Showing posts with label bolasepak brazil. Show all posts
Showing posts with label bolasepak brazil. Show all posts

Sunday, July 29, 2012

Gol terbaik FIFA 2011, milik penyerang sensasi Santos dan Brazil, Neymar



Inilah gol menakjubkan penyerang sensasi Santos dan Brazil, Neymar ketika Santos menewaskan Flamengo dalam liga Brazil.

Gol ini diundi sebagai gol terbaik 2011 oleh FIFA.

Syabas Neymar, Hidup Brazil.

Sunday, December 4, 2011

Socrates, Lagenda Brazil yang sentiasa dikenang


Socrates pada 2011


Socrates ketika bermain untuk Brazil pada 1982 dan 1986










Selain Pele, Careca, Ronaldo, Ronaldinho, Roberto Carlos, Rivaldo, Garrincha, Didi, Vava dan Falcao serta Zico, Socrates antara pemain bolasepak Brazil yang dianggap terbaik.

Dia meninggal dunia pada Ahad 4 Disember 2011 setelah komplikasi jangkitan di perut di Sao Paulo, usianya 57 tahun.

Socrates pernah bermain untuk kelab Brazil, Corinthians, Flamengo, Santos dan Botafogo dan juga di Fiorentina, Itali.

Dia menjaringkan 22 gol dalam 60 penampilan untuk Brazil.


Antaranya gol menakjubkan ini ketika Brazil menewaskan USSR 2-1 pada Piala Dunia FIFA 1982.



Serta gol ini ketika Brazil tewas 2-3 kepada Itali pada piala Dunia 1982.

Di padang, Socrates dikenali kerana ketinggian 6 kaki 4 inci serta gelaran Doktor kerana dia berkelulusan Doktor Perubatan.

Semoga roh Socrates tenang, aman dan damai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs