Wednesday, August 24, 2011

Pengibaran Jalur Gemilang di Sabah sempena bulan Kemerdekaan, masih dingin : Lajim Ukin, 16 Ogos 2011



Kempen kibar Jalur Gemilang yang dilancarkan untuk menggalakkan semua pihak tidak kira kerajaan ataupun swasta mengibarkan bendera sempena bulan kemerdekaan, masih belum mendapat sambutan memuaskan di Sabah.



Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin (gambar atas) yang kecewa melihat keadaan ini berkata pengibaran Jalur Gemilang hanya jelas kelihatan di sekitar bandar sahaja yang kebanyakannya dijayakan bangunan kerajaan dan swasta.

Namun kempen kibarkan Jalur Gemilang di premis perniagaan dan komersial termasuk di kawasan perumahan masih dingin dan kurang menggalakkan.

“ Setiap tahun kerajaan mengadakan kempen Kibar Jalur Gemilang dengan harapan untuk membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyatnya agar menghargai dan menghayati makna kemerdekaan sebenarnya bagaimanapun sambutan dingin rakyat terhadap usaha ini mencerminkan penghayatan mereka terhadap makna kemerdekaan masih belum memuaskan” katanya.

“ Semangat Patriotik ketika kita merayakan sambutan kemerdekaan setiap tahun perlu disemarakkan untuk mengingatkan orang ramai mengenai nilai kemerdekaan. Inilah semangat yang perlu ditunjukkan oleh semua pihak. Kibaran bendera yang banyak ini mengembalikan nostalgia bagaimana negara kita mencapai kemerdekaan” katanya kesal.

Sambil berharap dalam beberapa hari lagi keadaan ini akan berubah Lajim berkata berkorbanlah sedikit berbelanja untuk membeli bendera kerana yang penting negara sudah merdeka dan tugas kita sekarang hanyalah untuk mengingati dan meraikannya



Beliau sebelum itu menyerahkan kuih muih raya kepada Tentera di Markas 5 Briged Kem Lok Kawi yang turut dihadiri Panglima 5 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Halim Haji Jalal (gambar atas).

Sumber teks / gambar : Jaafar Wahid (pegawai Khas Media Datuk Lajim Ukin)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs