Thursday, February 12, 2009

Sheila Majid bakal pengetua AF7 ??? waduhhh







Akademi Fantasia musim ke 7 atau AF7 bakal memperkenalkan buat pertama kalinya seorang pengetua wanita.

Setelah 6 tahun didominasi pengetua lelaki, kini ratu jazz Sheila Majid bakal dilantik Pengetua AF musim ke 7.

Mmmmm memang menarik, apatah lagi Sheila mempunyai perwatakan menarik dan ciri menawan.

Kita mahu melihat bagaimana seorang pengetua wanita melayani karenah bintang baru AF kelak.

Apapun pengumuman rasmi Astro mengenai pengetua AF7 hanya dimuktamadkan 10 Mac ini.

Namun Astro sudahpun mengumumkan 6 tenaga pengajar yang terdiri 3 muka lama dan 3 muka baru.

3 muka baru itu ialah suami Sheila – Acis yang diumumkan sebagai pengarah Muzik.

Acis adalah bekas anggota kumpulan Gersang yang begitu terkenal pada 1990an dengan lagu Masih Aku Terasa dan Suratan Takdir dengan vokalisnya Man Bai.

2 lagi muka baru ialah pelakon Ida Nerina sebagai guru seni persembahan dan Aris Kadir sebagai guru koreografi menggantikan Linda Jasmine.

3 muka lama dikekalkan ialah Fatimah Abu Bakar – guru motivasi dan bahasa Inggeris, Syafizawati Sharif – guru persembahan vokal dan Siti Hajar Ismail – guru vokal teknikal.

Perlantikan Sheila Majid dilihat tepat kerana peserta wanita dilihat semakin menyengat di AF.

Seperti diketahui, 2 juara terakhir AF adalah golongan wanita iaitu Mila – AF5 dan Stacy – AF6.

Perlantikan Sheila juga bersejarah kerana bekas suaminya, Roslan Aziz juga pernah menjadi pengetua AF musim ke 5.

Mengikut carta sejarah AF, pengetua pertama AF ialah Freddie Fernandez diikuti Ramli MS, M Nasir, Ramli Sarip, Roslan Aziz dan kembali kepada Ramli MS tahun lalu.

Pemenang pertama adalah Vince, diikuti Zahid, Mawi, Faizal, Mila dan Stacy.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs