Monday, April 16, 2012

Keluang atau Kelawar besar, penawar untuk sakit Lelah atau Asma



Keluang atau Kelawar besar, penawar untuk sakit Lelah atau Asma.

Selain perubatan moden, kita boleh berikhtiar menggunakan perubatan tradisional dan semulajadi untuk mengubati penyakit Lelah atau Asma atau Ampus dalam bahasa Sabah.

Ketika saya berusia 6 atau 7 tahun pada 1970an, saya pernah hampir nyawa nyawa ikan kerana tidak boleh bernafas lantaran ditimpa penyakit Asma atau Lelah yang kronik.

Setiap pernafasan saya mengeluarkan bunyi dan sukar bernafas.

Nenek saya (meninggal dunia pada Disember 1984) seorang yang arif dalam perubatan tradisional di Sabah.

Dia menyuruh orang kampung menangkap Kelawar Besar atau Mangkawot dalam bahasa Sabah atau Keluang di Semenanjung.

Selepas ditangkap secara ditembak, Kelawar besar itu direbus dan saya memakan isi daging dan supnya.

Sungguh Ajaib. Dengan izin Tuhan, saya kini sembuh sepenuhnya sehingga sekarang dan tidak pernah lagi mengalami masalah pernafasan.

Malahan saya pernah menjuarai acara merentas desa serta acara pecut 100m, 200m, 400m 4 x 100m, 4 x 400m ketika bersekolah di Sekolah Tunku Ampuan Durah Seremban Negeri Sembilan dulu.

Saya juga aktif bermain bolasepak dan sudah 2 kali tiba di puncak Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Borneo dan Asia Tenggara setinggi 4,095 meter.

Oleh itu jika anda mengidap lelah dan perubatan moden tidak mampu menyembuhkan anda, maka cubalah makan Keluang atau Kelawar Besar. Tidak ada salahnya kita berikhtiar.

Terima kasih kerana membaca.

2 comments:

Anonymous said...

terima kasih di atas perkongsian anda. may God bless u.

Anonymous said...

Hi! berapa kali kita kena makan rebusan kelawar besar untuk sembuh dari asma?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs