Showing posts with label gunung kinabalu. Show all posts
Showing posts with label gunung kinabalu. Show all posts

Monday, February 10, 2014

Pendaki wanita dari Jerman, Victoria Paulsen, 22 tahun meninggal dunia terjatuh dari Gunung Kinabalu, 10 Feb 2014



Dilaporkan,pada kira kira 6 pagi, Isnin 10 Februari 2014, seorang Pendaki Wanita dari Jerman yang dikenali sebagai Ms.Victoria Poulsen, maut setelah terjatuh ke dalam gaung Low's Gully apabila mangsa melepasi garisan keselamatan di Puncak Low's Peak setinggi 4095 meter untuk mengambil gambar matahari terbenam. Mangsa dilaporkan terpijak batu yang tidak kukuh. Mayat pendaki wanita tersebut dijumpai tengahari tadi di 100m di bawah Low's Gully oleh pasukan penyelamat terdiri Ranjer Taman Taman Sabah. Takziah kepada keluarga mendiang, dan para pendaki dinasihatkan supaya mengikut peraturan yang ditetapkan, dan jaga keselamatan diri. Kemalangan ini merupakan nahas pertama yang berlaku di Gunung Kinabalu pada tahun 2014. Pada 2001, seorang pendaki remaja wanita dari Cornwall, Utara England, Ellie James juga meninggal dunia di puncak Kinabalu setelah dia tersesat ketika menuruni gunung dan hanya ditemui 6 hari kemudian.

Takziah dan berhati hatilah ketika mendaki gunung Kinabalu.

Wednesday, January 29, 2014

Salji atau Prost di Gunung Kinabalu..



Gambar permukaan gunung Kinabalu di Laban Rata setinggi 3,272 meter ini yang diselaputi Prost atau salju putih diupload ke dalam Facebook oleh seorang tukang masak di Laban Rata, Mestianna Eil Indas pada 29 Januari 2014 lalu. Gambar menunjukkan Laban Rata yang juga tempat persinggahan pendaki gunung Kinabalu ke puncak Kinabalu seolah olah diliputi salji, sesuatu yang dikatakan belum pernah berlaku sebelum ini.

Fenomena ini dikatakan berlaku di awal pagi di Laban Rata ketika suhu mencecah 0 Celcius dan perlahan lahan hilang ketika suhu berubah menjadi 15 hingga 16 Celcius pada waktu tengahari.


Tahniah Mestianna..share lah lagi jika ada gambar terkini salji di Malaysia ya..

Awan berbentuk kuda muncul di langit di puncak Kinabalu


Gambar awan berbentuk kuda di puncak Kinabalu sempena kedatangan tahun kuda tahun baru cina oleh Jimmy Omar.


Gambar menakjubkan ini telah dirakamkan oleh Jimmy Omar, seorang penduduk Sabah yang bekerja sebagai photographer di JOmar Nature & Outdoor Imagery.

Gambar ini telah diupload oleh Jimmy Omar ke dalam akaun facebooknya pada 27 Januari 2014 bersamaan Isnin lalu dengan caption berikut :
Did anyone see the horse this morning??
Taken just before 7:00 a.m. (January 27, 2014) with built-in camera 'dramatic tone'..
Coincides with the coming CNY 2014: "The Year of the Horse"… Just a lucky cloud formation shot I took this morning...

Gambar ini telah menerima beratus ratus likes dan banyak komen.

Hmm..ada nasib dan fengshui nampaknya di tahun baru cina ini 2014 tahun kuda ini.

Monday, July 4, 2011

Tanah Runtuh dan Gelinciran Tanah di Kundasang, Sabah, berlaku 9 April 2011







Kejadian tanah runtuh dan gelinciran tanah berlaku di Tanah Tinggi Kundasang, di kaki Gunung Kinabalu, Sabah mulai 9 hingga 14 April 2011 lalu.

Paling teruk terjejas kampung Kundasang lama, Dumpiring atas dan bawah serta Mohimboyon.

Keseluruhannya melibatkan 100 penduduk dari 36 keluarga.

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah melakukan kajian di sekitar Kundasang dan didapati sebahagian kawasannya mengalami pergerakan tanah sehingga 0.5 meter setahun.

Ia berpunca keadaan geologi yang sensitif, rapuh dan kompleks.

Turut terjejas dalam kejadian itu, sebuah pusat peranginan terkenal, Zen Garden Resort yang dibuka sejak 20 tahun lalu dan mempunyai 8 bangunan serta 84 bilik , kini sudah tidak selamat diduduki.

Gelinciran tanah mendatar dan menegak antara 15 hingga 20 meter menyebabkan beberapa struktur bangunan telah runtuh.

Manakala bangunan lain hanya menanti masa untuk roboh.

Ekoran tanah runtuh, bekalan elektrik di kawasan ini terputus, melibatkan 8 keluarga.

Kajian jabatan mineral dan geosains serta insitut kajian bencana Asia Tenggara mendapati tanah tinggi di kaki gunung Kinabalu ini terletak dalam kawasan geologi sensitif, rapuh dan kompleks.

Ekoran itu, Kundasang terdedah kepada pergerakan gelinciran tanah dan gempa bumi berskala kecil.

8 kompleks gelinciran tanah dikenal pasti aktif di sekitar pekan Kundasang.

Antaranya di pekan Kundasang itu sendiri serta beberapa kampung termasuk Kundasang lama, Dumpiring dan Lembah Permai.

Purata pergerakan tanah mencapai lingkungan 0.5 meter setahun.

Kajian juga menunjukkan 70 peratus daripada kawasan lingkungan 50 kilometer persegi sekitar pekan Kundasang memerlukan penyiasatan tapak terperinci.

Menurut Profesor Datuk Dr Ibrahim Komoo selaku Pengarah institut penyelidikan pencegahan bencana Asia Tenggara :

“kebanyakan kawasan Kundasang yg cerunnya landai, pergerakan cerunnya adalah dalam bentuk sebegitu, pergerakan sangat perlahan, itu yg kita dapat lihat rumah yg condong & sebagainya tetapi ada lagi 1 bentuk pergerakan pada cerun yg agak curam spt di kawasan zen garden itu & pergerakan spt itu pada peringkat awalnya bergerak dgn pantas, jadi dia jatuhan pantas dibawahnya bergerak juga agak pantas”

Katanya jika kejadian itu dibiarkan tanpa pelan tindakan mitigasi sementara, gelinciran tanah itu akan terus bergerak dan merosakkan keseluruhan kawasan Kundasang lama dan Zen Garden.

Oleh itu pemantauan sepanjang masa, langkah berjaga jaga dan langkah pemindahan penduduk wajib dilakukan.

Ekoran itu langkah kawalan jangka pendek, sederhana dan panjang disarankan.


langkah kawalan jangka pendek di kundasang

kajian penilaian dan pemetaan kestabilan tapak di zen garden dan kundasang lama

langkah kawalan jangka sederhana

kajian impak komuniti dan ekonomi kundasang

langkah kawalan jangka panjang

menentukan langkah mitigasi secara total dilaksanakan di kawasan strategik kundasang

kajian geologi, hidrologi, geoteknik dan analisis ancaman gelinciran tanah



Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang turut melawat tempat kejadian berkata :
“dari segi pembangunan nanti, satu kebenaran membangun penetapan input geologi, 1 kemestian ialah mesti apa sekiranya kita membuat sesuatu atas tapak tanah itu, maka kita minta supaya syarat2 mungkin yg mereka kenakan itu mestilah dikenakan oleh tindakan pihak berkuasa tempatan.”


Pihak berkuasa tempatan, PBT juga perlu membentuk jawatankuasa pembangunan kawasan sensitif serta mewajibkan pematuhan syarat input geologi bagi program pembangunan di Kundasang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs