Socrates pada 2011
Socrates ketika bermain untuk Brazil pada 1982 dan 1986
Selain Pele, Careca, Ronaldo, Ronaldinho, Roberto Carlos, Rivaldo, Garrincha, Didi, Vava dan Falcao serta Zico, Socrates antara pemain bolasepak Brazil yang dianggap terbaik.
Dia meninggal dunia pada Ahad 4 Disember 2011 setelah komplikasi jangkitan di perut di Sao Paulo, usianya 57 tahun.
Socrates pernah bermain untuk kelab Brazil, Corinthians, Flamengo, Santos dan Botafogo dan juga di Fiorentina, Itali.
Dia menjaringkan 22 gol dalam 60 penampilan untuk Brazil.
Antaranya gol menakjubkan ini ketika Brazil menewaskan USSR 2-1 pada Piala Dunia FIFA 1982.
Serta gol ini ketika Brazil tewas 2-3 kepada Itali pada piala Dunia 1982.
Di padang, Socrates dikenali kerana ketinggian 6 kaki 4 inci serta gelaran Doktor kerana dia berkelulusan Doktor Perubatan.
Semoga roh Socrates tenang, aman dan damai.
No comments:
Post a Comment