Monday, July 9, 2012

Lelaki dan wanita mengamuk di Putrajaya ditembak, Isnin 9 Julai 2012


Beginilah keadaan lelaki mengamuk itu sejurus selepas ditembak polis pada petang Isnin 9 julai 2012. lelaki msiteri itu dikatakan membawa sebilah pedang samurai dalam keadaan tidak berbaju, berseluar jeans dan bertubuh sasa dan memakai pengikat kepala ada lambang tengkorak. Di sebelahnya ialah wanita yang turut mengamuk bersama lelaki itu dan wanita itu juga dilaporkan membawa pedang samurai. Lelaki itu dikenali Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, dan wanita itu dikenali Muhdalina Ahmad, 28 tahun.



3 das tembakan kedengaran dalam video ini




Ini pula perang samurai yang digunakan suspek.




Lokasi Kejadian (Gambar atas dan bawah). Note : Putrajaya menempatkan pejabat Perdana Menteri, Timbalannya dan pelbagai kementerian lain selaku nadi pentadbiran kerajaan persekutuan. Apa motifnya lelaki itu mengamuk? Entahlah.



Ini pula Laporan Sinar Harian pada 9 Julai 2012.

PUTRAJAYA - Seorang lelaki mati ditembak selepas mengamuk dengan membawa pedang dan merosakkan kenderaan polis dan orang awam di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, petang tadi.

Turut ditembak rakannya seorang wanita.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, ketika sebahagian kakitangan JPM pulang daripada waktu makan tengah hari, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi dan meninggal dunia.

Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur, katanya.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.

Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.

Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.

Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs