Tuesday, March 15, 2011

Rombakan kecil kabinet Sabah 16 Mac 2011, Rabu

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sebentar tadi, Rabu 16 Mac 2011 mengumumkan rombakan kecil kabinet Sabah.

Ia melibatkan pengosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah bagi kuota masyarakat cina yang kini dipegang Adun Karamunting, Datuk Peter Pang En Yin.

Namun Datuk Peter kekal sebagai menteri Belia dan Sukan Sabah.

Semalam Datuk Peter Pang menyertai parti Gerakan selepas hampir 6 bulan tidak berparti ekoran perletakan jawatannya sebagai naib Presiden parti Liberal Demokratik, LDP pada 1 Sept 2010.



Datuk Peter Pang En Yin, kekal sebagai Menteri Belia dan Sukan Sabah


Datuk Raymond Tan Shu Kiah, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah dijangka diumumkan sebagai timbalan ketua menteri Sabah yang baru, menggantikan datuk Peter Pang.

Ini kerana dari segi hieraki politik, Datuk Raymond Tan adalah naib presiden kebangsaan Gerakan.

Sama samalah kita nantikan.

36 comments:

Anonymous said...

A cabinet reshuffled might be good to improve the efficiency of the cabinet. All the best to the Sabah government.

Anonymous said...

TKM baru adalah Datuk Yee moh Chai.

Imia said...

Pengekalan jawatan sebagai menteri Belia dan Sukan menunjukkan Datuk Peter Pang masih lagi diperlukan dalam kabinet Sabah. Tidak ada isu yang perlu ditimbulkan.

Imia said...

Pastinya ada alasan munasabah mengapa jawatan itu dikekalkan.

Unknown said...

Perletakkan jawatan Peter Pang kerana ketiadaan parti. Jadi beliau terpaksa meletakkan jawatan dalam kabinet.

Smookiekins said...

Perlantikan Dr Yee sbg TKM dan Peter Pang kekel sbg Mentrei Belia dan Sukan adalah keputusan terbaik CM.

Tiada Nama said...

Yup. keputusan KM adalah yang terbaik. Semoga kedua duanya akan mjalankn tugas dengan sebaik mgkn.

Paquin said...

Setiap keputusan yang dibuat pasti ada sebabnya. So apapun, alasannya, saya yakin ia adalah keputusan yang terbaik utk Sabah.

Paquin said...

Semoga Datuk Yee Moh Chai dapat menjalankan t/jawabnya sebaik mungkin.

Anonymous said...

Harap kerajaan akan membuat rombakan ini dengan baik.

Scarface said...

All the best to Dr. Yee in fulfilling his responsibility as the new DCM.

neji said...

"Datuk Raymond Tan Shu Kiah, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah dijangka diumumkan sebagai timbalan ketua menteri Sabah yang baru,"

boleh ka pemimpin dari Gerakan dilantik sebagai TKM Sabah?

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Neji - sebenarnya menteri kabinet sedia ada boleh dilantik TKM... Raymond Tan dari Gerakan pada firasat saya masa tu wajar jadi TKM sebab dia lebih senior dalam Gerakan berbanding Peter Pang... perlantikan Yee Moh Chai pula tak dijangka langsung sebab tak pernah 1 parti sama mengisi 2 kuota TKM di Sabah... apapun terima kasih semua kerana sudi melawat blog yg tidak seberapa ini...

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Anonymous > Yes cabinet reshuffle is good to refreshen things up.. the same goes to candidacy in elections be it general or byelections, thanks for dropping by

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Antap > Yeaaa DR Yee adalah TKM baru, sungguh tak dijangka PBS mendapat 2 kuota TKM Sabah..

Imia > sudah pastinya Ketua Menteri Sabah merangkap pengerusi BN Sabah sudah mempertimbangkan kesemuanya termasuk memaklumkan kepada Perdana Menteri mengenai perlantikan Dr Yee ini

Batresiah > Benar sekali bossss

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Scarface > thanks for the comments.. nice nickname like Al Pacino!!! hehehe

Smookiekiens > nice nickname... like smooking gunss.... thanks for dropping by

shana said...

harap2 rombakan yang dibuat tidak menimbulkan isu-isu yang kurang baik.semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Shana - betul tu.. thanks for reading this blog

Anonymous said...

kini Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Dr. Yee Moh Chai dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri yang baru.

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Alexis.. benar.. moga dia dapat berkhidmat dengan baik dan berkesan.. Kini PBS ada 2 Timbalan ketua menteri iaitu Tan Sri pairin Kitingan dan yee moh chai..

Anonymous said...

selamat berkhidmat kepada rakyat bagi kedua2 mereka. semoga dapat jalankan tanggungjawab dengan baik.

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Alexis - itulah yg kita harapkan sebagai rakyat di bumi demokratik bernama Malaysia..

mantera said...

kabinet sabah yang terbaik

mantera said...

Kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan disaran agar dapat menyalurkan segala peruntukan kewangan untuk pembangunan negeri ini kepada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah (SDO).

mantera said...

Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Bernard S Maraat berkata, perkara ini memang sudah lama dibincangkan iaitu sejak beliau menjadi Ahli Parlimen pada 2004 namun malangnya apa yang telah dipersetujui pada perbincangan itu tidak dilaksanakan.

mantera said...

Bernard yang juga mantan Ahli Parlimen Pensiangan berkata, kurangnya ketelusan dan disiplin dalam penyaluran peruntukan kewangan daripada kerajaan Persekutuan menyebabkan banyak projek-projek pembangunan telah diluluskan dilaksanakan dengan tidak melalui SDO atau jabatan-jabatan kerajaan berkenaan di negeri ini.

mantera said...

Pada masa sama, disebabkan ketidak telusan banyak projek-projek pembangunan di kawasan luar bandar tidak dapat dilaksanakan terutama sekali naik taraf jalan-jalan raya, bekalan air bersih dan juga elektrik walhal projek-projek ini sudah diluluskan.

mantera said...

Menurut beliau, ada projek yang sudah diluluskan oleh kerajaan tetapi tidak dapat dilaksanakan disebabkan ketiadaan peruntukkan kewangan terutama sekali projek naik taraf jalan-jalan raya dan ini perlu diberikan perhatian oleh kerajaan.

mantera said...

Saya yakin ramai rakyat kita yang suatu masa dahulu begitu yakin dan setia kepada kerajaan BN telah mengundi pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke 13 dan ini jelas bahawa kebanyakan janji-janji kerajaan pada PRU12 masih belum ditunaikan. Dan inilah apa yang berlaku di kawasan Parlimen Keningau, Tenom dan Pensiangan.

mantera said...

Walaupun BN menang namun daripada prestasi jumlah undi, pembangkang telah mendahului kita. Maka saya berharap kerajaan BN yang diberikan mandat memerintah semula Negara ini, lebih komited terhadap pemasalahan dan kebajikan rakyat terutama di kawasan-kawasan luar Bandar,” katanya kepada media di sini kelmarin.

mantera said...

Bernard memberitahu bahawa kebanyakkan kewangan yang disediakan oleh kerajaan Persekutuan terutama sekali di peringkat Kementerian tidak disalurkan kepada jabatan yang bertanggungjawab (SDO) bagi menyelaras projek-projek pembangunan di negeri ini.

mantera said...

Di Sabah SDO yang menggantikan Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) adalah dipertanggungjawabkan sebagai agensi yang menyelaras projek-projek pembangunan Persekutuan termasuk daripada Kementerian-Kementerian di peringkat Persekutuan dan saya berpendapat sepatutnya semua kewangan daripada kerajaan Persekutuan termasuk daripada Kementerian-Kementerian perlu disalurkan terus ke SDO dan bukan agensi lain yang tidak berkenaan.

mantera said...

Kita memandang berat masalah ini kerana kita hanya ada lebih kurang tujuh tahun lagi bagi mencapai status Negara Maju tetapi bila kita berbalik di kawasan luar bandar, masih banyak rakyatnya yang masih hidup di bawah tahap kemiskinan dengan pembangunan di kawasan tertentu masih terlalu begitu daif sekali

mantera said...

“Kita tidak seharusnya bangga status Negara maju menjelang tahun 2020 jika masih banyak kawasan-kawasan di luar Bandar yang keadaan pembangunan nya masih daif sementara jalan raya masih menggunakan jalan balak yang berlumpur, elektrik tidak ada dan demikian juga penduduk masih bergantung kepada air sungai dan air hujan,” katanya.

mantera said...

Bernard berkata, perlu bagi kerajaan Persekutuan agar peruntukan kewangan sama ada yang disediakan oleh kerajaan mahupun daripada Kementerian-Kementerian di peringkat Persekutuan hendaklah disalurkan terus kepada SDO agar mudah bagi pejabat ini menyelaras segala projek-projek pembangunan yang dilaksanakan di kawasan luar bandar di seluruh negeri ini.

Malaysian Hollywood 2.0 said...

mantera...Terima kasih kerana melawat blog saya yg tidak seberapanya ini dan terima kasih kerna telah memberikan komen2 yang amat bernas dan amat membina sekali. YA SAYA SETUJU DENGAN SEMUA KENYATAAN DAN PENDAPAT YANG TELAH ANDA LONTARKAN... Bagi saya Datuk Bernard Maraat antara wakil rakyat terbaik pernah berkhidmat untuk Sabah. Sayangnya beliau hanya dapat berkhidmat 1 penggal sebagai MP Pensiangan selepas menang pada PRU 2004 atas tiket PBRS. Malangnya Bernard dan Joseph Kurup tidak sehaluan lalu Bernard meningalkan PBRS dan kini bersama PBS. Kalau Bernard Maraat dulu lawan Kurup di Pensiangan, sudah pasti Kurup kalah meskipun Bernard tanding atas tiket Bebas. Kita kesal ni berlaku. Saya amat berharap Bernard Maraat akan menjadi wakil rakyat lagi di Sabah dan seterusnya memegang jawatan menteri di peringkat pusat atau negeri. Syabas dan selamat maju jaya. Chhers Mantera..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs