Thursday, August 11, 2011

Pelajar Malaysia yang cedera di London, Mohd Asyraf Haziq sudah selamat menjalani pembedahan 3 jam 45 minit









Selepas kejadian menimpa pelajar Malaysia yang diserang di London, Asyraf kini menjadi simbol dan ikon kepada kejadian tragis itu. Serangan itu turut dikutuk Perdana Menteri Britain, David Cameron.

Pelajar Malaysia yang cedera diserang perusuh di London, Mohamad Asyraf Haziq Roslli sudah menjalani pembedahan selama tiga jam 45 minit di Royal London Hospital semalam, 10 Ogos 2011 dan keadaannya kini stabil.

Usaha membawa ibu bapa Asyraf ke London dengan semua perbelanjaan ditanggung juga sedang dilakukan Universiti Kaplan, di mana Asyraf sedang mengikuti pengajian tahun satu perakaunan dan MARA iaitu penaja biasiwa Asyraf di United Kindgom.

UMNO juga menyatakan kesediaan membawa ibubapa Asyraf dari Malaysia ke London.



Dalam sidang media di Kota Kinabalu pada jam 6 petang, Khamis 11 Ogos 2011, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata :

“Mohd Asyraf Haziq underwent surgery for more than 3 hours to insert a metal plate in his jaw between 1 pm to 4.45 pm on 10 august 2011, his condition is stable, Wisma Putra has updated to his mother Puan Maznah Abu Mansor.”

Mohd Asyraf Haziq telah menjalani pembedahan lebih 3 jam untuk memasukkan logam ke rahangnya mulai jam 1 petang hingga 4.45 petang semalam, 10 Ogos 2011 bersamaan Rabu keadaannya stabil.

Wisma Putra telah memaklumkan perkembangan itu kepada ibunya Puan Maznah Abu Mansor.

Kata Anifah, Universiti Kaplan di mana Asyraf mengikuti pengajian tahun pertama bidang akauntan juga telah memaklumkan hasrat untuk membiayai kos membawa ibubapa Asyraf ke London untuk melawat anak mereka.

Hasrat itu telah dikemukakan kepada Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London.

Serangan ke atas Asyraf dikutuk pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri Britain, David Cameron.

Pada masa sama, Anifah menasihatkan warga Malaysia di Britain supaya berhati hati dan menjaga keselamatan serta menjauhkan diri dari kawasan dilanda kekacauan.

Namun katanya keadaan di Britain dilaporkan semakin tenang meskipun kekacauan belum reda sepenuhnya.

Ketika ini, 1,030 orang telah ditangkap polis britain dan 251 sudah didakwa di mahkamah kerana keganasan dan mencuri sehingga Rabu 10 Ogos 2011

Usaha mengesan perusuh yang mencederakan Asyraf juga giat dijalankan polis Britain.

Dan akhirnya, seorang pemuda British bodoh bernama Reece Donovan, berusia awal 20an dari Romford, timur London, telah ditahan pada Khamis 11 Ogos 2011 oleh Polis Metropolitan London dan dibawa ke mahkamah pada Sabtu 13 Ogos 2011.

Anifah juga menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak terlibat secara langsung dengan rusuhan samada menjadi perusuh atau mencuri.

Semoga Asyraf cepat sembuh dan semoga kekacauan di Britain akan reda secepat mungkin dan situasi kembali normal.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs