Tuesday, February 10, 2009

Karpal Singh

Ketika ini, individu yang paling mendapat perhatian di Malaysia mungkin Karpal Singh.

Kenyataannya yang mahu memfailkan saman ke atas Sultan Perak berhubung isu peralihan kuasa di negeri itu, menyebabkan ramai pihak membuat bantahan.

Bantahan ke atas Pengerusi DAP itu dilakukan menerusi siri demonstrasi aman di seluruh negara serta laporan polis yang dibuat pelbagai pihak.

Namun Ahad lalu, Karpal sekali lagi membuat kejutan apabila berkata Anwar Ibrahim tidak layak memimpin Pakatan Rakyat.

Karpal mungkin satu satunya pemimpin kanan pembangkang yang pernah meluahkan kenyataan seumpamanya kepada rakan pembangkang lain...

Apapun, tindakan Karpal menempelak Anwar itu turut menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pemimpin pembangkang itu sendiri.

Ini bermakna, pada masa ini, Karpal dihentam kawan dan lawan.

Namun hanya Karpal Singh yang mengetahui mengapa dia mengeluarkan 2 kenyataan itu.

Karpal, 69 tahun juga dikenali sebagai Harimau Jelutong adalah pemimpin politik veteran dan juga antara Peguambela paling dikenali di Malaysia.

Antara kes mahkamah menarik pernah dikendalikannya – menjadi peguam bela kepada 2 rakyat Australia – Kevin Barlow dan Brian Chambers yang dituduh mengedar 141.9 gram heroin di Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang pada 9 November 1983.

Barlow dan Chambers akhirnya didapati bersalah dah menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Pudu pada 7 Julai 1986.

Mereka warganegara kulit putih pertama di hukum gantung di Malaysia mengikut akta dadah yang memperkenalkan undang undang baru lebih berat iaitu hukuman mati jika mengedar lebih 15 gram dadah.

Kes Barlow dan Chambers juga menyebabkan hubungan diplomatik Malaysia dan Australia tercalar seketika apabila Perdana Menteri Australia ketika itu, Bob Hawke menyifatkan tindakan hukuman gantung ke atas Barlow dan Chambers sebagai “barbaric” atau tidak berperikemanusiaan.

Kes itu juga pernah mencetuskan seketika, sentimen anti Australia di Malaysia.

2 comments:

Anonymous said...

He could be the loneliest guy in Malaysia right now.

Malaysian Hollywood 2.0 said...

but lim kit siang posted in his blog that there will be no kit siang vs karpal!!!!!!!! instead Pakatan will concentrate on the 2 by elections - Bukit Gantang & Bukit Selambau...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs