Showing posts with label denggi. Show all posts
Showing posts with label denggi. Show all posts

Wednesday, April 11, 2012

Manusia sudah menghantar manusia ke Bulan dan ISS, tapi masih belum ada penawar untuk penyakit demam denggi.



Manusia sudah menghantar manusia ke Bulan dan ISS, tapi masih belum ada penawar untuk penyakit demam denggi.

Menghairankan kan!!

Manusia sudah mencipta pelbagai peralatan canggih dan melakukan pelbagai kejayaan menakjubkan, antaranya melakukan pendaratan ke Bulan pada 1969 menggunakan roket dinaiki 3 angkasawan, Neil Armstrong, Edwin Aldrin dan Michael Collins.

Sejak itu puluhan misi ke Bulan dijayakan Amerika dan Russia.

Ratusan satelit juga dilancarkan ke angkasa lepas.

Manusia juga berjaya membina 2 stesen angkasa lepas iaitu Mir buatan Russia dan ISS, International Space Station buatan bersama Amerika Syarikat dan banyak lagi negara.

Manusia juga sudah menghantar misi penyelidikan ke planet Marikh yang mana perjalanan pergi balik saja mengambil masa 2 tahun.

Namun sepandai pandai dan sebijak bijak manusia, kita masih belum boleh mendapat dan mencari penawar penyakit demam denggi yang disebabkan Nyamuk Aedes.

Denggi boleh menyebabkan maut.

Setakat ini, vaksin mengubati demam denggi belum boleh dicari dan dihasilkan oleh saintis terhebat dari mana saja termasuk Amerika Syarikat, England, Jepun dan Kanada.

Nyamuk itu kecil saiznya, namun sukar dikalahkan. Mengapa Ya??

Wednesday, February 16, 2011

2,688 kes Denggi dilaporkan di Malaysia sehingga 10 Februari 2011





Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan ADUN Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan bersama pemimpin tempatan memegang banner kempen Jom Ganyang Aedes di Kampung Besar dan Kampung Sekayan, Papar pada Februari 2011.

Sebanyak 2,688 kes Denggi dilaporkan di seluruh negara dengan enam (6) kematian sehingga 10 Februari lalu.

Ini satu penurunan berbanding 5,848 kes dengan 20 kematian dilaporkan dalam tempoh
sama tahun lepas (2010) kata Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia,
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau memberitahu pada tahun lepas (2010) sejumlah 46,171 kes denggi
telah dilaporkan dengan 134 kematian.

Tambahnya walaupun terdapat penurunan dari segi jumlah kes dan angka
kematian ini tidak bermakna kerajaan, kementerian kesihatan dan rakyat, perlu merasa selesa dan mengenepikan soal kesihatan persekitaran.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Gotong
Royong Perdana dengan tema 'Jom Ganyang Aedes di Kampung Pengalat
Besar dan Kampung Sekayang, Papar dekat Kota Kinabalu baru baru ini.

Tegas Rosnah kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk
menghapuskan nyamuk aedes dan mengurangkan insiden jangkitan demam
denggi dengan meningkatkan pengetahuan serta menterjemahkan kesedaran
tentang bahaya demam denggi kepada pelaksanaan aktiviti pencegahan
seperti gotong royong secara berterusan.

Beliau seterusnya penglibatan masyarakat amat penting dalam Program
COMBI- iaitu program komunikasi untuk perubahan tingkah laku, hampir
1,000 combi telah ditubuhkan diseluruh negara.

“Usaha termasuk aktiviti melepaskan nyamuk jantan aedes 'ajepti' untuk
mengurangkan insiden nyamuk aedes dan pada ketika ini sudah dilepaskan
di Bentong, Pahang.

Rosnah berkata Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia juga
telah melaksanakan aktriviti 'fogging' dan mengenakan kompoun-kompoun
terhadap premis-premis yang gagal mematuhi garis panduan kebersihan
yang telah ditetapkan.

Jelasnya pada tahun lepas Kementerian Kesihatan Malaysia telah
mempelbagaikan usaha untuk membenteras nyamuk aedes dan mengurangkan
insiden demam denggi.

Katanya selain membelanjakan jumlah kewangan yang tinggi ke atas
pengiklanan dan publisiti di dalam usaha membenteras denggi, usaha
ini termasuklah melantik personaliti terkenal, Aznil Nawawi dan
menteri juga telah menjadikan usaha membenteras denggi sebagai salah
satu KPI beliau.

Nyahhh kau nyamukkkk....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs