Anwar Ibrahim berada di Tuaran, Sabah pada Ahad 29 Julai 2012 bersama sama 2 pemimpin BN Sabah yang baru meninggalkan BN dalam tempoh 24 jam lalu iaitu Timbalan Presiden UPKO dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing (kiri) dan Janang Gayuh merangkap Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin (kanan).
Pada 1993 hingga Ogos 1998 Anwar Ibrahim adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad sudah menamakan Anwar sebagai penggantinya.
Ketika itu bola emas dan emas sudah ada ditangan Anwar tapi dia memilih jalan sukar untuk menjadi PM.
Ini umpama hanya perlu menendang bola ke dalam gol yang terbuka luas tanpa penjaga gol seperti dalam bolasepak, Anwar hanya perlu menyepak bola itu masuk dari jarak 1 kaki.
Namun dia memilih jalan sukar menjadi PM. Anwar memilih untuk mengelecek bola itu dari kawasannya sendiri dan mengelecek 10 pertahanan lawan sebelum cuba menjaringkan gol. Namun gol yang ditunggu tunggu itu tidak tiba dan tidak pernah tiba dan tidak akan tiba.
Anwar memang pandai bercakap ketika berucap, namun tidak semua apa yang diungkapkannya itu benar dan boleh dipercayai 100%.
Anwar akhirnya menubuhkan PKR, dan pernah disumbat ke dalam penjara, mengadakan rusuhan dan kacau bilau di jalanan menerusi gerakan Reformasi serta demmonstrasi haram jalanan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0, sekaligus mencetus dan menimbulkan pelbagai imej negatif untuk Malaysia di mata dunia.
Akibat Anwarlah, kita melihat ada gas pemedih mata dan meriam air terpaksa dilepaskan polis anti rusuhan di jalanan di Malaysia. Sebelum Anwar buat hal, kita tidak melihat gas pemedih mata dan meriam air digunakan untuk menyuraikan perusuh di Malaysia kecuali mungkin ketika tragedi 13 May 1969 atau tragedi Memali.
Adakah Anwar mampu menjadikan Malaysia lebih baik jika dia menjadi PM? Setahu saya Anwar tidak pandai mengurus kewangan negara ketika menjadi menteri Kewangan dalam kabinet Mahathir.
Ketika itu Malaysia dan negara lain dunia berdepan krisis kegawatan ekonomi yang menyebabkan ekonomi merudum dan matawang Ringgit menyusut teruk berbanding dolar Amerika.
Akhirnya Mahathir menyelamatkan Malaysia apabila menetapkan 1 ringgit dengan 2.80 dolar amerika.
Anwar pula mahu meminjam dari Tabung Matawang Antarabangsa, IMF, satu tindakan gampang yang menyebabkan Indonesia dan Thailand lebih teruk keadaannya selepas meminjam dari IMF.
Suharto digulingkan selaku presiden Indonesia dan digantikan BJ Habibie setelah rusuhan teruk di Jakarta yang menyebabkan ramai etnik Cina Indonesia, mati dibunuh kejam gara gara ekonomi makin gawat setelah Indonesia meminjam dari IMF.
Itu baru aspek kewangan, belum lagi aspek lain mengenai Anwar.
Pemimpin beginikah yang kita mahu sebagai PM Malaysia?
Tepuk dada tanya selera...
No comments:
Post a Comment