Formerly known as Easy Comes Easy Goes 2.0. I am a Malaysian who loves Hollywood but has never set foot there. My interests = Anything that interests you including Hollywood, Bollywood and Clint Eastwood. Thanks for reading folks. This blog contains 100% true postings, based on established international media reports and reputable trustworthy sources. No lies or fabrications included. Cheers.
Dalam dunia ini ada macham2 nama.. Antaranya Presiden Nigeria Goodluck Jonathan, Presiden Sri Lanka, Mahindra Rajapakse (Rajapaksa) dan Somalia bin Cuba... ada juga cincai spt Ng Chin Chai, setiausaha kehormat persatuan badminton Malaysia.
Seorang Lelaki Sabah yang boleh bercakap dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa India, Cina dan Siam!!!
Sabah yang terletak di kepulauan Borneo, sememangnya dikenali sebagai negeri yang mempunyai lebih 40 kumpulan etnik. Kepelbagaian etnik dan tradisi itu menyumbang kepada keunikan nama masyarakat di Sabah itu sendiri.
Untuk rekod, antara suku kaum yang terdapat di Sabah adalah rumpun Kadazan Dusun Murut, Lotud, Tatana, Sungai, Tombonuoh, Kokos, Bajau, Dusun Gana, Dusun Tobilung, Rungus, Tidong, Lundayuh dan macam macam lagi.
Selain kaya dengan keunikan gaya hidup tradisional, rumpun masyarakat pelbagai kaum di Sabah juga kaya dengan keunikan nama individunya.
Jangan terkejut jika anda mendengar nama Bahaya, Liar Sungguh, Mahal, Manis Muka, Haji Kalipunya (California), Sikuk, Sahaban (Sabahan), Sabud, Cenderamata, USNO, Berjaya dan Malaysia dan sebagainya.
Di Semporna, pantai Timur Sabah, ada ahli wanita UMNO Bahagian yang bernama Puan Manismuka binti Mohd Dara.
Di Semporna juga, ada lelaki yang bernama Malaysia kerana dilahirkan pada 31 Ogos 1957 atau 16 September 1963, jika saya tidak silap.
Di Sabah Electricity Sendirian Berhad pula, pengurus perhubungan korporat adalah Puan Chenderamata binti Haji Sinteh.
Di Labuan, Ahli Parlimennya bukan jual mahal tapi sekadar namanya memang YB Datuk Yusuf Mahal.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah merangkap Bendahari UMNO Sabah pula adalah Datuk Haji Hajiji Haji Noor, kata orang menteri yang paling banyak naik haji.
Penulis berita Utusan Borneo - Abd.Naddin Hj Shaiddin pula pernah menulis dalam laman blognya mengenai pengalaman bertemu seseorang yang namanya Bahaya bin Unggus, 84 tahun dari Kudat dalam laman blognya
Beliau juga pernah menulis mengenai nama Liar Bin Sungguh di sini http://abdnaddin.blogspot.com/2010/05/catatan-tentang-nama-yang-unik.html
Ada juga yang bernama USNO - sempena parti politik terawal di Sabah suatu ketika dulu.
Di Semenanjung pula, ada Menteri yang bernama buah iaitu buah Sukun - Tan Sri Koh Tsu Koon.
Dulu ada wakil rakyat di Pahang yang bernama YB Yamaha - Yam Ah Ha!!
Tak tau pula jika ada yang bernama Suzuki atau Kawasaki atau Yokohama???
Speaker Dewan Rakyat pula adalah seorang pendekar berhati mulia dari Kota Belud, Sabah - Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.
Di Sabah juga, beberapa lokasi masih menggunakan nama British iaitu Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan Hospital Duchess of Kent, Sandakan.
Dulunya, Pantai Tanjung Aru dikenali Taman Prince Philip sempena nama suami Ratu Elizabeth kedua.
Begitu juga pekan Beaufort yang bunyinya seolah olah sebuah pekan di Eropah.
Di Kinabatangan pula ada Paris iaitu kampung Paris I, II dan III di Kinabatangan.
Di Kiulu pula ada UK - Ulu Kiulu dan di Likas ada KL iaitu Kampung Likas!!!
Di Papar ada Pantai Manis yang sudah hilang manisnya akibat pencemaran sampah dan hakisan pantai, di Semporna ada penempatan belum sempurna dari segi kemudahan rakyat dan di Pulau Gaya, kini sudah tidak bergaya akibat kebanjiran pendatang asing.
Di Telupid pula ada USA - Ulu Sapi Agropolitan!!!
Di Sarawak, ada Ahli Parlimen yang baik hati dan berkhidmat cemerlang kepada rakyat tetapi kadangkala disalah ertikan sebagai bengis sebab namanya YB Richard Riot!!
Ada juga namanya diambil daripada makanan ruji penduduk Eropah dan Amerika iaitu YB Joseph Salang Gandum!!
Di Sabah pula, YB yang dikatakan pengurup wang paling terkenal ialah YB Tan Sri Joseph Kurup!!
Jangan marah YB2, Datuk2, Tan Sri2 semua... sekadar gurauan aja...
Hmmmm.. Macam Macam... Kata orang jauh perjalanan, luas pemandangan.
Artikel ini bukan bertujuan mempermainkan nama seseorang atau merendahkan individu, namun sekadar ditulis untuk informasi sahaja. Salam kemaafan dan Salam hormat...
British girl missing in Portugal since May 3rd, 2007. Madeleine McCann A combination of two pictures released by Madeleine McCann's family. One shows Madeleine at the age of 3 (L), and an 'age progression' image of what she would look like at the age of 9. Madeleine McCann disappeared on May 3, 2007, just days before her fourth birthday, from the family's holiday apartment at the Portuguese resort of Praia da Luz. Her parents were dining with friends at a nearby restaurant when she went missing. If you have any information on Madeleine's whereabouts, please contact the Operation Grange team at 0207 321 9251 or OperationGrange@met.pnn.police.uk. More info about Madeleine can be found at: findmadeleine.com
Help 12 year old NEOWELL VANN HOUTTON, Thalassemia patient from Sabah, East Malaysia
URGENT APPEAL FOR DONATION OF rare blood type O Positive R1R1 JKA , call the mother, Selly Onong, 0107826955
Missing Child in Malaysia / Kanak2 hilang
Satishkumar Tamilvanan, 5 years old is missing in the district of Jalan Permatang Pauh, Seberang Jaya, Penang at 2.00 p.m. on the 8th of August 2012. He was last seen in green shorts,a yellow T-shirt with a Spiderman motif and clad in shoes and socks. If you have seen this child anywhere, please contact the Action Room, Police HQ,Seberang Perai Tengah at 04-538 2222 or INSP Mohamad Ehsan Bin Abu Bakar at 012-2494002.
KANAK KANAK HILANG / MISSING CHILD IN MALAYSIA
Sharlinie Mohd Nahar, 5 tahun, hilang sejak 9 januari 2008 di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Jika ada maklumat, hubungi polis. Sharlinie Mohd Nahar, 5, missing since 9th january 2008 inTaman Medan, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, if you find her, contact the nearest police station.
Missing Child/Kanak kanak Hilang di Malaysia
Lee Xin Ru, was 2 years old when she went missing. on 21st September 2010 in Raub, Pahang, Malaysia. Kanak Kanak ini Lee Xin Ru, berusia 2 tahun ketika hilang pada 21 September 2010 di Raub, Pahang, Jika ada maklumat, hubungi balai Polis terdekat.