Wednesday, April 11, 2012

Rekod 20-0 The Undertaker dalam Wrestlemania, tiada tandingan



Rekod 20-0 The Undertaker dalam sejarah Wrestlemania, tiada tandingan.

Tiada penggusti boleh menyaingi atau memecahkan rekod itu. Hulk Hogan, Ultimate Warrior, Andre The Giant, The Road Warriors, Demolitions dan Bruno Sammartino pun tidak boleh melakukan rekod menakjubkan dan mustahil itu.

Siapa tidak kenal dengan The Undertaker, penggusti seberat 300 paun dan setinggi 7 kaki dari Death Valley.



Undertaker memiliki rekod tersendiri yang tidak boleh dipecahkan mana mana penggusti, iaitu melakar kemenangan 20 kali berturut turut dalam 20 siri Pay Per View Wrestlemania.

Wrestlemania adalah kemuncak kalendar gusti WWF/WWE, disiarkan secara langsung kepada jutaan penonton di seluruh dunia di hadapan puluhan ribu penonton dalam stadium.

Sejak membuat penampilan pertama pada Wrestlemania 20 tahun lalu, The Undertaker berjaya melakar kemenangan demi kemenangan sebanyak 20 kali tanpa kalah.

Bermula dengan perlawanan pertama Wrestlemania menewaskan Jimmy The Superfly Snuka, diikuti mengalahkan Jake the Snake Roberts, King Kong Bundy, Diesel, Big Boss Man, sehinggalah Triple H dalam perlawanan ke 20 di Wrestlemania, 2 April 2012 lalu.



Dia menewaskan semua lawannya termasuk Kane, The Giant Gonzalez (raksaksa setinggi 8 kaki dan seberat 400 paun), Triple H, Batista, Shawn Michaels dan ramai lagi.

Malahan dalam 1 Wrestlemania, The Undertaker berjaya menewaskan 2 lawan bersaiz gergasi sekaligus iaitu Big Show (Seberat 500 paun dan setinggi 7 kaki) serta Prince Albert (seberat 350 paun dan setinggi 6 kaki 7 inci).

The Undertaker mempunyai pelbagai gerakan penamat, antaranya The Last Ride – lawan diangkat setinggi 10 kaki ke udara sebelum dihempas dengan kuat, The Tombstone Pile driver – penamat yang amat menyakitkan dengan kepala dihentak ke gelanggang dalam keadaan terbalik dengan dayanya bersamaan 10 kali ganda berat gabungan 2 penggusti. Silap silap boleh mati beb!!

Serta gerakan Choke Slam – lawan dicekik di leher sebelum dihempas dengan kuat dari ketinggian 7 kaki dan yang terbaru Death Choke dimana The Undertaker dalam keadaan badan terbaring, menggunakan kaki dan tangannya untuk mencekik dan melemaskan mangsa sehingga pengsan, muntah darah dan sukar bernafas.

Dalam edisi Wrestlemania pada 2 April 2012 yang disiarkan Astro menerusi Pay Per View, The Undertaker berjaya melakarkan kemenangan ke 20 menewaskan Triple H di Miami, Florida, USA.

Perlawanan 30 minit itu amat hebat sehinggakan pengadil jemputan, Shawn Michaels menangis di hujung perlawanan dan Undertaker dan Shawn Michaels bekerjasama memapah Triple H yang sudah tidak bermaya, keluar gelanggang dan kembali ke bilik persalinan.

Perlawanan Hell in a Cell itu menyaksikan tukul besi, tangga besi dan kerusi besi digunakan Undertaker dan Triple H untuk menyeksa sesama sendiri.

Ia berakhir apabila The Undertaker menukul muka Triple H menggunakan Tukul Besi sebelum Triple H ditidurkan dengan The Tombstone Piledriver.

Undertaker, anda memang hebat!!

P/S tahukan anda bahawa The Undertaker juga terlibat dalam perniagaan hartanah? Selain daripada mematahkan tulang lawannya, Undertaker sebenarnya seorang businessman sektor hartanah di Amerika Syarikat. Bagaimana dia menjalankan perniagannya? Adakah dia akan melakukan Tombstone ke atas pelanggannya atau rakan kongsinya jika bisnes tidak berjalan lancar??

Hehehe.. terima kasih kerana membaca...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs