Showing posts with label Mentor. Show all posts
Showing posts with label Mentor. Show all posts

Monday, June 11, 2012

Puteri Caroline layak juara Mentor 6


Gandingan Mantap - Ratu Rock Negara Ella bersama Mentornya Caroline (kanan)





Kelantan memang ramai penyanyi wanita hebat seperti Nora dan kakaknya Aishah



Persembahan pertama Caroline menerusi Mentor 6 memang hebat iaitu lagu Price Tag.



Caroline boleh menyanyi semua genre lagu termasuk slow dan Rock seperti dalam persembahan ini dimana dia nyanyikan lagu Sedetik Lebih dan Ku Ada kamu dan juga Bohemian Rhapsody oleh kumpulan Rock Lagenda UK, Queens.



Caroline pasti hebat bila Ella suruh dia nyanyi lagu Simply The Best oleh Tina Turner ini.

Kan saya dah kata Putri Carolie Mohd Kamel dari Kelantan, memang juara Mentor Musim ke 6.

Caroline hebat sehebat namanya yang jarang diwarisi gadis Melayu Kelantan.

Mungkinkah bapa Caroline minat Putra Rainer dari Monaco dan Puteri Caroline dari Monaco??

Bagi saya Caroline hebat umpama Alanis Morissette, Bonny Taylor, Bonnie Raitt dan Fergie dari Black Eyed Peas.

Moga Caroline terus berjaya dalam arena seni muzik tanah air.

Syabas Caroline dan Mentornya Ella.

Wednesday, June 15, 2011

Status sebagai ibu tunggal beranak satu bukan penghalang kejayaan Salma Mentor 5 dan Tom My Star LG Musim ke 3


Salma - juara Mentor musim ke 5 pada 2011 dibawah Mentor Erra Fazira



Tom, juara My Star LG Musim ke 3 pada 2009/2010


Kedua duanya ibu tunggal beranak satu, namun itu bukan penghalang kepada Salma dan Tom untuk menempa kecemerlangan di persada seni tanah air.

Dan tuah sebagai ibu tunggal dan tuah anak tunggal membawa kejayaan kepada Salma selaku juara Mentor musim ke 5 dan Tom selaku juara My Star LG Musim ke 3.

Kedua dua program hiburan berdasarkan undian sms dan juri profesional itu, diterbitkan TV3.

Salma atau nama penuhnya Salmah Binti A. Asis baru berusia 21 tahun dan anak kelapan dari 9 adik-beradik, berasal dari Tawau, Sabah. Dia mempunyai 1 anak dan dia ibu tunggal. Kelantangan suarea Salma yang seumpama Halilintar membelah bumi membolehkannya menjuarai program Mentor musim ke 5 dan menggondol hadiah wang tunai RM100,000 ringgit serta pelbagai hadiah iringan lain.

Manakala Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, dilahikan pada 1985 dan ketika artikel ini ditulis berusia 26 tahun, juga seorang ibu tunggal dengan seorang anak tunggal.

Tom berasal dari Bandar Damansara, Kuala Lumpur.

Selepas menang MY Star LG, Tom menempa sejarah tersendiri apabila menjuarai world championship of performing arts di Hollywood, California, Amerika Syarikat.

Semoga kejayaan Tom dan Salma, menjadi penyemarak semangat kepada golongan ibu tunggal di negara ini untuk terus maju dan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.

Tahniah Tom dan Salma.

Terima kasih kerana membaca...Adios!!!


Persembahan memukau Salma dalam final Mentor5 pada 29 May 2011 membawakan lagu Cinta bersama Juara Malaysian Idol musim pertama Jacyln Victor.



Persembahan hebat Tom dalam My Star LG dengan lagu Objection, nyanyian asal superstar dari Colombia, Shakira.



Inilah persembahan Tom di Hollywood, USA yang berjaya mengharumkan nama negara.

Saturday, June 11, 2011

Salma Mentor 5, suaranya bagaikan halilintar membelah bumi





Program hiburan realiti, Mentor terbitan TV3 antara program TV di Malaysia yang mendapat sambutan terhangat.

Sejak diperkenalkan 5 tahnun lalu, kita sudah mengenali 5 juara iaitu Pija, Mohd, Black dan Fiq.

Pemenang terbaru Mentor musim ke 5 ialah Salma dari Sabah. Ini bermakna peserta Sabah sudah menjuarai Mentor sebanyak 3 kali dalam tempoh 5 tahun menerusi Salma (mentor 5), Fiq (mentor 2) dan Pija (mentor 1).

Memperkatakan mengenai juara terbaru kita dalam Mentor 5 iaitu Salma, sebenarnya dia sebelum ini hanya dikenali di sekitar Tawau, menyanyi dalam pelbagai pertandingan nyanyian di peringkat daerah Tawau dan Salma menang kesemuanya... Dia tidak pernah tewas.

Ini kerana suaranya bagaikan HALILINTAR MEMBELAH BUMI..!!

Salma atau nama penuhnya Salmah Binti A. Asis baru berusia 21 tahun dan anak kelapan dari 9 adik-beradik.

Dalam Mentor 5, vokal Salma menenggelamkan Protegenya sendiri iaitu Erra Fazira. Bagi kita, Erra Fazira sendiri tidak boleh menandingi kehebatan vokal anak didiknya - Salma.


Di Tawau, Salma juga sering di undang menyanyi di majlis perkahwinan dan kenduri keramaian yang lain seperti dalam video di atas.


Dan ini persembahan Salma ketika menyanyikan lagu sama iaitu Listen di final Mentor 5 yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia pada 29 Mei 2011 bersamaan Ahad lalu.

Sebelum ini penyanyi kelahiran Tawau yang kita kenali ialah Mas dari Akademi Fantasia musim ke 2 dan Yazzer dari Akademi Fantasia musim ke 3.

Yazzer masih kelihatan diundang menyanyi di sana sini namun Mas seolah olah tenggelam.


Salma boleh menyanyikan apa saja lagu artis antarabangsa seperti lagu Unbreak My Heart dendangan asal Toni Braxton.


Ada juga yang berpendapat Salma kini boleh menandingi penyanyi sensasi Filipina, Charice Pempengco.

Apapun, tahniah kita ucapkan kepada Salmah, moga kejayaan selaku juara Mentor 5 menjadi pembuka jalan untuk dia mencapai kecemerlangan lebih tinggi sebagai artis baru terbaik dan popular Malaysia.


Nyanyian Salmah bagi lagu Listen di majlis majlis perkahwinan di sekitar Tawau dikatakan mampu menandingi penyanyi asal lagu itu iaitu Beyonce.

Hidup Salmah.

Wednesday, March 2, 2011

Shiha... dari Akademi Fantasia musim 3 ke Mentor musim 5..all the best..

Sumber gambar : http://www.gua.com.my/








All the best cute and sweet girl... Shiha atau Norshiha Mohd Zikir, 24 tahun, dari Kuala Lumpur terpilih sebagai protege Mentor musim ke 5. Mentor Shiha kelak ialah penyanyi evergreen Datuk Sharifah Aini.

Jika nak tau, ini kali kedua Shiha muncul dalam program realiti hiburan Malaysia.

Kali pertama pada 2005, Shiha ketika itu berusia 18 tahun, terpilih antara 20 peserta akhir Akademi Fantasia musim ke 3, terbitan Astro.

Namun di peringkat prelude, Shiha yang menyanyikan lagu Shania Twain > I'm Gonna Getcha Good", antara 8 peserta tersingkir termasuk Mawi dan Marsha Milan Londoh. Hanya 12 peserta dipilih sebagai finalists.

Apapun dalam konsert pertama, ada kejutan apabila Pengetua AF3 M. Nasir mengumumkan bahawa ada AF masuk, lalu Shiha antara 8 peserta malam itu yang menyanyi untuk kali kedua.


Namun malang nasib Shiha. Dia menyanyikan lagu "Andai" dengan baik sekali namun panel hakim memilih Marsha dan Mawi sebagai 2 peserta yang masuk semula.

Apapun, selepas hampir 6 tahun berlalu, Shiha yang kini berusia 24 tahun kembali semula ke persada muzik tanah air apabila diumumkan sebagai protege kepada Datuk Sharifah Aini dalam program realiti popular terbitan TV3, Mentor musim ke 5.

Khabarnya sebelum ini Shiha pernah menyanyi sebagai residen artis di Cerana Seafood Restaurant di Batu 7, Lebuhraya Cheras Kajang, Cheras, Selangor Darul Ehsan.

Apapun, untuk rekod Datuk Sharifah Aini sudah berusia 58 tahun manakala Shiha baru berusia 24 tahun, perbezaan usia sebanyak 34 tahun!!! Apapun ia tidak menghalang kombinasi mantap gandingan 2S itu iaitu Shiha dan Sharifah Aini.

Shiha dilahirkan pada 1987. Pada tahun itu Datuk Sharifah Aini sudah hampir 20 tahun berkecimpung dalam dunia seni tanah air dengan menjuarai Bintang RTS Singapura pada 1968 menerusi lagu "Tiga Malam".

Kini Sharifah Aini sudah menghasilkan 93 album termasuk 7 album Inggeris.

Kita percaya Datuk Sharifah Aini pasti mencurahkan tunjuk ajar tidak ternilai menerusi pengalaman luasnya dalam seni suara kepada Shiha.


Mengapa Sharifah Aini memilih Shiha sebagai protegenya??

Kata Sharifah Aini > Keistimewaan yang ada pada Shiha dari mata Kak Pah ialah dia paling mudah dilenturkan. Dia tunjuk kemampuan dalam menyanyi pelbagai lagu. Saya di sini nak bimbing dia dan lihat di mana kelebihan dan kekurangan dia. Bagi Kak Pah, dia ada gaya tersendiri. Setakat ini, dia memang menyenangkan Kak Pah. Saya dah pesan dengan Shiha kita tidak mahu lahirkan seorang lagi Kak Pah, Ziana Zain atau Datuk Siti Nurhaliza, tapi kita nak Shiha yang asli dan segar. Kak Pah sendiri tidak mengambil sebarang tempahan semata-mata mahu fokuskan pada Shiha. Kak Pah akan curahkan apa saja pada dia. Kak Pah harap, pengorbanan Kak Pah selama dua bulan ini berbaloi.


Apa pula kata Shiha mengenai Mentornya yang juga dianggap antara lagenda seni tanah air??

Shiha > Memang cita-cita saya untuk menjadi penyanyi. Bila dengar program Mentor ada ujibakat Kak Pah, terus saya ambil peluang yang baik ini untuk cuba menjadi protegenya. Ini merupakan peluang untuk saya memperbaiki kelemahan saya dan saya akan bagi 120% komitmen untuk program ini



All the best Shiha... we love you girl.


Oh yaa... 5 lagi peserta Mentor musim ke 5 ialah :


Salma dari Tawau, Sabah(mentornya Erra Fazira)



Ayish (mentornya Noh Hujan)



Iqa (mentornya Edry Abdul Halim)



Aiman (mentornya Rahim Maarof)



dan Ratnah (mentornya Afdlin Shauki)

Sunday, May 16, 2010

Kejutan Mentor Musim ke 4, Ziana Zain gugurkan protegenya Thalia!!!!



Mentor Musim ke 4, terbitan TV3 menampilkan kejutan pada siaran malam Ahad 16 Mei 2010 apabila Ziana Zain mengumumkan beliau telah mengugurkan protegenya - Thalia kerana dikatakan Thalia belum bersedia menjadi protege dan penyanyi yang serius.

Tempat Thalia digantikan oleh protege baru bernama Mohd.

Perkara ini tidak pernah berlaku dalam Mentor musim pertama hingga ketiga lalu.

Apa sebenarnya berlaku?? Adakan protege baru Ziana - Mohd lebih baik daripada Thalia.

Namun setelah menyaksikan Mohd menyanyikan lagu Faizal Tahir - Sampai Syurga pada penampilan pertamanya pada malam 16 Mei 2010 hari ini, nyata bagi saya Thalia lebih baik daripada Mohd.

Hmmmmmm... Macam macam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs