Monday, October 4, 2010

Apa sudah jadi dengan Liverpool???



Liverpool adalah kelab yang saya minati sejak kecil.

Saya mengenali setiap pemain Liverpool dulu dan sekarang termasuklah Kenny Dalglish, John Barnes, Ian Rush, Terry Mc Dermott, Graeme Souness, Peter Beardsley, Steven Gerrard, Fernando Torres, Jamie Carragher dan pemain lain.

Namun untuk Liga Perdana Inggeris musim 2010/2011, Liverpool memulakan kempennya dengan rentak yang amat sumbang.

Selepas mengharungi 7 perlawanan, Liverpool kini terperosok di tangga ke 18, bersamaan kedudukan ke 3 tercorot atau dalam erti kata lain (Relegation Zone) selepas hanya mengumpul 6 mata - tewas 3 kali, seri 3 kali dan menang hanya sekali.

Apa sudah jadi dengan Liverpool??

LIverpool mempunyai Fernando Torres penyerang sensasi Sepanyol yang membawa Sepanyol menjuarai Euro 2008 dan Piala Dunia 2010. Liverpool ada Steven Gerrard yang membawa Liverpool menjulang Piala Eropah Champions League pada 2005 dan juga Dirk Kuyt yang membawa Belanda ke final Piala Dunia 2010.

Liverpool ada pertahanan sensasi England Jamie Caragher dan juga pemain England yang baru dibeli dari Chelsea - Joe Cole.

Namun semua itu tidak dapat menghalang kemerosotan teruk Liverpool di bawah bimbingan Roy Hodgson.

Kekalahan 1-2 kepada Blackpool di tempat sendiri di gelanggang keramat di Anfield semalam, Ahad 3 Oktober 2010 menandakan inilah permulaan terburuk Liverpool dalam sejarah Liga Perdana Inggeris dalam tempoh lebih 5 dekad atau 50 tahun!!!

Apa sudah jadi dengan Liverpool??

Harapan kita... Liverpool bangkit dan kembali mengaum seperti sediakala...

Hidup Liverpool!!!

6 comments:

Anonymous said...

Jadi penyokong Liverpool sekarang banyak stress!!

Kalau dilihat dalam kertas,... pemain semua world class,... tapi bila main,... tiada semangat.

Kurang power gimbaran dia barangkali!

walaupun begitu,... tetap YNWA!

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Thanks for the comments deansfam..
YNWA tu apa maksudnya??? You Never Walk Alone ka??? hehehe

Anonymous said...

Iya, You'll Never Walk Alone..... KiiHuii!!

Malaysian Hollywood 2.0 said...

deansfam : Aramai tieee!!!! hehehe

RABUN said...

ya YNWA! he he

http://rabunmerah.blogspot.com/

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Rabun - harap Liverpool akan terus mengaummmm macam Harimau...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs