Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Monday, July 4, 2011

Lajim Ukin - Projek perumahan di kawasan bukit wajib dapat kebenaran PBT






Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Lajim Ukin.

Teks : Jaafar Wahid

SUNGAI KOYAN, Cameron Highlands, Pahang 30 Mei 2011 - Semua pemaju perumahan dan orang ramai yang hendak melaksanakan projek perumahan terutamanya dikawasan tinggi dan bukit perlu mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlebih dahulu.


Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukim berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan semua projek yang membabitkan tanah tinggi dan bukit perlu mendapat kelulusan dan kebenaran dari pihak PBT.


Menurutnya, arahan yang berkuat kuasa serta merta itu perlu dipatuhi bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh mengorbankan 16 anak yatim di Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat, Selangor pada 21 Mei 2011 tidak berulang.


Beliau berkata, jika semua pihak (pemaju) mematuhi peraturan, sudah tentu tiada kemalangan yang berlaku.


"Jangan hanya mementingkan keuntungan semata mata, tetapi cuai aspek keselamatan dan ia perlu diberikan keutamaan. Jika berlaku sesuatu petaka atau
kemalangan semua pihak akan susah."

Tuesday, March 29, 2011

Kerajaan Malaysia bantu pulihkan projek perumahan terbengkalai





Sudah pasti kita sering membaca di akhbar atau menonton di TV dan mendengar di radio mengenai projek perumahan yang terbengkalai di Malaysia.

Ada terbengkalai kerana masalah kontraktor dan faktor lain termasuk cuaca atau cerun kurang selamat.

Namun berita gembira kepada bakal pemilik rumah apabila kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sering membantu memulihkan projek perumahan yang bermasalah dan terbengkalai di setiap ceruk dan pelusuk negara bagi membantu semua golongan dalam konsep 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Menurut statistik kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi tempoh 2009 hingga 2010, terdapat 161 projek perumahan terbengkalai di seluruh negara di mana sebanyak 51 projek atau 32 peratus sudah disiapkan dan diberikan sijil layak menduduki (CF).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, dari jumlah tersebut sebanyak 58 projek (36 peratus) projek perumahan sedang dipulihkan dan dalam proses melantik pemaju penyelamat, manakala bagi 52 projek (32 peratus), kementerian beliau sedang berusaha mencari pemaju penyelamat bagi memastikan projek itu siap meskipun lewat.

Menurut beliau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) banyak menerima aduan mengenai projek bermasalah khususnya perumahan terbengkalai yang memberi kesan kepada pembeli dari segi bebanan kewangan, termasuklah pembayaran balik ansuran pinjaman perumahan dan juga pembayaran sewa yang diduduki pembeli rumah.

“Bagi menangani isu projek perumahan terbengkalai di seluruh negara, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) memutuskan supaya ditubuhkan satu pasukan Petugas Khas Pemulihan Projek Terbengkalai yang turut dianggotai pegawai kanan daripada pelbagai agensi kerajaan dan pihak swasta yang berkepentingan dalam industri pemajuan perumahan” katanya semasa ditemui selepas mempengeruskan mesyuarat Projek Perumahan Tebengkalai pembayaan swasta bersama Jabatan Perumahan Negara dan Kerajaan negeri di Wisma Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu pada 9 Mac 2011.

Menyentuh dengan projek perumahan terbengkalai yang dimajukan oleh pihak swasta di Sabah, Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata setakat ini hanya empat buah projek perumahan terbengkalai yang direkodkan iaitu perojek perumahan Taman Kota di Keningau, Taman Hartamas,Taman Richdar dan juga Taman Mepo di kawasan Kota Kinabalu.

“Pemberian sijil layak menduduki (CF) merupakan antara faktor yang menyebabkan projek perumahan yang disenaraikan ini termasuk dalam ketegori terbengkalai” katanya

Menurut Lajim, bagi menyelesaikan permasalahan ini, kementerian beliau mengambil beberapa tindakan antaranya melaksanakan pemulihan projek melalui pembabitan pemaju berwibawa (White Knight) dan melaksanakan pemulihan projek melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berasaskan kepada peruntukan yang disediakan Kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bajet Mini serta menyelaras pemulihan projek oleh pemaju asal.

Di samping membantu dalam menyelesaikan kemelut projek terbengkalai, Lajim berkata, Kementerian beliau memandang serius akan penyampaian dan tahap prestasi PBT dan akan sentiasa memerhati dan membantu PBT untuk meningkatkan lagi prestasi perkhidmatannya.

“Bagi membantu tahap prestasi PBT, satu pelaksanaan Sistem Star Rating (SSR - PBT), diadakan di mana sistem ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat” katanya

All the best Datuk Lajim...

Tuesday, March 8, 2011

Berita gembira kepada golongan muda Malaysia memiliki rumah sendiri

Jika tarikh 31 Ogos 1957 sentiasa diingati sebagai hari kemerdekaan Malaysia dan 16 September 1963 sebagai hari pembentukan Malaysia, maka ada satu tarikh lagi yang sentiasa diingati rakyat Malaysia.

Tarikh keramat itu ialah 8 March 2011, bersamaan hari Selasa.



Pada tarikh itu, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan golongan muda Malaysia berpendapatan kurang RM3,000 sebulan, boleh memiliki rumah sendiri dengan 100% kos pembelian rumah dibiayai sepenuhnya kerajaan.

Malahan, kos membayar wang pendahuluan membeli rumah yang kebiasannya 10 % daripada harga rumah, juga ditanggung kerajaan.

Ini bermakna, pembeli tidak perlu membayar apa apa untuk memiliki rumah baru, kerana kesemuanya ditanggung kerajaan, dengan pembayaran balik selama 30 tahun.

Inilah yang benar benar dinamakan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.








Pengumuman berita baik itu diumumkan Najib di Kuala Lumpur pada Selasa, 8 March 2011.

Dengan ini golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dan belum memiliki kediaman sendiri boleh menarik nafas lega.

Mereka berpeluang untuk membeli rumah melalui Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan pada 8 Mac 2011 itu.

Skim tersebut yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli, tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah, dilancarkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, Skim Rumah Pertamaku yang berkuat kuasa mulai 9 Mac 2011 membenarkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah, memiliki rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.

"Skim ini merupakan inisiatif kerajaan yang dilaksanakan melalui Cagamas Berhad dengan kerjasama institusi-institusi kewangan. Ia bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup selain harga hartanah yang tinggi.

"Langkah ini akan membantu golongan muda di Malaysia untuk memiliki rumah pertama mereka dengan lebih cepat, selari dengan objektif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik," katanya semasa berucap melancarkan Skim Rumah Pertamaku, di sini hari ini.

Ketika pembentangan Bajet 2011 yang lalu, Najib mengumumkan beberapa inisiatif berkaitan perumahan, antaranya Skim Rumah Pertamaku yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000.

Selain itu, kerajaan juga meluluskan peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit (Program Perumahan Rakyat) dan 8,000 unit (Projek Bantuan Rumah Sewa).

Semua inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat agar hasrat untuk muncul sebagai sebuah negara maju serta berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tercapai.

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, pelancaran skim berkenaan merupakan salah satu bukti komitmen serta keseriusan kerajaan dalam merealisasi konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Sehubungan itu, beliau berharap melalui skim tersebut, ia akan menggalak pihak pemaju untuk membina lebih banyak rumah mampu milik dan tidak hanya memberi fokus kepada rumah kos mewah dan sederhana mewah semata-mata.

Pada masa yang sama, Najib turut mempelawa bank yang belum menyertai Skim Rumah Pertamaku supaya melibatkan diri, bagi memastikan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dapat dijayakan sepenuhnya.

Katanya, sehingga kini, skim tersebut berjaya menarik penyertaan lebih daripada 20 buah institusi kewangan termasuk institusi kewangan Islam antara CIMB Bank Berhad; Maybank Berhad; Bank Islam Malaysia Berhad dan Public Bank Berhad.

"Saya berharap segala urusan pinjaman ini akan dipermudahkan oleh institusi kewangan dan bukan sebaliknya. Mungkin skim ini tidak berapa menguntungkan kepada pihak bank, tetapi bagi rakyat, mereka sangat memerlukan," jelasnya.







Hidup Najib!!!

Saturday, May 29, 2010

Signboard rumah yang melampau lagi bahaya???

Beware of this house. Berhati hati, jangan masuk ke rumah ini... nanti kena tembak???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs