Wednesday, August 10, 2011

Mohd Asyraf Haziq Roslli perlu membawa Mini Gun ketika diserang di London





Kasihan sungguh kita melihat gambar dan video pelajar Malaysia di Universiti Kaplan, Mohd Asyraf Haziq Roslli yang diserang dan dirompak sekumpulan belia yang merusuh di London.

Asyraf, 20 tahun diserang di stesen Barking, London ketika dalam perjalanan membeli juadah berbuka puasa.

Akibat serangan itu, rahangnya patah, beberapa giginya tercabut. Bukan setakat itu sahaja, basikal dan dompetnya dicuri golongan jahat itu.

Asyraf adalah pelajar tahun satu perakaunan, Universiti Kolej Kaplan, tajaan MARA.

Serangan ke atas Asyraf dikutuk kerajaan Malaysia dan juga Perdana Menteri Britain, David Cameron serta ribuan rakyat Malaysia dan England.

Bagi saya, Asyraf pasti terselamat dan perusuh itu pasti lari lintang pukang jika dia membawa senjata canggih lagi ampuh dikenali Mini Gun yang boleh memuntahkan 3,000peluru seminit.

Contoh Mini Gun adalah seperti yang digunakan dalam filem Predator dan Terminator 2, Judgement Day.


Jika Asyraf ada membawa Mini Gun seperti ini, pasti penyerangnya akan lari dan menangis.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs