Showing posts with label rusty blade. Show all posts
Showing posts with label rusty blade. Show all posts

Wednesday, November 4, 2009

Ikrar Perwira - antara lagu heavy metal pertama berbahasa Melayu yang Gempaqqq

Ikrar Perwira - adalah lagu berentak Heavy Metal pertama yang menapak di hati peminat Rock Tanah air samada di Malaysia mahupun Singapura.

Lagu ini kali pertama didengari dan berkumandang di radio dan kaset di Malaysia dan Singapura pada 1985 - nukilan album pertama Rusty Blade - kumpulan rock Terbilang dari Singapura yang menggegarkan arena muzik Rock tanah air ketika itu dan menggegar populariti kumpulan Search, Lefthanded dan Wings dari Malaysia.

Ikrar Perwira - dicipta dan disusun atur muzik Heavy Metalnya oleh Khalid Mobin - peneraju utama kumpulan Rusty Blade.

Dengan lirik berbunyi - "Pedang yang usang, dibersihkan buat pameran.... Ikrar Perwira ..... semangat perjuangan", lagu ini sememangnya membangkitkan semangat perjuangan dan mood heavy metal di kalangan pendengar Heavy Metal di seantero nusantara...

Lagu Ikrar Perwira masih popular sehingga kini.

Ini versi terbaru Ikrar Perwira - dipersembahkan secara live oleh Rusty Blade, pada anugerah Life 2007. Saksikan Khalid Mobin masih ligat, meskipun sesudah 22 tahun lagu itu kali pertama beliau perdengarkan. Begitu juga vokalis utama J.Yantzen yang masih bertenaga!!!




Ini pula versi Ikrar Perwira oleh kumpulan Nuclear Striker ketika mengadakan persembahan di Pasar Seni, Central Market Kuala Lumpur pada February 2008. Cuba dengar baik baik, vokal vokalis wanita kumpulan Nuclear Strikes hampir tidak kedengaran kerana penonton turut sama menyanyikan lagu itu. Malahan seorang penonton juga dilihat melakukan Stage Dive secara backwards dipercayai kerana terlalu taksub dan minat dengan lagu Ikrar Perwira!!!




Lagu Ikrar Perwira turut menjadi pilihan pada final Anugerah Band, tapi saya kurang pasti bila dan tempatnya di mana Pak...



Juga dirockkan di Eureka Club, Orchard Tower



Kumpulan yang baru diwujudkan juga sering memilih lagu Ikrar Perwira dalam sesi latihan atau Jamming. Umpamanya kumpulan di bawah ini... Muziknya OK emmmm tapi vokalisnya atau penyanyinya agak sumbang sikit (orang putih kata Out of Tune) tetapi Practice makes perfect!!!

Wednesday, August 26, 2009

Rusty Blade - kumpulan rock terbilang dari seberang Tambak Johor

Jika di Malaysia, kumpulan Search, Lefthanded dan Wings adalah lagenda rock..

Namun di seberang tambak Johor iaitu di Singapura, wujud sebuah kumpulan rock lagenda tersendiri yang dikenali sebagai Rusty Blade - mula menggegar pada 1980-an..

Teraju Utama - pencipta lagu dan pemain gitar utama - Khalid Mobin.

Penyanyi Utama - J. Yantzen...

Dikenali dengan lagu lagu klasik seperti Ikrar Perwira, Tiada Lagi Aku, Taming Sari dan Penantian serta juga Langsuir Liar...!!!!







Tiada Lagi Aku - Studio Version




Tiada Lagi Aku - Live Version
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs