Thursday, August 1, 2013

Rosnah Shirlin bidas dan kecam individiu muat naik video menyambut raya bersama anjing..

KENYATAAN AKHBAR

PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

TINDAKAN TERHADAP PEMBUAT VIDEO ‘1 HARI DI HARI RAYA’



Inilah video kontroversi itu.


Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mengecamkan tindakan individu yang membuat video ‘1 Hari Di Hari Raya’ tersebut.



Tindakan beliau ini merupakan penghinaan terhadap umat Islam di Malaysia apatah lagi ia dilakukan dalam bulan Ramadhan. Lebih menyedihkan lagi pembuat video tersebut merupakan seorang yang beragama Islam.



Pergerakan Puteri UMNO Malaysia melihat individu ini bukan sahaja perlu dikenakan tindakan undang-undang atas sebab penghasilan video dengan niat memprovok umat Islam di Malaysia tetapi juga, individu ini perlu diberi kaunseling oleh Jabatan Agama Islam Malaysia kerana tindakan beliau memperlihatkan beliau mempunyai masalah dengan pegangan akidah sebagai umat Islam atau mungkin kurang pemahaman mengenai hukum.



Kita mungkin boleh menjatuhkan hukuman denda, penjara atau lain-lain hukuman, kita juga mungkin boleh mengecam beliau, memarahi beliau atas apa yang telah beliau lakukan. Tetapi perkara yang lebih penting adalah usaha kita untuk membantu untuk beliau memperbetulkan pegangan akidah agar perkara ini tidak menular ke dalam masyarakat.



Kita tidak mahu individu ini dikenakan tindakan undang-undang semata-mata kemudian apabila selesai menjalani hukuman beliau mengulangi perbuatan yang sama. Kita juga perlu menggarap usaha agar beliau berpasak pada pegangan akidah yang sebenar dan kukuh.



Hal ini kerana tindakan yang dilakukan oleh beliau ini pasti bersangkut dengan pegangan agama beliau. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu beliau kembali kepada pegangan akidah yang sebenar.







YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN

Ketua Puteri Umno Malaysia

Kota Kinabalu : 1 Ogos 2013

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs