Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Friday, May 24, 2013

Angela Merkel kekal wanita paling berkuasa di dunia


Angela Merkel, chancellor Jerman. di Jerman, ketua kerajaan dipanggil Chancellor bukannya presiden atau Perdana Menteri

Menurut laporan Bernama atau Pertubuhan Berita Nasional Malaysia pada Khamis 23 May 2013, Canselor Jerman Angela Merkel menduduki tempat teratas dalam senarai Forbes bagi 100 Wanita Paling Berkuasa di dunia buat tahun ketiga berturut-turut dan pada jumlah lapan kali. Jadi jika anda menjadi suami Merkel, maka anda harus patuh kepada setiap perintahnya. Jika tidak buruk padahnya..


Merkel diikuti oleh Presiden Brazil Dilma Rousseff di No. 2.


Pengerusi bersama Bill & Melinda Gates Foundation, Melinda Gates, di No. 3.


Wanita Pertama Amerika Syarikat Michelle Obama naik ke anak tangga ke-4.


Walaupun Hillary Clinton melepaskan jawatan pentingnya sebagai setiausaha negara Amerika Syarikat, beliau masih mendapat banyak perhatian dan berada di no. 5.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hewlett-Packard Meg Whitman (No. 15) muncul sebagai subjek berita kulit majalah, "The Reluctant Savior".

Wanita-wanita terkemuka lain termasuk ketua pegawai operasi Facebook Sheryl Sandberg (No. 6), CEO IBM Virginia Rometty (No. 12), CEO Xerox Ursula Burns (No. 14), Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Oracle Safra Catz (No. 23) dan CEO Yahoo! Marissa Mayer (No. 32).

Menurut majalah itu, anggota dalam ranking 2013 mewakili wanita dalam bidang teknologi, politik, bisnes, media, hiburan, NGO dan badan sukarela, serta bilionair û semua diberi ranking berdasarkan milikan wang, kemunculan dalam media dan impak.

Sejumlah 24 CEO korporat dalam senarai menerajui syarikat dengan gabungan hasil berjumlah AS$893 bilion pada 2012.

Lapan ketua negara yang mempunyai gabungan Keluaran Dalam Negeri Kasar berjumlah AS$9.9 trillion.

Jumlah 100 wanita dalam senarai itu mempunyai pencapaian besar: gabungan pengikut Twitter lebih 153 juta.

Antara 15 pendatang baru dalam senarai ialah Presdien Korea Selatan Park Geun-hye (No. 11), CEO Lockheed Martin Marillyn Hewson (No. 34), CEO Tory Burch Tory Burch (No. 69), Pengasas Spanx Sara Blakely (No. 90) dan CFO Baidu Jennifer Li (No. 98).

Lima belas wanita terkeluar dari senarai tahun ini, termasuk Laura Lang, Cynthia Carroll dan Alice Walton.

Hmmm bagaimana dengan wanita Malaysia, tiada yang power ke? hehehe Terima kasih kerana membaca.

Monday, April 2, 2012

Siapa kata wanita mengandung tidak seksi??

Gambar dibawah menunjukkan dan membuktikan bahawa wanita yang hamil dan sarat mengandung yang hanya menunggu beberapa hari saja lagi untuk melahirkan anak, sebenarnya masih seksi dan menggoda.

Tak percaya? Lihat saja gambar di bawah :
































Tuesday, August 23, 2011

19 keistimewaan wanita mengikut Hadis





1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Terima kasih kerana membaca. Semoga kita semua dirahmati oleh Nya.

Saturday, July 30, 2011

Mohd Ashraf / Aleesha Farhana, Lelaki yang ingin menukar status kepada wanita, meninggal dunia di Kuala Terengganu









Ini adalah kisah sedih dan tragis yang dialami seorang rakyat Malaysia yang mahu menukar status gendernya daripada lelaki ke perempuan, namun meninggal dunia 12 hari setelah keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya.

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz , 25 tahun yang sebelum ini gagal dalam permohonan tukar nama dan tukar gender kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia 5 pagi tadi Sabtu, 30 Julai 2011 di unit rawatan rapi, ICU Hosital Sultanah Nur Zahiran, Kuala Terengganu, Terengganu akibat serangan jantung dan tekanan darah rendah.

Dia dimasukkan ke hospital itu 3 pagi pada Khamis 28 Julai 2011 setelah muntah teruk dan tidak sedarkan diri.

Doktor mengesahkan Ashraf / Aleesha mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Ashraf / Aleesha Farhana, dikatakan mengalami kemurungan selepas permohonan-nya untuk menukar nama di mahkamah tinggi Kuala Terengganu ditolak, pada 18 julai 2011 lalu.

Dia sebelum ini telah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu pada 2009.

18 julai 2011 lalu, Mahkamah Tinggi Terengganu menolak permohonannya selaku pempetisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan, dan kewujudan organ dalaman.

Ringkasnya, permohonan itu ditolak kerana Mohd Ashraf/Aleesha Farhana bukan wanita tulin.

Mohd Ashraf / Aleesha Farhana yang berasal dari Seberang Takir, Kuala Terengganu memohon kebenaran mahkamah meluluskan permohonannya menukar namanya dalam mykad kepada Aleesya Farhana Abdul Aziz.

Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke Universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan jika tidak diiktiraf sebagai seorang wanita.

Hakim Mohd Yazid ketika membuat keputusan itu berkata keputusan mahkamah menolak permohonan itu juga kerana mengambil kira hujah peguam kanan persekutuan, Aida Adha Abu Bakar yang mewakili Ketua Pengarah Pendaftaran Negara.

Mahkamah juga tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengisytiharan deklarasi bersabit penukaran gender dan tiada sebarang peruntukan undang-undang dalam negara ini yang membenarkan permohonan pemohon untuk menukar status jantina dalam Mykad.



Kes itu mendapat perhatian media dan juga rakyat Malaysia kerana ia sesuatu yang jarang jarang sekali berlaku.

Takziah kepada keluarga Mohd Ashraf / Aleesha Farhana.





Jenazah Ashraf / Aleesha telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Seberang Takir Terengganu jam 4.45 petang Sabtu 30 Julai 2011.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melahirkan rasa sedih tidak sempat memberi bimbingan kepada Ashraf / Aleesha Farhana.

Shahrizat berkata, kementerian itu sudah sejak awal menawarkan bimbingan kepada Ashraf kerana berasa prihatin dengan kedudukan pemuda / wanita berusia 25 tahun itu, bagaimanapun takdir Allah mendahului segala-galanya.

"Kita dari mula lagi kita amat rasa prihatin kerana kedudukan beliau. Pendekatan kami di kementerian buat ialah pendekatan kebajikan dan tidak menghukumkan orang,” katanya kepada Bernama.

"Kita sebaliknya cuba memahami dan membimbing sesiapa juga yang memerlukan bimbingan, terutama kepada mereka yang terjebak dalam keadaan terdesak seperti kes Ashraf ini tetapi apakan daya ajalnya sudah tiba,” tambahnya.

Semoga roh Ashraf / Aleesha dicucuri rahmat dan moga Allah mengampunkan dosa dosanya. Al-Fatihah.

Monday, March 7, 2011

Petua untuk melenturkan hati wanita






Saya terbaca petua ini dalam Facebook dan rasanya tiada salah dan silapnya jika saya kongsikan bersama pembaca blog ini demi faedah semua dan generasi akan datang....

Petuanya berbunyi begini seperti di bawah :

Petua ini perlu diketengahkan kerana ianya penting dalam mengekalkan keharmonian sesuatu perhubungan.



Wanita mempunyai perangai unik di dalam perhubungan iaitu gemar merajuk dan ‘membuat perangai’. Sikap ini bukan sahaja melanda wanita di usia lingkungan 20-an yang boleh disifatkan sebagai kurang matang, tetapi juga wujud di kalangan wanita yang berusia 30 dan ke atas.

Kenapa Wanita mudah ‘membuat perangai’?



1.Wanita merasakan apabila merajuk, mereka comel

2.Wanita merasakan apabila membuat perangai mereka akan mendapat perhatian yang lebih daripada lelaki

3.Wanita merasakan apabila lelaki tahu mereka tidak puas hati, mereka menang dan lelaki akan mengalah kepada tuntutan dan ugutan mereka

Tetapi kebanyakan wanita yang melakukan sikap keanak-anakkan ini tidak perasan bahawa dengan berperangai begitu akan menimbulkan reaksi dan emosi yang negatif di pihak lelaki.



Kaum lelaki adalah insan yang ringkas. Mereka lebih sukakan sesuatu yang terus terang.

Berteka-teki untuk meneka mengapa wajah isteriku tiba-tiba mencuka atau memikirkan apakah salah mereka, akan menambahkan tekanan yang tidak memperbaiki perhubungan.

1.Lelaki akan berasa serba salah dan sering tidak begitu tahu apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki keadaan.

2.Lelaki akan mencari jalan untuk tidak berkata benar hanya untuk melepaskan diri daripada mengalami episod ‘buat perangai’.

3.Lelaki akan bosan dengan sikap begitu dan lama-lama akan bosan dengan perhubungan yang sering mengundang duka, berbanding ceria.

Senario merajuk dan buat perangai ini tidak akan muncul di awal-awal perhubungan.

Hanya selepas pasangan mengakui perasaan cinta masing-masing dan sudah tidak ada ragu-ragu bahawa lelaki itu dia punya, wanita akan mula ‘menduga’ dengan merajuk dan menuntut perhatian menggunakan cara merajuk dan membuat perangai.



Sebagai contoh, teman lelaki terlupa telefon kerana sedang bermesyuarat. Oleh kerana tidak sabar, teman wanita mendail telefon bimbit berkali-kali dan tiada jawapan.

Apabila teman lelaki menjelaskan kedudukannya yang berada di dalam bilik mesyuarat, teman wanitanya tidak akan menerima secara terus tetapi akan menyukarkan lelaki tersebut dengan soalan-soalan yang berbentuk tuduhan yang akan berakhir dengan teman wanita merajuk tidak tentu pasal.



Bagi mereka yang sudah berumahtangga, isteri sering cenderung untuk curiga apabila suami keluar berjumpa rakan-rakan. Maka SMS pun bertalu-talu dihantar bertanyakan bila suami nak balik walaupun dia baru sahaja keluar 10 minit. Apabila 15 minit tidak balik, telefon pula dengan alasan anak menangis, kepala pening dan sebagainya untuk membuatkan suami balik cepat.

Untuk mengikis sikap ini daripada terus bermaharajalela dalam perhubungan, orang lelaki atau suami perlu tegas membimbing isteri.



Bukanlah lelaki atau suami tidak boleh memanjakan isteri, atau kaum wanita langsung tidak boleh buat perangai dalam perhubungan, tetapi biarlah munasabah dan jangan kerap berlaku.

Lelaki harus tegas dalam perkara ini. Memanglah sayang teman wanita dan isteri, tetapi jangan sampai isteri yang menjadi nakhoda dalam kapal rumahtangga. Apabila merajuk itu tidak kena pada tempatnya, jangan dilayani.



Sikap manusia terbentuk kerana kebiasaan atau “conditioning”. Apabila merajuk dan dilayan (positif), orang yang merajuk akan melakukannya lagi, kerana ‘habuan’ yang diterimanya berpihak kepada apa yang dia mahu. Apabila kerap tidak dilayan tatkala merajuk kerana perkara-perkara remeh, sikap itu akan cuba diubah kerana dia tidak mendapat ‘habuan’ yang dikehendakinya.

Justeru, untuk menyelesaikan masalah ini, jangan dilayan apabila teman wanita atau isteri merajuk atau buat perangai kerana perkara yang tidak munasabah

Namun begitu, jangan melakukan petua ini tanpa menerangkan terlebih dahulu kepada teman wanita dan isteri.



Jelaskan kepada dia kenapa anda tidak melayan apabila dia buat perangai. Amat penting sekali untuk anda memastikan bahawa anda tidak melayan dia apabila dia merajuk tidak tentu hala. Pun begitu, kita perlu diingat bahawa apabila merajuknya bertempat, jangan lupa pujuk.



Bagi kaum wanita pula, merajuk sesekali itu mungkin comel tetapi kalau kerap sekali, memualkan. Perhubungan yang sihat ialah apabila masalah atau ketidakpuasan hati dapat diselesaikan dengan interaksi dan komunikasi antara pasangan.



Cakap terus terang dengan teman lelaki atau suami apa yang menyakitkan hati anda, dan cuba untuk menyelesaikannya. Tinggalkan ‘buat perangai’ dan merajuk ini kepada budak belasan tahun yang baru untuk bertatih bercinta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs