Wednesday, June 19, 2013



Seorang pelancong Hong Kong maut manakala dua lagi cedera apabila kereta yang mereka naiki dirempuh kereta api penumpang di persimpangan jalan Lintas - Petagas berhampiran lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu, petang Rabu, 19 Jun 2013.

Mangsa yang maut dikenali EDDIE Lok Wing Tak 50 tahun, yang memandu kereta berkenaan, manakala tiga yang lain cedera ialah Lok Siu Mint, 78; Lai Lai King, 70, dan Chong Ci Ha, 60.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, berkata mangsa meninggal dunia kira kira jam 8 malam tadi, ketika dirawat di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

Dalam kejadian pukul 5.35 petang itu, kereta sewa jenis Hyundai yang dinaiki empat pelancong berkenaan termasuk dua wanita dalam perjalanan ke lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu, KKIA.

Namun kereta berkenaan dipercayai gagal berhenti di lintasan kereta api yang ketika itu dijaga seorang pengawal serta turut dilengkapi kemudahan lampu isyarat dan dua palang keselamatan.

Akibatnya, ia dirempuh sebuah keretapi penumpang yang membawa 200 penumpang dari Kota Kinabalu menghala Papar.

Rempuhan turut menyebabkan kenderaan mangsa berpusing dan terbabas sebelum melanggar sebuah kereta perodua Myi dan sebuah basikal.

Sepasukan bomba dan penyelamat sabah terpaksa memotong pintu kenderaan terbabituntuk mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit.

Kesemua pelancong berkenaan difahamkan adalah bersaudara dan dalam perjalanan ke lapangan terbang Kota Kinabalu untuk menaiki penerbangan pulang ke negara mereka yang dijadualkan malam tadi.

Mengikut laporan awal pemandu kereta api berkenaan telah menggunakan brek kecemasan untuk mengelakkan daripada melanggar kereta mangsa.

Bagaimanapun, usaha itu gagal mengelak perlanggaran kerana kereta api itu mengambil masa untuk berhenti.

Kenderaan lain dikatakan mematuhi arahan pengawal landasan untuk berhenti dan memberi laluan kepada keretapi ketika kejadian, namun arahan itu gagal dipatuhi kenderaaan dinaiki pelancong Hong Kong.

Orang ramai di Kota Kinabalu pastinya tidak melupakan tarikh 31 oktober 2011, dimana seratus penumpang keretapi terselamat meskipun gerabak terbakar akibat dilanggar sebuah lori tangki minyak, tidak jauh dari lokasi ini.

ends

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs