Wednesday, March 2, 2011

Shiha... dari Akademi Fantasia musim 3 ke Mentor musim 5..all the best..

Sumber gambar : http://www.gua.com.my/








All the best cute and sweet girl... Shiha atau Norshiha Mohd Zikir, 24 tahun, dari Kuala Lumpur terpilih sebagai protege Mentor musim ke 5. Mentor Shiha kelak ialah penyanyi evergreen Datuk Sharifah Aini.

Jika nak tau, ini kali kedua Shiha muncul dalam program realiti hiburan Malaysia.

Kali pertama pada 2005, Shiha ketika itu berusia 18 tahun, terpilih antara 20 peserta akhir Akademi Fantasia musim ke 3, terbitan Astro.

Namun di peringkat prelude, Shiha yang menyanyikan lagu Shania Twain > I'm Gonna Getcha Good", antara 8 peserta tersingkir termasuk Mawi dan Marsha Milan Londoh. Hanya 12 peserta dipilih sebagai finalists.

Apapun dalam konsert pertama, ada kejutan apabila Pengetua AF3 M. Nasir mengumumkan bahawa ada AF masuk, lalu Shiha antara 8 peserta malam itu yang menyanyi untuk kali kedua.


Namun malang nasib Shiha. Dia menyanyikan lagu "Andai" dengan baik sekali namun panel hakim memilih Marsha dan Mawi sebagai 2 peserta yang masuk semula.

Apapun, selepas hampir 6 tahun berlalu, Shiha yang kini berusia 24 tahun kembali semula ke persada muzik tanah air apabila diumumkan sebagai protege kepada Datuk Sharifah Aini dalam program realiti popular terbitan TV3, Mentor musim ke 5.

Khabarnya sebelum ini Shiha pernah menyanyi sebagai residen artis di Cerana Seafood Restaurant di Batu 7, Lebuhraya Cheras Kajang, Cheras, Selangor Darul Ehsan.

Apapun, untuk rekod Datuk Sharifah Aini sudah berusia 58 tahun manakala Shiha baru berusia 24 tahun, perbezaan usia sebanyak 34 tahun!!! Apapun ia tidak menghalang kombinasi mantap gandingan 2S itu iaitu Shiha dan Sharifah Aini.

Shiha dilahirkan pada 1987. Pada tahun itu Datuk Sharifah Aini sudah hampir 20 tahun berkecimpung dalam dunia seni tanah air dengan menjuarai Bintang RTS Singapura pada 1968 menerusi lagu "Tiga Malam".

Kini Sharifah Aini sudah menghasilkan 93 album termasuk 7 album Inggeris.

Kita percaya Datuk Sharifah Aini pasti mencurahkan tunjuk ajar tidak ternilai menerusi pengalaman luasnya dalam seni suara kepada Shiha.


Mengapa Sharifah Aini memilih Shiha sebagai protegenya??

Kata Sharifah Aini > Keistimewaan yang ada pada Shiha dari mata Kak Pah ialah dia paling mudah dilenturkan. Dia tunjuk kemampuan dalam menyanyi pelbagai lagu. Saya di sini nak bimbing dia dan lihat di mana kelebihan dan kekurangan dia. Bagi Kak Pah, dia ada gaya tersendiri. Setakat ini, dia memang menyenangkan Kak Pah. Saya dah pesan dengan Shiha kita tidak mahu lahirkan seorang lagi Kak Pah, Ziana Zain atau Datuk Siti Nurhaliza, tapi kita nak Shiha yang asli dan segar. Kak Pah sendiri tidak mengambil sebarang tempahan semata-mata mahu fokuskan pada Shiha. Kak Pah akan curahkan apa saja pada dia. Kak Pah harap, pengorbanan Kak Pah selama dua bulan ini berbaloi.


Apa pula kata Shiha mengenai Mentornya yang juga dianggap antara lagenda seni tanah air??

Shiha > Memang cita-cita saya untuk menjadi penyanyi. Bila dengar program Mentor ada ujibakat Kak Pah, terus saya ambil peluang yang baik ini untuk cuba menjadi protegenya. Ini merupakan peluang untuk saya memperbaiki kelemahan saya dan saya akan bagi 120% komitmen untuk program ini



All the best Shiha... we love you girl.


Oh yaa... 5 lagi peserta Mentor musim ke 5 ialah :


Salma dari Tawau, Sabah(mentornya Erra Fazira)



Ayish (mentornya Noh Hujan)



Iqa (mentornya Edry Abdul Halim)



Aiman (mentornya Rahim Maarof)



dan Ratnah (mentornya Afdlin Shauki)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs