Monday, April 2, 2012

Airasia muncul sebagai syarikat penerbangan paling banyak di "tweet"



Menurut laporan Bernama pada 2 April 2012, Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia dinamakan sebagai syarikat penerbangan paling banyak di "tweet" di dunia dalam ruang perangkaian sosial, Twitter.

AirAsia mendapat hampir berganda jumlah yang disebut atau tweet pada Februari 2012 berbanding bulan sebelumnya, melonjak 23,000 sebutan daripada 13,500 dalam tempoh itu.

"Sebutan itu melonjak mengatasi Delta Air Lines dan American Airlines," demikian menurut firma penerbangan tambang rendah itu yang memetik laporan dikeluarkan oleh Eezeer.com, laman web dan rangkaian sosial mudah alih yang menampilkan tweet dan rebiu mengikut lokasi berkaitan pengembaraan.

Ia berkata maklumat perangkaan mengenai penggunaan Twitter dalam industri penerbangan menunjukkan AirAsia berada teratas dalam senarai dalam dua kategori utama.

AirAsia muncul sebagai teratas dalam kategori "Terbaik dalam Kelas" di mana ia diwajarkan melalui jenama syarikat penerbangan terbaik dari segi prestasi dengan angka terbesar semua pertukaran tweet antara sebuah syarikat penerbangan dan penggunanya serta "Airline Listening Champions" yang menyaksikan syarikat penerbangan menerima tweet paling banyak daripada pengguna.

"Laporan itu juga menamakan AirAsia sebagai tiga terbaik dalam kalangan 192 syarikat penerbangan dengan jumlah Twitter dalam kategori "Airline Talking Champions", dengan menghantar tweet paling banyak kepada pengguna, kata AirAsia dalam kenyataan di sini.

Menurut syarikat penerbangan tambang rendah itu, akaun twitter rasmi AirAsia di pelbagai negara mempunyai 514,852 pengikut.

Syabas Air Asia dan Tony Fernandez dan Hidup Liverpool selamanya!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs