Tuesday, March 15, 2011

Datuk Nicol Ann David dan Azizul Hasni Awang, Olahragawati dan Olahragawan Kebangsaan 2010

Tahniah kepada dua jaguh sukan negara - pelumba basikal trek Azizul Hasni Awang yang dinobatkan Olahragawan Kebangsaan 2010 dan Pemain skuash no. 1 dunia, Datuk Nicol Ann David yang ditabalkan Olahragawati Kebangsaan 2010.

Majlis anugerah itu diadakan malam ini, Selasa 15 Mac 2011.






Azizul Hasni Awang menang anugerah olahragawan kebangsaan buat kali kedua berturut-turut, beliau berjaya menewaskan jaguh badminton no.1 dunia, Datuk Lee Chong wei yang baru pulang dari England hari ini, selasa 15 Mac 2011 selepas mempertahankan kejuaaan badminton seluruh England 2011, menewaskan Lin Dan, 21-17, 21-17 di final pada malam Ahad, 13 Mac 2011 di National Indoor Arena di Birmingham, England.









Bagi jaguh skuash no. 1 wanita dunia pula, Datuk Nicol Ann David, ini kejayaan ketujuh merangkul Olahragawati Kebangsaan.

Nicol juga sudah 5 kali menang kejuaraan terbuka skuash wanita dunia atau world open.

Anugerah disampaikan Yang di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam satu majlis gemilang gemilang di Kuala Lumpur.

Antara kejayaan Datuk Nicol, mempertanankan kejuaraan dunia buat kali kelima.

Ini ucapan ringkas Datuk Nicol sejurus menerima anugerah olahragawati kebangsaan 2010.

"saya bersyukur di atas kejayaan ini.. ini adalah kejayaan yg amat bermakna. ini kali ketujuh saya menerima anugerah berpestij ini. saya percaya tiada jalan pintas mencapai kejayaan dalam apa jua bidang, saya beharap atlit muda negaa terus berusaha lebih keras lagi, kejayaan ini pasti membakar semangat saya untuk terus berusaha menaikkan nama negara di pertandingan peringkat antarabangsa."

Ini pula ucapan ringkas Azizul Hasni Awang yang turut tidak melupakan musibah melanda Jepun yang dilanda Gempa Bumi dan Tsunami.

"saya ingin mengucapkan takziah kepada mangsa gempa bumi dan tsnami di Jepun baru baru ini sama2 kita berdoa dan mendapat iktibar dari peristiwa itu, saya besyukur ke hadrat Ilahi. ini adalah anugerah kali kedua buat saya selepas tahun lepas, sedikit sebanyak ia menjadi pengubat diri sendiri selepas tak dapat bertanding dalam kejohanan dunia tahun ini. ini juga kejayaan selepas mengadai nyawa di kejohanan world series bulan lepas. saya ingin mengucap=kan terima kasih kepada jurulatih, isteri saya, ibu ayah dan seluruh anggota keluarga yang sentiasa berada di belakang saya. terima kasih juga kepada majlis sukan negara, dan semua pihak termasuk wartawan dan pengkritik".

Syabas dan tahniah Datuk Nicol Ann David dan Azizul Hasni Awang.

Majulah sukan untuk negara dan semoga anda berdua mampu membawa pulang pingat emas pertama negara pada sukan olimpik London 2012 kelak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs