Showing posts with label wang. Show all posts
Showing posts with label wang. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Tahun Baru 2012, Malaysia mempunyai wang kertas baru dan kad pengenalan ciri baru






Tahun Baru 2012, Malaysia mempunyai wang kertas baru dan kad pengenalan ciri baru

Ada 2 perkara baru menanti 28 juta rakyat Malaysia di tahun Baru 2012 iaitu wang kertas dan syiling baru yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia.

Serta kad pengenalan Mykad berciri baru dilengkapi ciri keselamatan lebih canggih.

Itulah keistimewaan sebuah negara berdaulat bernama Malaysia.

Monday, May 23, 2011

Wang kertas baru Ringgit Malaysia awal 2012









Wah... kita ada wang kertas baru lagi..

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini 23 Mei 2011 mengumumkan bahawa satu siri reka bentuk baru wang kertas dan duit syiling Malaysia akan berada dalam edaran pada awal 2012.

Wang kertas baru itu bakal menggantikan wang kertas sekarang.

Berikut dibawah adalah wang kertas yang pernah digunakan di Malaysia pada awal 1980an. Generasi sekarang mungkin belum pernah melihat wang kertas ini. Namun inilah dia rupa bentuk matawang yang digunakan nenek, datuk, ayah dan ibu kita pada zaman lampau.

Pada zaman pendudukan Jepun pada perang dunia ke 2 pula, matawang digunakan adalah wang daun pisang.













Menurut Bank Negara, langkah memperkenalkan wang kertas baru itu dilakukan secara berkala dalam setiap tempoh 12 tahun.

"Reka bentuk mata wang siri baharu itu akan mengandungi ciri-ciri yang khusus bagi Malaysia," kata BNM dalam satu kenyataan hari ini 23 Mei 2011.

Siri wang kertas itu, katanya, mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir ini.

Reka bentuk wang kertas siri ke-empat yang baru itu adalah untuk wang kertas dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.

Reka bentuk terkini wang kertas RM50 yang sudah pun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 bagi memperingati Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia akan terus dikekalkan dalam edaran.

Bentuk baru itu juga diperkenalkan bagi duit syiling 5 sen, 10 sen dan 50 sen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs