimewaan puak Kalinga di Filipina.

Pertubuhan Kadazan Dusun Murut, KDM Malaysia, terus perjuangkan hak golongan KDM di Sabah


Datuk Peter Anthony, Presiden KDM Malaysia



Antara rumah miskin kaum KDM di pedalaman Sabah. Golongan miskin inilah yang mahu diperjuangkan Presiden KDM Malaysia, Datuk Peter Anthony dan barisan pemimpin KDM Malaysia.

Pertubuhan Kadazan-Dusun Murut, Malaysia, K-D-M bertekad terus menyokong perjuangan Barisan Nasional, BN menerusi peranannya sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan, NGO yang memperjuangkan kebajikan golongan Kadazan-Dusun-Murut di Sabah.

Pada masa sama, K-D-M melakukan siri jelajah ke kawasan pedalaman di seluruh Sabah untuk membantu golongan kurang berkemampuan, serta memperkasa pencapaian akademik kaum Kadazan-Dusun-Murut di Sabah, meskipun KDM penah dikritik pelbagai pihak kononnya penubuhannya memecah belahkan kaum KDM di Sabah.

Presiden KDM Malaysia, Datuk Peter Anthony berkata jika dilihat, prestasi akademik di kalangan kaum KDM khususnya di pedalaman Sabah, begitu jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung Malaysia.

Atas sebab itu, 9 profesor dari Semenanjung Malaysia dilantik sebagai panel penasihat akademik KDM bagi membantu melonjakkan prestadi akademik di kalangan kaum KDM di Sabah.

Menurut Peter lagi, KDM berperanan untuk memperjuangkan kebajikan golongan pribumi di Sabah, khususnya mereka yang berpendapatan rendah di kawasan terpencil, termasuklah dalam isu tanah adat atau N-C-R.

Selain itu, KDM turut menerangkan dasar kerajaan dan kejayaan program dilaksanakan kepada rakyat, selain berperanan sebagai mekanisme penyampai keperluan rakyat kepada kerajaan.

Terbaru, KDM mengemukakan 2,000 permohonan penduduk miskin di ssabah kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, KKLW bagi program bantuan rumah, PBR.

Senarai nama lepasan SPM pelajar luar bandar turut diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk diteliti bagi kemasukan ke Universiti.

Pada masa sama, siri jelajah KDM di Kota Marudu pada Ahad 15 April 2012 telah dihadiri lebih 5 ribu orang.

KDM menyampaikan bantuan kepada 200 orang termasuk pelajar, warga emas dan ibu tunggal di Kota Marudu.

Majlis turut dimeriahkan persembahan khas bintang dari Sabah, Stacy yang terpaksa bergegas pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama serta persembahan kebudayaan dan Orkestra Bambu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs