Showing posts with label kebakaran. Show all posts
Showing posts with label kebakaran. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

Kebakaran di Jalan Lintas, musnahkan sebuah kilang, gudang dan bengkel, kerugian 2 juta



Awal pagi Sabtu, 10 Mac 2012, orang ramai di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang dikejutkan dengan kepulan asap tebal yang boleh dilihat dari jarak 10 kilometer.

Kebakaran besar itu berlaku di seberang jalanraya Lintas, berhadapan dengan Ibupejabat Balai Bomba Sabah di Jalan Lintas dekat Kolombong, Inanam.

Api dikatakan marak sekitar 5.30 hingga 5.45 pagi dan disedari pekerja yang tinggal berhampiran.

Meskipun 4 jentera bomba dan lebih 60 anggota dikejarkan ke tempat kejadian jam 6.05 minit pagi, api ternyata sukar dikawal.

Yang musnah, gudang menyimpan tayar terpakai, 10 kenderaan di sebuah bengkel dan sebuah kilang perabut.

Kerugian dianggarkan 2 juta ringgit.

Api dapat dikawal 7.30 pagi manakala kebakaran hanya dapat dipadam sepenuhnya lewat petang.

Mujur tiada kemalangan jiwa, namun seorang pekerja dikenali Yanmar cedera ringan melecur di lengan kiri terkena bahang api.

Punca kebakaran masih disiasat, namun kemungkinan besar litar pintas.

Ingatlah api bila kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan.

Jika ada kebakaran di Sabah, boleh hubungi Balai Bomba Lintas 088 422873 / 088 422675 atau Bomba KK 088 211837.

Sunday, December 4, 2011

Rokok punca bot nelayan di Kudat meletup pada 27 November 2011?




Menghisap rokok ketika memunggah minyak petrol dipercayai menjadi punca letupan di atas sebuah bot nelayan di Kudat, Utara Sabah yang mengorbankan tiga orang termasuk dua wanita, malam ahad lalu, 27 November 2011.

Ketua Polis Daerah Kudat, DSP Dawi Ossen ketika dihubungi media berkata ia berdasarkan siasatan pihak berkuasa di lokasi kejadian.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki dan dua wanita dalam bot nelayan itu dilaporkan maut, akibat letupan di atas bot.

Mayat ketiga tiga mangsa sudah ditemui pagi dan tengahari Isnin 28 November 2011.

Menurut DSP Dawi, identiti ketiga tiga mangsa belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa.

Namun kesemua mereka dipercayai rakyat asing.

4 lagi termasuk seorang wanita yang berada dalam bot ketika kejadian, cedera dan dirawat di Hospital Kudat dan hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

Ekoran kejadian, polis Kudat sudah membuka kertas siasatan bagi melengkapkan siasatan kejadian.

Persoalannya, mengapa menghisap rokok ketika memunggah minyak petrol? Bukankah petrol ini bahan amat merbahaya dan mudah terbakar apabila terkena api, bara api atau rokok?

Dan mengapakah ada wanita di atas bot nelayan itu? Adakah mereka juga ini Nelayan?

Thursday, December 1, 2011

Kebakaran di Kg Tinambak, Topokon, Tamparuli, Sabah



Berhati hati selalu.

Api bila kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan.

Di Kampung Tinambak, Topokon, Tamparuli, Sabah, kebakaran jam 4.30 pagi memusnahkan sebuah rumah milik seorang pesara guru, Luaran Ansapi, 65 tahun.

Mujur tiada yang cedera kerana kebakaran disedari isteri Luaran yang terjaga dari tidur selepas terhidu bau plastik terbakar.

Si isteri lantas mengejutkan suami dan anak anak dan mereka sempat menyelamatkan diri sebelum api memusnahkan keseluruhan rumah ini.

Si Suami cuba memadamkan api namun tidak berjaya.

Punca kebakaran belum diketahui dan dalam siasatan Bomba.

Semoga keluarga ini bersabar dan tabah dengan dugaan ini.

Wednesday, August 10, 2011

Kecekapan Bomba Sabah berjaya kawal kebakaran tangki minyak di Sepanggar, Sabah dalam tempoh kurang sejam







Pada Isnin 8 Ogos 2011 yang lalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah telah menerima panggilan kecemasan mengenai satu kebakaran melibatkan sebuah tangki menyimpan minyak di Sepanggar.

Bomba menerima panggilan jam 12.23 tengahari, lalu mengejarkan 4 jentera Bomba iaitu sebuah jentera dari Balai Bomba Lintas dan 3 jentera dari Balai Bomba Kota Kinabalu dibantu pasukan kan motosikal gerak cepat (unit RIM).

44 anggota Bomba di ketuai oleh penguasa kanan bomba II Endi Sherimi dibantu
8 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mengambil masa kurang sejam mengawal kebakaran pada jam 1.29 ptg.

Operasi tamat apabila api berjaya dipadam sepenuhnya jam 2.11 petang.

Kecekapan Bomba berjaya mengelak kebakaran daripada merebak ke beberapa lagi tangki minyak berhampiran. Jika itu berlaku, buruk padahnya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam siasatan.

Wednesday, July 20, 2011

6 maut kebakaran rumah di Sandakan, Sabah, 9 Julai 2011



Api bila kecil menjadi kawan, sudah besar menjadi lawan. Beginilah keadaan rumah 2 tingkat yang musnah dalam kebakaran awal pagi 9 Julai 2011 yang menyebabkan 6 penghuninya maut.



Penghuni rumah ini dilaporkan gagal menyelamatkan diri kerana pintu dan tingkapnya berjeriji.






Bagaimana kita perlu mengelak tragedi ini berulang?

Sudah banyak kes mangsa kebakaran maut di rumah kerana tidak dapat menyelamatkan diri kerana pintu dan tingkap berjeriji, malahan jiran juga sukar menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam rumah.

Antara kes terbaru kebakaran ngeri yang mengorbankan 6 mangsa berlaku di Sandakan, Sabah pada 9 Julai 2011 sebagaimana dilaporkan media.

Dalam kejadian itu, 5 sekeluarga dan seorang pembantu rumah terkorban selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Jawa Dua, Batu 12, Sandakan pada awal pagi 9 Julai 2011 bersamaan hari Jumaat.

Mangsa dikenali Osir Kamis, 81; isterinya, Leong Siew Kit @ Kasnih Abdullah, 80; Zuliana Osir, 38; (anak perempuan), Rahim Hassan, 47; (menantu) dan Yulia Ezora Rahim, 3, (cucu), manakala identiti pembantu rumah mereka belum dikenal pasti.

Penguasa Bomba Dan Penyelamat Zon Sandakan, Alias Abu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.15 pagi mengenai kebakaran itu.

Menurutnya, dua buah jentera bersama 18 anggota bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 25.7 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan.

Katanya, pasukan bomba tiba setengah jam kemudian dan mendapati rumah tersebut telah terbakar hampir 100 peratus dan api hanya dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 2.41 pagi.

Selepas api dipadamkan, pasukan bomba menemui enam mayat rentung dalam timbunan kayu yang terbakar di rumah dua tingkat berkenaan. Mangsa terdiri daripada lima orang dewasa dan seorang kanak-kanak.

Pihak bomba difahamkan bahawa empat daripada mangsa berada di tingkat dua rumah tersebut dan dua lagi yang terdiri daripada warga emas tidur di tingkat bawah.

Empat mangsa yang ditemui di atas ialah anak perempuan pasangan warga emas tersebut berumur 38 tahun dan suaminya berumur 47 tahun serta anak perempuan mereka berusia tiga tahun.

Seorang lagi mangsa adalah pembantu rumah yang baru sahaja bekerja dan mangsa berumur lingkungan 20-an.

Semua mayat mangsa kebakaran itu dihantar ke Hospital Duchess Of Kent untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, tukang kebun keluarga mangsa, Gunawan Abu Bakar, 36, yang tinggal berhampiran rumah majikannya melahirkan rasa kesal kerana tidak sempat menyelamatkan majikannya.

“Saya terdengar jeritan meminta tolong dan bergegas ke rumah itu, pada masa itu api sedang marak dan majikan saya sempat mengarahkan untuk mengambil tangga.

“Tangga diambil dan diletakkan di tingkap tetapi pagar besi tingkap itu tidak dapat dibuka,” katanya sedih dengan kejadian itu.

Semoga Roh kesemua mangsa bersemadi dengan aman dan dicucuri rahmat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs